(SEMASA) MY SOUTHERN FOOD AND CULTURE FESTIVAL 2017

Spread the love

Dalam usaha untuk memperkenalkan seni dan budaya Malaysia melalui aspek makanan, aktiviti kesenian dan kebudayaan, dengan bangganya Pelajar Fakulti Pengurusan Seni dan Budaya, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) akan menganjurkan My Southern Food And Culture Festival 2017. Maklumat festival adalah seperti ketetapan berikut :

MY SOUTHERN FOOD AND CULTURE FESTIVAL 2017
Tarikh : 20 & 21 Mei 2017
Tempat : Perkarangan Dewan Orkestra, Akademi Seni Budaya Dan
Warisan Kebangsaan (ASWARA), Jalan Tun Ismail,
Kuala Lumpur
Masa : 9.00 pagi – 10.00 malam ( Sabtu)

“My Southern Food and Culture Festival” merupakan sebuah Program festival yang mengetengahkan 3 elemen utama iaitu makanan tradisional, permainan tradisional dan persembahan kebudayaan yang terdiri daripada negeri-negeri yang terletak di zon selatan Semenanjung Malaysia iaitu Negeri Sembilan, Melaka & Johor. Justeru itu juga festival ini merupakan inisiatif oleh para Pelajar Tahun 1 & 2 Ijazah Sarjana Muda Fakulti Pengurusan Seni Dan Budaya (ASWARA) dalam mempertengahkan Makanan Tradisional , Permainan Tradisional dan Persembahan Kebudayaan bagi Zon Selatan (Negeri Sembilan, Melaka & Johor) yang menjadi sebahagian Warisan negara.

Festival ini adalah sebahagian daripada keperluan subjek yang dinilai yang terdiri daripada Pelancongan Budaya, Projek Seni Masyarakat, Pengurusan Muzik, Pemasaran & Publisiti dan Dana Penajaan. Dalam penganjuran festival ini, pelbagai aktiviti yang disediakan antaranya pameran dan penjualan makanan tradisional, permainan rakyat serta persembahan kebudayaan yang mewakili negeri Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.

Sejajar dengan misi program iaitu menyajikan pelbagai jenis makanan tradisional, permainan rakyat dan persembahan kebudayaan yang terdiri dari 3 buah negeri iaitu Negeri Sembilan, Melaka dan Johor, festival ini berkonsepkan “Warung” dengan tema “Citarasa Tiga Negeri”. Terdapat 1 buah warung utama dengan diikuti oleh 3 buah warung kecil yang akan mewakili setiap negeri. Warung utama akan menjual menu utama yang menjadi hidangan simbolik setiap negeri seperti laksa johor bagi negeri johor, asam pedas bagi negeri melaka dan tempoyak daun bagi Negeri Sembilan. Manakala, 3 warung kecil setiap negeri itu akan menjual kuih-muih tradisional dan juga minuman.

Menerusi penganjuran festival ini juga akan turut menampilkan selebriti terkemuka iaitu Dato’ Khadijah Ismail yang juga akan menjadi ‘vendor’ dengan mengendalikan Warung Negeri Sembilan yang akan turut terlibat dalam aktiviti demonstrasi makanan. Dalam pada masa yang sama juga, turut serta dibawakan seorang Juara Pertandingan Memasak Babas iaitu Chef Amir Ghani, yang akan juga terlibat didalam demonstrasi makanan.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *