(SEMASA) 11 PERKARA MENARIK PADA SAMSUNG GALAXY A54 5G

Spread the love

Kesinambungan daripada dua artikel sebelum ini, Galaksi Media Online akan berkongsi 11 perkara menarik yang ada pada Samsung Galaxy A54 5G yang telah dilancarkan sekitar hujung bulan Mac 2023 yang lalu. Kami ingin mengajak pembaca untuk melihat sendiri apa yang menarik tentang Samsung Galaxy A54 5G ini.

 

  1. REKA BENTUK YANG PREMIUM

Peranti Mid Range terbaru Samsung Galaxy A54 5G didatangkan dengan kemasan daripada plastik tetapi reka bentuk peranti ini masih lagi setanding dengan barisan Flagship Samsung yang lain. Menampilkan reka bentuk fizikal yang hampir menyerupai Siri Galaxy S23, Samsung masih mengekalkan bentuk fizikal seperti model sebelum ini iaitu Samsung Galaxy A53. Peranti setebal sekitar 8.2 mm dan beratnya yang mencapai 202 gram ini sedap dipegang walaupun sedikit berat berbanding model sebelum ini dan tidak meninggalkan bekas cap jari pada belakang panel.

  1. SKRIN PAPARAN YANG HEBAT

Dipasangkan dengan panel skrin Super AMOLED + HD Penuh (Full HD) dan ia mempunyai resolusi 1080 x 2340 piksel (pixel) dengan kadar penyegaran paparan sehingga 120Hz serta kecerahan yang boleh mencapai sehingga 1000 nits (HBM). Walau bagaimanapun, skrin bersaiz 6.4 inci lebih kecil berbanding model Samsung Galaxy A53 terdahulu sekitar 6.5 inci. Walaupun ia lebih kecil sedikit (6.5 inci), Samsung telah meningkatkan kecerahan dengan penambahan 200 nits berbanding keluaran terakhir, berjumlah sehingga 1,000 nits. Ini menjadikan tontonan dalam keadaan terang lebih baik daripada sebelumnya. Kaca hadapan pula diperkuatkan dan dilindungi oleh kaca Gorilla Glass 5 dan ini sepatutnya cukup untuk mengelakkan kerosakan akibat jatuh setinggi pinggang pada permukaan yang keras dan kasar dan memberikan ketahanan calar yang baik. Dari segi ketahanan pula, ia datangkan dengan Penarafan IP daripada IP67.

  1. CHIPSET YANG DINAIKTARAF

Chipset Samsung Galaxy A54 5G ini telah dinaik taraf kepada Exynos 1380 (sebelum ini Exynos 1280) tetapi mengekalkan kapasiti RAM 8GB dan storan sehingga 256GB. Slot kad adalah jenis hibrid microSDXC yang menyokong sehingga 1TB dan berkongsi slot dengan SIM kad telekomunikasi. Samsung Galaxy A54 5G ini dilengkapkan dengan aplikasi pengoperasian Android 13, One UI 5.1 di mana setiap peranti Samsung yang dikeluarkan sejak 2019 akan menerima pekakasan dalaman yang dinaiktaraf serta perisian terkini kemaskini software untuk tempoh sekurang-kurangnya 4 tahun di dalam memastikan keselamatan data pengguna sehingga 5 tahun. Galaxy A54 5G ini dijamin peningkatan OS sehingga ke 4 generasi, kemaskini keselamatan untuk 5 tahun, dan waranti 2 tahun . Ciri-ciri ini membolehkan pengguna mengakses perisian, ciri keselamatan terkini, dan jaminan untuk memaksimumkan hayat penggunaan telefon pintar.

  1. KAMERA YANG PADU

Dilengkapkan dengan 3 kamera di bahagian belakang iaitu 50MP Utama F1.8 OIS dan dipasangkan dengan IOS (Optical Image Stabilization system), 12 MP/F2.2 (ULTRAWIDE) dan 5 MP/F2.4 (MACRO). Peranti ini mempunyai sensor utama yang besar dan membolehkan pencahayaan masuk dengan seluas-luasnya. Sensor Galaxy A54 5G yang lebih besar membolehkan anda menangkap gambar Nightography yang hebat Awe-Night (sepanjang malam) walaupun dalam keadaan gelap. Bahagian hadapan telefon bimbit ini pula menampilkan potongan Infinity-O untuk kamera swafoto, yang menggunakan sensor lensa 32MP/F2.2 (WIDE).

  1. BATERI TAHAN LAMA DAN PENGECASAN CEPAT

Samsung Galaxy A54 5G mempunyai bateri berkapasiti  5,000 mAh dengan sokongan untuk pengecasan pantas 25 Watt walaupun tidak dibekalkan dengan pengecas penyesuai plag (adapter charger) asli tetapi ia masih mampu untuk mendapatkan kuasa pengecasan sehingga 100%  dalam tempoh yang singkat iaitu 90 minit.

  1. PERANTI MESRA 5G

Seperti sedia maklum, Kerajaan Malaysia melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah memperkenalkan program perlaksanaan 5G di Malaysia Ia menampilkan pelan jangka masa panjang dalam merancakkan lagi sistem perhubungan dan teknologi di negara ini. 5G bukan sahaja membawa penambahbaikan dari segi kelajuan, tetapi turut ingin membangunkan sektor dan penggunaan baru yang tidak terjangka pada saat ini. Walaupun Samsung Galaxy A54 5G bukanlah antara model-model awal telefon pintar 5G yang diperkenalkan di Malaysia yang mampu menyokong rangkaian 5G Digital Nasional Berhad (DNB) tetapi Samsung berjaya menaiktaraf model ini sebaris dengan peranti-peranti awal lain sebagai salah satu model mesra 5G terbaru di pasaran.

  1. CIRI KESELAMATAN SAMSUNG KNOX

Samsung Knox adalah lapisan keselamatan yang dibina pada telefon bimbit Samsung tablet dan jam pintar terkini menggunakan Tizen OS. Platform Samsung Knox merangkumi mekanisme yang melindungi dan menyekat sebarang gangguan dan ancaman perisian yang membahayakan peranti anda .Apabila anda menggunakan Knox, segala data anda akan kawal selia oleh Knox ke tahap tertinggi, tanpa kebocoran atau kehilangan data. Sekiranya anda seorang pencinta privasi, mempunyai data yang anda tidak mahu orang lain ketahui dan anda mahu data dan maklumat penting dilindungi sebanyak mungkin di telefon anda, Knox adalah pilihan terbaik tanpa apa-apa komitmen bayaran yang dikenakan oleh Samsung.

 

  1. QUICK SHARE – PERKONGSIAN MUDAH DAN CEPAT

Quick Share SAMSUNG merupakan  perkongsian Nearby Sharing yang seakan-akan system AirDrop bagi pengguna produk Apple. Ia dapat melakukan perkongsian fail dengan mudah disantara peranti Android di mana  pengguna boleh memberikan akses hanya kepada individu yang ada dalam senarai alamat pemilik peranti atau membenarkan penghantaran fail kepada semua. Quick Share imej, video, muzik dan fail ke Galaxy serta peranti lain, termasuk peranti bukan dengan pautan dan kod QR. Terdapat juga kemampuan perkongsian fail ke storan awanan di antara peranti yang menyokong sistem SmartThings Samsung.

  1. MODES & ROUTINES – BUAT HIDUP ANDA LEBIH PRODUKTIF DAN EFISYEN

Fungsi Modes & Routines ini adalah untuk menetapkan secara automatik pergerakan pada telefon mengikut waktu, tempat atau aktiviti mengikut ketetapan pengguna. Ia setanding seperti Google Assistant, Apple Siri, dan Alexa dari Amazon. Cuma ciri-ciri ini lebih kepada Artificial Intelligence (AI) yang dapat menjadikan aktiviti harian anda bergerak lebih efisien. Dengan kata yang lebih mudah, ia merupakan ciri yang membuat ‘kerja’nya sendiri supaya kita dapat melakukan aktiviti tanpa perlu mengawal telefon. Antara contohnya, ketika anda menggunakan kamera pada waktu malam, secara automatik camera flash akan diaktifkan atau menyambungkan sistem Bluetooth telefon kepada radio ketika memandu.

  1. SAMSUNG WALLET

Samsung Wallet mula ditawarkan di Malaysia penghujung Januari 2023. Negara kita adalah salah satu daripada 8 pasaran yang menikmati manfaat Samsung Wallet dengan baki 7 negara lain adalah Australia, Brazil, Kanada, Hong Kong, India, Singapura, dan Taiwan. 8 pasaran ini akan menyertai 21 negara lain sebagai lokasi yang Samsung Wallet sudapun beroperasi seperti Bahrain, China, Denmark, Finland, Perancis, Jerman, Itali, Kazakhstan, Korea Selatan, Kuwait, Norway, Oman, Qatar, Afrika Selatan, Sepanyol, Sweden, Switzerland, Vietnam, UAE, United Kingdom, dan Amerika Syarikat. Buat pengetahuan anda, Samsung Wallet adalah aplikasi baharu yang mengintegrasikan Samsung Pay dan Samsung Pass dalam satu solusi. Menggunakan Samsung Wallet pengguna boleh menggunakannya untuk pembayaran dan daftar masuk identiti digital dengan pantas dan selamat di telefon pintar. Antara kegunaan Samsung Wallet kelak adalah pembayaran tanpa tunai dan kad di telefon pintar, menyimpan kad ganjaran dan kad keahlian secara digital, serta kad identiti seperti lesen memandu, kad pelajar, kad vaksin dan juga pas penerbangan. Ia juga boleh menjadi kunci kenderaan digital, atau kunci bilik hotel. Bagaimanapun, fungsi yang tersedia kelak berbeza mengikut negara, tertakluk kepada kesediaan dan undang-undang setempat.

  1. LINK TO WINDOWS – MELANCARKAN KERJA SERTA BERMAIN DI KOMPUTER DAN TELEFON ANDA

Samsung Galaxy A54 5G mempunyai fungsi Link To Windows yang meringkaskan interaksi di antara dua peranti. Link To Windows adalah sebuah fungsi yang membenarkan anda untuk menghubungkan telefon Samsung dan komputer Windows dengan lebih mendalam. Dengan fungsi ini, anda boleh akses segala fail dan storan dalam telefon melalui skrin komputer sahaja. Selain itu, ia juga boleh memaparkan skrin telefon Samsung pada skrin komputer anda dengan kaedah screen mirroring, dan anda boleh gunakan semua fungsi telefon melalui papan kekunci dan tetikus yang terdapat pada komputer. Selain memudahkan tugas menaip, ini juga bermaksud anda boleh bermain game dengan papan kekunci dan tetikus untuk kawalan yang lebih mudah.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *