(SEMASA) KOLABORASI JAAFAR ONN DESIGN BERSAMA EUROTEXASIA PLATFORM TERBAIK KEPADA USAHAWAN BARU TEKSTIL

Spread the love

JAAFAR ONN DESIGN diilhamkan oleh syarikat tekstil EUROTEX ASIA dibawah pengasas utama Encik Mohammad Azlan. Atas kepercayaan, beliau melantik Pen­gurus Besar syarikat ini yang dikenali sebagai Encik Muhammad Fadhil Abdullah dan dikelo­lakan oleh pengurus pemasaran mereka iaitu Cik Rahayu Ab Rahim dan Encik Mohd Affiq Bin Mohd Aziz bagi memastikan program serta pemasaran yang teratur dan lancar. Syarikat ini kepunyaan bumiputera 100010 sepenuhnya.

Secara umum Eurotex Asia adalah sebuah syarikat tempatan yang dikelolakan bersama oleh 4 orang rakan niaga juga kalangan orang-orang tempatan. Syarikat ini ditubuhkan dan maju tanpa apa-apa bantuan kewangan dari mana-mana pihak kerajaan atau pihak bank.

Tujuan utama kami ialah menyediakan platform untuk usahawan-usahawan yang ingin mem­ ulakan perniagaan tekstil. Tertubuhnya EUROTEX ASIA bertujuan untuk memenuhi permintaan perniagaan yang membawa keuntungan yang tinggi dan berisiko rendah.

Mula beroperasi pada tahun 1991 secara kecil-keeilan iaitu melalui jualan car booth, uptown, pasar malam (flee market) dan lain-lain. Kami mengembangkan lagi perniagaan dengan membekalkan kain-kain buat pakaian sekolah dan uniform untuk pihak kerajaan, sektor
swasta, sekolah dan juga universiti.

Pada tahun 2000, kami mernulakan peluang perniagaan iaitu sebagai ejen atau pengedar kain di mana kami telah melatih sebanyak 300 orang ejen di seluruh negara. Sambutan bertambah dari masa ke masa.

Pada tahun 2009, dengan penggunaan teknologi terkini iaitu melalui media elektronik, EU­ROTEX ASIA telah mengembangkan lagi peluang pekerjaaan kepada orang ramai sebagai ejen atau pengedar eksklusif.

Pada tahun 2012, kami menambahkan lagi peluang pemiagaan kepada masyarakat untuk menjadi rakan niaga.

Pada tahun 2015, terciptanya peluang pemiagaan baru sebagai rakan niaga premier.

Pada tahun 2016, terdapat peluang perniagaan yang lebih baru iaitu menjadi rakan niaga kongsi kootena dan rakan niaga Arked 69.

Pada 2017, satu lagi peluang diperkenalkan iaitu rakan niaga cawangan (outlet) dan hub.

Fokus utama syarikat terutamanya kepada golongan bumiputra dan masyarakat dengan menyediakan berbagai jenis latihan, online bisnes, kursus dan seminar.

Sebagai pembuka tirai untuk tahun 2017 ini kami telah bekerjasarna dengan rakan artis Jaa­far Onn untuk menerbitkan dan merealisasikan”JAAFAR ONN DESIGN”. Selebriti terkenaI yang bernama Jaafar Onn tidak asing lagi dengan pembabitan beliau dalam dunia fesyen sejak pada tahun 1979. Segala rekaan beliau selaLu di peragakan oleh artis-artis terkenal seperti Fauziah Latiff, Anita Sarawak, Noorkumalasari dan ramai lagi. Rekaan beliau juga selalu dipentaskan didalam program hiburan seperti RTM. Selain itu, rekaan Jaafar Onn selalu di­ hiasi didalam majalah-majalah terkenal Malaysia seperti URTV, MEDIA HIBURAN, VARIAPOP, NONA dan banyak lagi. Selain dunia fesyen, Jaafar Onn juga telah membabitkan diri dalam dunia seni dari tahun 1980 hingga kini masih terkenal dengan persembahan beliau eli merata tempat, Jaafar Onn seorang pereka fesyen, penyanyi, pelakon, pengacara, penghibur dan seorang chef yang popular di arena dunia seni Malaysia.

Mengikut kata Pengurus Besar, Encik Muhammad Fadhil Abdullah, tercetusnya ilham ten­ tang JAAFAR ONN DESIGN’ ini setelah di teliti kaji, Jaafar Onn mempunyai kredibiliti untuk mengilhamkan ciptaan berkonsepkan warisan. Rekaan Jaafar Onn satu ketika dahulu sering mendapat perhatian oleh penganjur-penganjur besar seperti ‘RATU MALAYSIA WORLD’ dan ‘RATU MALAYSIA UNIVERSE’. Pakaian tradisi ciptaan Jaafar Onn itu pernah juga diperagakan oleh peragawati terkenal seperti Kavita Kaur; Nancy Foo, Kelly Lieu, Yeo dan Dato I Mitchell Yeoh.

ASIA mengangkat semula hasil ciptaan beliau dan berdiversifikasikan lagi corak yang lebih menarik dan terkini. Berkonsepkan ‘Warisan’ menjadi sumber inspirasi keluaran pertama dari EUROTEX ASIA.

JAAFAR ONN DESIGN kini akan menjadi satu trend yang akan di perkenalkan ke serata pelusuk Malaysia sebagai rekaan istimewa dari beliau. Di masa akan datang, pihak EUROTEX ASIA akan mengeluarkan material yang lebih barn dan istimewa dengan bennotifkan corak yang lebih ‘up-to-date’ serta menjadikan selebriti lain sebagai duta serta jurucakap untuk promosi syarikat EUROTEX ASIA.

KARNIVAL TEKSTIL ini akan berterusan menjelajah ke seluruh Malaysia seperti Tereng­ganu, Johor, Penang , Sabah dan pelbagai lokasi yang akan di maklumkan.

Sebagai informsi kepada mereka yang berminat untuk menjadi ejen atau rakan niaga; pihak kami menyediakan kursus berniaga menarik untuk semua. secara on-line serta menyediakan pakej-pakej yang menarik.

Sebarang pertanyaan serta pendaftaran sebagai ejen mahu pun rakan niaga, segala infonnasi atau butiran lebih lanjut boleh hubungi :-

RAHll.. +6011 2553 2096
RAHAYU +.6017 287 3081
AFFIQ +60134314066
ANAS ~19259313l
LAlLA +6012 841 7972
HAFJZAH +60129855027
AZLAN +6014 7176967

EUROTEX ASIA kini mempunyai beberapa cawangan kedai yang beroperasi di alamat NO. 49-50 – 51 Jalan Tuanku Abdul Rahman 50100 Kuala Lumpur dan dikenali sebagai AKED MATA AlR., AXED.SALI.HIN .& AKED ASNIDAR.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *