(SEMASA) ALAMI PERBEZAAN PENGALAMAN AUDIO MUDAH ALIH ANDA DENGAN TELEFON PINTAR ZTE TERKINI YANG PALING BERKUASA: AXON 7

Spread the love

Launch of ZTE's AXON 7Kuala Lumpur, 1 September 2016 – Kesinambungan legasi kejayaan siri AXON, ZTE Corporation, pengeluar peranti mudah alih global yang terkemuka, hari ini memperkenalkan produk utama AXON 7 di Malaysia, sebuah telefon pintar di mana keanggunan menyilangi kefungsian.
Dengan menggabungkan teknologi dengan keunggulan kesenian, AXON 7 yang menggunakan sistem operasi terkini Android 6.0 menawarkan pengguna pengalaman auditori tanpa tandingan, yang dicapai melalui ketelitian penentukuran audio oleh para profesor muzik dan pasukan pakar-pakar teknikal ZTE yang khusus.

Dengan kerjasama DOLBY ATMOS, AXON 7 hadir dengan dua pembesar suara dan audio sekeliling yang penuh kuasa untuk membawa pengalaman teater langsung ke tangan pengguna, sekaligus memberi inspirasi kepada pengguna untuk menghayati suasana stereo 3D.
Telefon pintar ini diperkasa dengan kuasa Snapdragon 820 – salah satu daripada set cip yang paling canggih yang terdapat di pasaran hari ini, dan mempunyai paparan warna ajaib pada skrin 5.5 inci AMOLED 2K, salah satu resolusi paparan terbaik industri. Segmen kamera menggunakan 20 megapiksel yang turut menawarkan ciri-ciri penstabil imej optikal dan keupayaan fokus kelajuan tinggi, membolehkan pengguna berkongsi detik-detik kehidupan dengan gambar-gambar yang lebih tajam dan terang.

Kesemua ciri-ciri penuh kuasa ini terkandung dalam rekaan badan besi penuh, dengan lengkung licin yang elegan di belakang, hasil sentuhan Designworks, perunding rekabentuk global yang menyepadukan input kreatif dengan kepakaran teknikal ZTE dan BMW. Pada pelancaran di sini, AXON 7 boleh didapati dalam warna Ion Emas, manakala warna Kuarza Kelabu dijangka dilancarkan pada bulan Oktober 2016.
ZTE AXON 7Antara ciri-ciri teras dan spesifikasi AXON 7 termasuk:
• Dolby ATMOS + Audio Sekeliling Dolby Digital
• Pemproses Qualcomm Snapdragon 820 2.15GHz
• Paparan 5.5″ WQHD AMOLED 2k
• Kamera Utama 20MP dengan Penstabil Imej Optikal (OIS) + PDAF
• Pemproses Quad-core 2.15 GHz, Adreno 530
• Skrin Melengkung 2.5D Corning Gorilla Glass 4
• Keunikan fungsi pengimbas cap jari lengkung-U, Fingerprint 3.0
• Storan Dalaman 64GB Generasi Baharu UFS 2.0, boleh dipertingkatkan sehingga 128GB menerusi kad SD mikro
• Tenaga bateri 3250 mAh yang berkapasiti besar dan berkepadatan tinggi
• USB-C untuk penghantaran data berkelajuan tinggi

Bercakap pada pelancaran, Encik Jeremy Zhao, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Peranti ASEAN untuk ZTE Corporation berkata, “Keupayaan inovatif adalah satu daripada teras kecekapan ZTE. Kami melabur sekitar 15% daripada jumlah keuntungan setiap tahun dalam aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi memastikan kami sentiasa memberikan para pengguna telefon pintar sesuatu yang berbeza dan dapat meningkatkan gaya hidup mereka. Sebagai salah satu daripada pencipta unggul dalam industri, ZTE akan terus sentiasa menceriakan produknya menerusi inovasi terkemuka dalam industri.”
The ZTE TOURPelancaran AXON 7 turut diserikan dengan pengumuman pelancaran ‘Jelajah ZTE’ – kedai pengalaman mudah alih yang menyediakan ruang pengalaman kepada orang ramai, untuk mencuba sendiri peranti terbaru yang dihasilkan ZTE. Pada bulan-bulan berikutnya, Jelajah ZTE akan melawat seluruh negara, bagi mengunjungi kawasan-kawasan kediaman, pusat membeli-belah, kolej dan universiti di lebih 10 bandar di Malaysia. Pihak-pihak yang berminat boleh melawat laman Facebook kami di @ZTEMalaysia untuk mengetahui lebih lanjut mengenai maklumat lokasi dan masa bagi sesi Jelajah ZTE.

Encik Jeremy Zhao, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Peranti ASEAN untuk ZTE Corporation berkata, “Ruang pengalaman mudah alih adalah sebahagian daripada fasa penjenamaan berterusan kami di Malaysia sejak memulakan operasi pada tahun 2014. Matlamat kami adalah untuk menyediakan kemudahan akses kepada semua rakyat Malaysia terhadap produk kami dan merasai pengalaman model-model berteknologi terkini ZTE dalam masa terdekat.”

Berikutan kejayaan pelancaran peranti model Blade siri V7 pada bulan Mei 2016 yang menyaksikan lebih daripada 20,000 unit terjual dalam tempoh kurang daripada satu bulan, ZTE terus mengukir kehadirannya dalam kedua-dua segmen pasaran antarabangsa dan tempatan dengan rangkaian telefon pintar premium pada harga mampu milik. Model AXON, yang diumumkan di seluruh dunia pada bulan Jun 2016, kini boleh diperolehi di Malaysia melalui belian di laman web beli-belah atas talian, LAZADA bermula hari ini hingga 10 September. 30 pelanggan pertama yang menempah AXON 7 akan menerima set alat dengar ZTE VR yang eksklusif bernilai RM399.
www.ztedevices.com.my


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *