RUFFEDGE HIDANG KONSERT SEMPENA ULANGTAHUN KE 20

Spread the love

Kuala Lumpur, 2 Mei 2018 – Setelah meniti pelbagai kejayaan sepanjang 20 tahun dalam memperjuangkan rentak muzik tersendiri, Ruffedge kini bersedia tampil dengan sebuah konsert untuk para penggemar kumpulan itu serta secara amnya untuk semua pencinta muzik tanah air. Bertempat di KL LIVE, Kuala Lumpur, konsert yang digelar “RUFFEDGE : 20th ANNIVERSARY CONCERT” akan dipersembahkan tepat pada jam 9 malam pada 4 Ogos 2018.
Ruffedge ditubuhkan pada tahun 1997 dan mula bergerak aktif pada 1998 sebelum berehat sekitar tahun 2008 untuk menjalani arah seni masing-masing. Setelah 11 tahun menyepi, 2018 merupakan tahun kembalinya Ruffedge dengan barisan anggota iaitu Cat Farish, Sein, Azan, Mode dan Zain.

Menjanjikan malam yang tidak akan dilupakan, pastinya repertoire mereka seperti Bila Rindu, Khayalan, Tipah Tertipu, Lemas, Tiada Lagi Cinta, Da’ Bomb serta puluhan lagu lagi akan dihidangkan sepanjang konsert yang berdurasi hampir 2 jam itu nanti. Segalanya bakal direalisasikan pada 4 Ogos 2018 jam 9 lama di Kl Live pastinya bakal mengubat kerinduan peminat mereka malam itu!

Tiket-tiket konsert akan mula dijual pada Jumaat, 4 Mei 2018 melalui www.ticketpro.com.my dengan
harga yang tertera :

Diskaun menarik menanti untuk pembelian ‘early bird‘ dan untuk informasi lanjut mengenai tiket, pembeli boleh menghubungi www.ticketpro.com.my atau hotline 03 7880 7999.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *