(SEMASA) Antabax Umum Pemenang Pertandingan Doodle Bertemakan Kebersihan Pertama Di Peringkat Kebangsaan Pemenang Kategori Sekolah Rendah, Sekolah Menengah dan Pengajian Tinggi Terima Hadiah Wang Tunai Berjumlah RM22,500

Antabax004

Aktiviti mencoret atau doodling kian mendapat tempat dalam kalangan masyarakat Malaysia. Dan Antabax, rangkaian penjagaan diri antibakteria yang dipercayai dan inovatif, tampil mempopularkan bentuk karya artistik ini dengan menganjurkan Pertandingan Doodle Bertemakan Kebersihan Peringkat Kebangsaan Pertama Kalinya dengan sokongan Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Doodle adalah lukisan spontan yang boleh mempunyai pelbagai bentuk daripada corak atau reka bentuk abstrak hingga kepada imej objek, landskap, manusia dan wajah. Sesetengah orang doodle dengan menyurih balik perkataan atau huruf.

Mulanya dipandang rendah dan dianggap membuang masa, kajian-kajian terbaru dalam sains saraf, psikologi dan reka bentuk bagaimanapun mendapati aktiviti doodle boleh membantu dalam memfokus, memahami konsep baru dan menyimpan maklumat.

Pertandingan Doodle Bertemakan Kebersihan Peringkat Kebangsaan Antabax berlangsung dari 1 September hingga 19 Oktober 2014 dan telah menerima lebih daripada 2,000 penyertaan daripada pelajar sekolah rendah, sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi dari seluruh pelosok Malaysia yang bersaing bagi merebut wang tunai berjumlah RM22,500.

Bagi menggalakkan lagi peserta untuk berkarya, satu pameran 60 lakaran, 20 daripada setiap kategori, telah diadakan di Balai Seni Visual Negara, dan telah dihadiri oleh peserta finalis serta ahli keluarga, sahabat handai dan guru-guru yang datang dari seluruh pelosok negara bagi memberi sokongan.

Pemenang tempat pertama dalam kategori masing-masing adalah Louis Fong Jin, 12 tahun, dari Help International School (sekolah rendah), Siti Balkis Mahd Salled Masari, 17 tahun, dari SMK Puncak Alam, Selangor (sekolah menengah) dan Mohammad Nur Syafiq Bin Azhar, 22 tahun, dari Universiti Teknologi Mara Bandaraya Melaka (kategori pengajian tinggi). Setiap daripada mereka menerima hadiah RM3,000 dan hamper produk Antabax untuk kreativiti dan kemahiran mereka.

Sekolah Kebangsaan Assunta Satu dari Petaling Jaya muncul sekolah dengan penyertaan terbanyak dengan lebih daripada 399 pelajarnya menghantar penyertaan. Sekolah tersebut menerima wang tunai RM3,000 kerana usaha mereka.

Menurut Pengurus Produk Kumpulan, Isi rumah dan Penjagaan Diri, Bahagian Pemasaran, Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd, Cik Angeline Sim, Pertandingan Mencoret Bertemakan Kebersihan Peringkat Kebangsaan Antabax ini lahir daripada sesi perah otak yang tentu sahaja melibatkan banyak lakaran.

“Ketika sedang merancang program kami yang seterusnya, kami menyedari beberapa orang daripada kami sedang doodling ketika mesyuarat. Kami segera mengkaji dengan lebih lanjut aktiviti doodling dan mendapati ia ada kaitan dengan kesihatan dan kebersihan, terutamanya kebersihan tangan kerana kebanyakan daripada kita menggunakan tangan untuk doodling. Manfaat kognitif dan kreatif aktiviti mencoret pula amat besar. Maka lahirlah Pertandingan Doodle Bertemakan Kebersihan Peringkat Kebangsaan Antabax,” kata Cik Sim.

“Ini merupakan aktiviti yang boleh dilakukan oleh semua orang dan dilakukan mana sahaja kerana ia tidak memerlukan perkakasan khas selain daripada kertas, pen atau pensel. Ia membantu anda melahirkan idea, buah fikiran dan emosi. Kajian menunjukkan bahawa doodle memberi manfaat kepada minda kerana ia membantu menguatkan ingatan bagi mengingat maklumat. Doodle membawa manfaat kepada semua kerana ia membantu menguatkan lagi kaitannya dengan kebersihan tangan,” tambah beliau.

Satu kajian dalam Kognitif Gunaan mendapati individu yang diarahkan untuk doodling sambil  mendengar senarai nama dibacakan kepada mereka berjaya mengingat 29 peratus lebih maklumat apabila mereka kemudiannya diminta menjawab kuiz mengejut.

Menurut Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Kokurikulum, Unit Badan Beruniform, Persatuan/Kelab & pendidikan Luar, Kementerian Pendidikan Malaysia, En. Mahamad Amran Kamsi, doodle sudah menjadi trend dan pertandingan tersebut terbukti berjaya mendekati kanak-kanak dan golongan muda menerusi medium berkarya kegemaran mereka.

“Kementerian Pendidikan sentiasa peka dengan kaedah-kaedah baru berinteraksi secara positif dengan pelajar, ibubapa dan pendidik. Pertandingan Doodling Bertemakan Kebersihan Peringkat Kebangsaan Antabax mengandungi semua kriteria program yang baik – tiada perkakasan khas diperlukan, agak mudah dibuat, menggalakkan ekspresi pemikiran kreatif dan kemahiran halus, dan mempunyai nilI-nilai murni yang ingin disampaikan. Kadang-kadang dalam kehidupan kita, kita membuat lakaran, dan ia biasa dilakukan secara separa sedar semasa minda tidak aktif atau memfokus kepada sesuatu. Ia merupakan tabiat yang baik kerana ia dipercayai meningkatkan konsentrasi. Doodling mampu menjadi cara yang berkesan untuk mendidik mengenai kebersihan tangan,” kata En. Amran.

Beliau bagaimanapun berseloroh bahawa pelajar jangan pula terbawa-bawa dengan tabiat mencoret sehingga melakumusnahkan harta awam.

“Teruskan Doodling tetapi di medium anda sendiri. Jangan merosakkan sekolah atau harta awam. Ingatlah bahawa mesej kita ialah mengekalkan kebersihan dan kesihatan sambil berkarya,” tambah beliau.

Tangan menyebarkan kira-kira 80 peratus penyakit berjangkit lazim seperti selesema dan flu. Kuman yang menyebabkan penyakit mudah sahaja dihapuskan dengan teknik basuhan tangan yang baik.

Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia, En. Norddin Daud, memuji pertandingan tersebut dan menganggapnya berjaya mengukuhkan tabiat kebersihan tangan yang baik dalam kalangan pelajar menerusi pendekatan yang inovatif.

“Kajian mendapati 80% daripada penyakit berjangkit lazim tersebar menerusi tangan, maka adalah wajar untuk mengukuhkan tabiat kebersihan tangan menerusi aktiviti yang memerlukan penggunaan tangan. Walaupun ia nampak seperti hanya untuk seronok, tetapi menyedarkan golongan muda tentang tabiat kebersihan tangan yang baik dan membantu mereka membentuk tabiat kebersihan yang baik sejak usia muda adalah penting,” kata En. Norddin Daud.

Kurator, Balai Seni Visual Negara, Puan Hasimah Nyok, kagum dan gembira melihat kualiti karya seni yang dipersembahkan di pameran tersebut.  Ia kreatif and patut di galakkan untuk terus berkarya di peringkat lebih jauh.

“Golongan muda Malaysia sememangnya kreatif dan banyak karya seni ini mempamerkan kemahiran, teknik dan imaginasi serta kreativiti yang luar biasa. Apa yang diperlukan adalah format yang lebih baik untuk peserta mengembangkan lagi bakat mereka secara lebih professional. Pertandingan seperti ini memberikan mereka peluang untuk bersaing dengan rakan sebaya, meningkatkan kebolehan mereka dan memupuk daya imaginasi,” kata Puan Hasimah.

Bagi Syafiq Azhar, 22, dari Universiti Teknologi Mara yang memenangi kategori Pengajian Tinggi, Doodle memang telah menjadi kegemaran beliau sejak di bangku sekolah rendah lagi.

“Saya Doodle sepanjang masa kerana ia membantu saya membuat hubung kait dengan apa yang saya dengar ketika kuliah dan membantu saya mengingat dengan lebih baik. Saya bersyukur dengan kemenangan ini dan wang tunai yang diterima, serta pengiktirafan yang datang dengan kemenangan di pertandingan yang begitu besar. Ia pasti mengukuhkan lagi resume saya!” kata Syafiq.

SMK Puncak Alam merupakan antara sekolah yang telah menghantar banyak penyertaan dalam pertandingan ini dan menyediakan tips dan teknik mengenai doodle kepada pelajarnya termasuk pemenang tempat pertama kategori Sekolah Menengah, Siti Balkis, 17 tahun.

“Guru-guru dan mentor saya telah membantu saya mempersiapkan diri untuk pertandingan ini. Saya gemar melukis dan mencoret merupakan cabang semulajadi kecintaan saya kepada seni. Mungkin kerjaya yang sesuai untuk saya di masa depan adalah reka bentuk – terima kasih kepada Antabax kerana mengingatkan saya agar sentiasa menjaga kebersihan tangan dan memberikan motivasi untuk mencuba pilihan kerjaya,” kata Siti Balkis.

Louis Fong Jin, 12, dari Help International School amat gembira dengan kemenangan beliau dalam kategori Sekolah Rendah.

“Saya banyak melukis dan sentiasa cuba bercerita menerusi karya seni saya. Penyertaan dalam pertandingan ini telah menyedarkan saya tentang betapa berharganya tangan kita dan betapa pentingnya ia dijaga dengan baik dan sentiasa bersih, bukan sekadar untuk diri sendiri tetapi juga untuk melindungi mereka di sekeliling kita,” kata Louis.

 

Senarai pemenang:-

Kategori Sekolah Rendah

 

Pemenang Louis Fong Jin Help International School RM3,000
 Kedua Juni Umairah Bt Mohd Afandi SK Bandar Tun Hussein Onn RM2,000
Ketiga Choong Bee Yee SJK (C) Chung Kwok RM1,000
Sagu Hati Lim Wei Lyn SK Assunta Satu RM250
Sagu Hati Hoh Yi Kang SJK (C) Damansara RM250

 

 

Kategori Sekolah Menengah:-

 

Pemenang Siti Balkis Bt Mahd Salleh Masari SMK Puncak Alam RM3,000
Kedua Sia Siew Fong SMK Bandar Sibu RM2,000
ketiga Mohd Imran Bin Mohamad Hasni SMK Bukit Selambau RM1,000
Sagu Hati Emily Wee Siao Yin SMK Bandar Sibu RM250
Sagu Hati Lau Sing Yi SMK Bandar Sibu RM250

 

Kategori Pengajian Tinggi:-

 

Pemenang Muhammad Nur Syafiq Bin Azhar Universiti Teknologi Mara RM3,000
Kedua Muhammad Syahmi Bin Shahrom Universiti Teknologi Mara RM2, 000
Ketiga Nurul Hanim Bt Muhammad Khairuddin Universiti Malaya RM1,000
Sagu Hati Mohammad Fadzli Bin Mohammad Darus Universiti Malaya RM250
Sagu Hati Nur Aina Fatini Bt Azaman Universiti Malaya RM250

 

Kategori Penyertaan terbanyak:-

 

Pemenang Sekolah Kebangsaan Assunta Satu RM3,000

 

 

Untuk maklumat lanjut mengenai Pertandingan Mencoret Bertemakan Kebersihan Peringkat Kebangsaan Antabax, layari www.facebook/NewAntabax.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *