(SEMASA) 500,000 PENGUNJUNG MENAMATKAN KARNIVAL JOM HEBOH 2015

DSC_1410

Bukit Jalil, 2 Disember 2015 – Acara padang terbesar kelahiran TV3 yang telah berlangsung di Perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil minggu lepas telah menggarap 500,000 orang pengunjung untuk kedua-dua hari 28 dan 29 November 2015. Manakala konsert karnival ini yang telah berlangsung pada sebelah malam kedua-dua hari tersebut telah berjaya meraih 30,000 orang penonton.

DSC_4223

Karnival Jom Heboh Bukit Jalil ini merupakan lokasi terakhir siri penjelajahannya pada tahun 2015 ini. Sebelum ini, Karnival Jom Heboh telah menggegarkan Perkarangan Stadium Hang Jebat, Melaka pada bulan Mac, Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang dan Pusat Beli Belah Angsana, Johor Bahru pada bulan Oktober lalu.

DSC_4056

Siri jelajah Karnival Jom Heboh yang berwajah baru untuk tahun 2015 telah membawa konsep meriah dan bertenaga. Penganjurannya sejak tahun 2003 membuktikan acara tapak ini sememangnya mendapat tempat di hati rakyat Malaysia untuk terus beriadah bersama stesen no.1 negara, TV3. Pengunjung juga berpeluang menemui barisan personaliti TV seperti Fiza Sabjahan, Ally Iskandar, Maria Tunku Sabri, Zaim Helmi Zaini dan Ahmad Fedtri Yahya selain barisan pelakon yang membintangi drama-drama yang bersiaran di TV3 dan TV9.

DSC_2598

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad, Encik Ahmad Izham Omar, “Alhamdulillah penjelajahan Karnival Jom Heboh berakhir dengan jayanya. Kami telah mencapai sasaran jumlah pengunjung seramai 500,000 orang untuk kedua-dua hari. Saya terharu dengan keterujaan para pengunjung kerana mereka telah memberi sokongan yang luar biasa. Pihak kami bersyukur dan berterima kasih kepada para pengunjung atas sokongan mereka. In Sya Allah, Karnival Jom Heboh dan Raudhah Di Hatiku akan kembali pada tahun 2016 untuk bertemu peminat setia stesen televisyen kami.”

DSC_1538

Gerai Utama Karnival Jom Heboh

Ibarat pokok tidak bertunjang, Karnival Jom Heboh ini tidak mampu berdiri tanpa gerai-gerai utamanya yang menjadi tarikan utama para pengunjung.

DSC_1360

  1. Cerekarama

Para pengunjung telah dihiburkan bersama pengacara utama booth ini, Acap dan Zee Tokan (Bintang Mencari Bintang). Bersama mereka, para pengunjung berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah eksklusif Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad dengan menyertai pelbagai permainan yang mencuit hati. Selain itu, para peminat drama TV3 telah berpeluang menonton dan beramah mesra dengan barisan pelakon drama Dhia Sofia, Stella, Abang Sado Jemur Kain, dan Alif Imani secara eksklusif seperti Ezzaty Abdullah, Fezrul Khan, Fara Fauzana, Afzan Rahman, Sean Lee Jia Ern, Shah Jaszle, dan Sasqia Dahuri.

DSC_1510

  1. Raudhah

Karnival Jom Heboh tidak mengabaikan pengisian rohani para pengunjung. Booth Raudhah ini telah menyajikan aktiviti-aktiviti kerohanian dan hiburan berlandaskan islamik. Para pengunjung berpeluang mengikuti pengembaraan spiritual ini bersama Da’i Hadhari dan Da’i Azam selaku pengacara utama booth Raudhah ini. Antara pengisian dan aktiviti-aktiviti di booth ini adalah sesi rakaman Tanyalah Ustaz bersama Ustaz Roslan Mohamed bertajuk, Syurga Yang Tak Dirindui, Fesyen Muslimah Anggun bersama Personaliti Raudhah, Bella Yunus, Akustik Raudhah bersama Nomad dengan persembahan ‘Sorry Sorry Sayangku, dan pelbagai lagi aktiviti yang hebat.

DSC_1461

  1. Selera

Booth Selera yang terkenal dalam kalangan ibu-ibu dan penggemar aktiviti memasak, akan menampilkan dua jejaka kacak yang handal memasak, Chef Fikree dari rancangan Dapur Panas, dan Karl Shafek Ibrahim dari Aroma Tradisi. Secara berganti-ganti mereka berdua akan memeriahkan booth Selera dengan resipi masakan SELERA PAGI, SELERA TENGAHARI, dan SELERA PETANG pada hari Sabtu, 28 November 2015. Pada hari kedua, Ahad pula Chef Fikree akan bergandingan dengan Chef Zaidah Ibrahim untuk menyediakan masakan yang lain untuk pembelajaran para pengunjung. Antara menu-menu yang dikongsi oleh chef-chef kami adalah:

Menu Masakan Cef Fikree:

  1. Bihun Tomyam
  2. Sambal Ikan Bilis & Lempeng Pisang
  3. Daging Bakar

Menu Masakan Cef Zaidah:

  1. Makaroni Cheese Cake
  2. Kacang Pool
  3. Carrot Cake

Menu Masakan Karl Shafek:

  1. Spring Roll Malaysia
  2. Daging Dendeng Sri Pekan
  3. Roti Masin & Kuah Kari Ayam

Sepanjang kedua-dua hari di Karnival Jom Heboh ini, para pengunjung akan ditemani oleh Shah Tapaw dan Aliff Tocai sebagai pengacara utama booth Selera.

DSC_1493

  1. Bananana Land & Wow Bag

Sebuah destinasi terunggul buat pengunjung cilik Karnival Jom Heboh, Booth Bananana Land ini telah dilengkapi dengan pelbagai aktiviti menyeronokkan. Adik-adik berpeluang untuk belajar memasak resipi mudah di sudut What’s Cooking, belajar seni reka dan kreatif di sudut DIY, menyertai pertandingan mewarna, dan menyertai permainan di pentas utama. Kedua-dua hari di Karnival Jom Heboh ini, pengunjung cilik kita berpeluang untuk beramah mesra dengan mascot Boboiboy, Winx Club, dan barisan personaliti bertenaga seperti Muadz Hip TV, Afieq Syazwan Bananana Squad, Aisya Hasnaa, dan Harris Alif.

Manakala gerai kembarnya, Wow Bag Booth menjual pelbagai barangan jenama eksklusif dari TV3, TV9, 8TV, NTV7, dan Tonton. Gerai ini digelar kembar Bananana Land kerana ia terletak di dalam booth Bananana Land dan berkongsi pentas yang sama. Selain daripada menjual barangan cenderahati, gerai ini turut membawakan barisan artis seperti Munir, Chiwan & Achok (kumpulan Chilok) dan Pian (kumpulan Kepoh).

DSC_1309

  1. Buletin Utama

Bagi para pengunjung yang memendam bakat membaca berita, Booth Buletin Utama pasti menjadi destinasi pilihan mereka. Bersama pembaca berita TV3, Mior Malek Raiyani, Hasnida Hanim Ahmad Kamil, dan Ramzan Mohd Saufi, Booth Buletin Utama ini membuka pintunya untuk mengalu-alukan kehadiran para pengunjung yang ingin menguji bakat sebagai pembaca berita. Disamping itu, di booth ini juga tersedia beberapa aktiviti-aktiviti permainan dengan menawarkan pelbagai hadiah eksklusif buat para pengunjung.

DSC_4236

Konsert Jom Heboh, Bukit Jalil

Karnival Jom Heboh 2015 akan melabuhkan tirainya secara besar-besaran dengan mementaskan dua konsert pada dua malam berturut-turut di Pentas Utama Karnival Jom Heboh, Bukit Jalil tepat jam 9.00malam. Pada malam Sabtu, 28 November, para pengunjung dihiburkan dengan barisan penyanyi popular tanahair seperti Ronnie Hussin, Amir Jahari, Indah Ruhaila, Sissy Iman, Azlan & The Typewriter, dan Jaclyn Victor. Manakala, pada malam Ahad, 29 November 2015 pula, Karnival Jom Heboh telah mempersembahkan Aiman Mamat, Qanda, Kaka Azraff, Amira Othman, Hazami dan Asmidar.

 DSC_2591

Untuk maklumat lanjut anda juga boleh layari laman web www.tv3.com.my dan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *