(SEMASA) Art of Speed Malaysia 2018 – Pengisian Acara Yang Menakjubkan Untuk Edisi Tahunan Yang Ketujuh

 

KUALA LUMPUR, 5 JULAI 2018 – Art of Speed, acara tempatan Ol-Skool & Kustom Kulture Malaysia kembali dengan acara tahunannya untuk semua peminat kereta dan motor, mempamerkan seni kustom tempatan yang terdiri daripada kereta dan motosikal yang diubahsuai serta restorasi, galeri seni, aktiviti interaktif dan hadiah cabutan bertuah yang sangat menarik!

Acara ini akan diadakan pada 28 – 29 Julai 2018 di Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS). Art of Speed 2018 (AOS 2018) dibuka untuk lawatan dari jam 10:00 pagi hingga 7:00 petang. Acara ini mensasarkan lebih 40,000 pengunjung untuk dua hari.

Peminat kereta dan motorsikal akan berpeluang bertemu dengan tetamu antarabangsa dari:

  1. James Ken Blackmon dan Wilburlavard Thomas III daripada Trico; Amerika Syarikat
  2. Dean Ian Micetich dan Jimmy Dean Horn Jr. daripada Dice Magazine; Amerika Syarikat
  3. Mark Arcenal daripada Illest/Fatlace; Amerika Syarikat
  4. Jeff Holt daripada V-Twin Visionary Magazine; Amerika Syarikat
  5. Nau Shima dan Yuki Hitomi daripada Tokyo Indians MC; Jepun
  6. Ray Luke Matthew Bellerby daripada Fuel Tank Magazine; Australia
  7. Geoffrey Douglas Baldwin daripada Return of the Café Racers; Australia
  8. Makoto Watanabe daripada Chopper Journal Magazine; Jepun
  9. Yoshida Shinya daripada YENC Magazine, Jepun
  10. Kanda Manabu daripada Kalifornia Look Magazine, Jepun
  11. Dino Dalle Carbonare daripada Speedhunters.com; Jepun
  12. The Nash daripada Burnout Magazine; Jepun
  13. Shige Suganuma dan Hiro “Wildman” Ishii daripada MOONEYES
  14. Gen daripada Love Ear Art; Jepun
  15. Ken Sugihara daripada Fustyworks; Jepun
  16. G Tiki Art & Pinstriping; Jepun
  17. Makoto M&K Custom Signs; Jepun
  18. Cynar daripada Jepun
  19. Daisuke Sakon daripada Kustomstyle; Jepun

Butiran khas untuk AOS 2018 termasuk:

  1. Art of Speed Invitational Bike Build Off 2018 yang dikuasakan oleh PETRONAS, akan menyaksikan 8 pembina khas daripada Malaysia & Singapore bersaing untuk hadiah wang tunai RM10,000 (pemilihan juri) & wang tunai RM5,000.00 (pilihan awam). Pembina khas yang bersaing ialah:
  • Rusty Factory daripada Ipoh, Perak
  • Soul Garage daripada Sungai Petani, Kedah
  • JZ Engineering & Services daripada Pasir Gudang, Johor
  • No Die Cycles daripada Ampang, Selangor
  • Beautiful Machines daripada Kuala Lumpur
  • Dstreet Customs daripada Singapura
  • Kenstomoto daripada Kuala Lumpur
  • Skateture Custom Works daripada Kuching. Sarawak
  1. Hot Wheels akan menyambut Ulang Tahun ke-50 di Art of Speed 2018 dengan Dmitriy Shakhmatov, Pengurus Reka Bentuk Global Hot Wheels. Shakhmatov akan berkunjung ke Malaysia dari Amerika Syarikat bersempena Hot Wheels Southeast Asia Tour dan juga mengadakan sesi bertemu khas dengan peminat Hot Wheels. Beliau akan memperkenalkan reka bentuk “Car Culture 2019” dengan kerjasama Porsche RWB, serta meraikan RWB Porsche 911 yang bersaiz sebenar yang telah dibuat menjadi model Ulang Tahun ke-50 Hot Wheels. Pratonton model tersebut di acara ini adalah kali pertama ia akan didedahkan kepada orang ramai.
  1. HOUSE OF VANS Skateboard & pertandingan BMX dan bengkel seni akan menjadi bahagian yang menarik dengan banyak aktiviti untuk kanak-kanak, remaja dan untuk mereka yang sentiasa muda di hati.
  1. Hail Vintage 2018 akan menampilkan pameran denim vintaj dari tahun 1870 dan koleksi bernilai lebih RM1,000,000.00. Pameran ini juga akan menganjurkan pasar vintaj dan koleksi yang berharga.
  1. Art Of Speed X Dice Magazine Party, pesta rasmi hujung minggu. Malaysia menyertai London, Tokyo, Los Angeles & New York menjadi tuan rumah Dice Magazine Party. Persembahan langsung dari kugiran musik Gerhana Ska Cinta dan Black & Blues Band serta set DJ dari Disko Santan. DICE Magazine Party akan diadakan di Jenerator, KL City Walk pada 28 Julai 2018, malam Sabtu pada 10 malam hingga 1 pagi. Jemputan akan dipanjangkan pada peserta dan vendor dan orang awam dapat memperoleh jemputan dengan mendaftar dalam talian (terhad kepada 100 orang sahaja). Daftar atas talian adalah di pautan ini: http://bit.ly/DiCEMagPartyKL2018
  1. my sebagai Vendor Motorsikal Rasmi yang akan mengadakan kerjasama khas dengan Pa’Din Musa yang akan membina khas sebuah motorsikal streetcub yang akan diumumkan pada acara ini kelak.

Muzik adalah salah satu elemen penting dalam acara Art of Speed dan tahun ini AOS memperkenalkan “Sound Circus” sebagai tema pentas utama yang akan menampilkan Fox Wanna Fly sebagai kugiran pembukaan pada hari Sabtu bagi melancarkan lagu rasmi acara berjudul “Inspirasi”. Pengunjung AOS 2018 juga akan dihiburkan oleh kugiran muzik  seperti Plague Of Happiness yang akan menjadi persembahan utama pada hari Sabtu dan konsert “comeback” oleh Bittersweet yang akan menutup acara AOS 2018 pada hari Ahad dengan penuh gaya!

Akhir sekali, terdapat cabutan bertuah harian pada hari Sabtu dan Ahad dimana pemenang akan memenangi pakej berbayar untuk SEORANG (1) bagi melawat The 27th Annual Yokohama Hotrod Custom Show 2018 dan SATU (1) C600R Streetcub oleh FNG Works. Hadiah-hadiah ini akan diberikan pada hari Sabtu & Ahad.

Meneruskan tradisi untuk menginspirasikan komuniti tempatan, penganjur sekali lagi membawa masuk kenderaan vintaj dan ubah suai yang mengkagumkan dari luar negara. Tahun ini, pengunjung akan dijamu dengan:

  1. NAU SHIMA & YUKI HITOMI daripada Tokyo Indians MC memaparkan 2 unit 1947 INDIAN CHIEF (JEPUN).
  2. SHIGE SUGANUMA pemilik MOONEYES memaparkan 1978 HARLEY-DAVIDSON SPORTSTER MQQN DIGGER SHOW BIKE (JEPUN) & 1954 MQQN BUG DRAG RACE CAR (JEPUN) dibina oleh MASASHI TAZAKI daripada ONE LOW JAPAN dan dipandu oleh YUTAKA KIJIMOTO yang akan menghadiri acara ini juga.

Sebuah lagi kenderaan khas yang akan dibawa khas dari Amerika Syarikat untuk dipaparkan di dalam DEWAN A di kawasan House of Vans:

  1. BRYAN SCOTT THOMPSON daripada THOMPSON CYCLES memaparkan 1955 VANS TRIUMPH (Amerika Syarikat)

Menurut Asep Ahmad Iskandar, Pengasas Art of Speed Malaysia, “Edisi tahun ini pastinya pengelolaan yang paling terbaik dengan kepelbagaian dan kerumitan pemilihan kenderaan malah kami juga menambah baik bilangan aktiviti sepanjang dua hari untuk memenuhi permintaan semua golongan umur pengunjung.”

“Ini termasuk juga pertandingan Show & Shine di dalam dewan berhawa dingin seluas 150,000 kaki persegi yang akan dipenuhi dengan kenderaan kustom dan klasik didalam Dewan A, ditambah dengan NEAT Fest di Dewan C yang akan dikelolakan oleh NoEqual, galeri seni yang bernama Moto Circus yang disertai oleh artis tempatan dan antarabangsa, persembahan langsung dari Sound Circus dan juga aktiviti mesra keluarga seperti bengkel seni di House of Vans, acara Soap Box Show & Go!, acara bazaar jualan dan arena belia dengan taman papan luncur & taman BMX yang dihoskan oleh House of Vans.”

Aktiviti Art of Speed 2018 yang lain termasuk:

  • Pandu uji motorsikal dari Indian Motorcycles & Royal Enfield
  • Roda Rumble 2018 – Perhimpunan Dua Roda & Pesta Kawasan Parkir
  • Taman Makanan yang menampilkan Lori Makanan, Bazar Jualan dan Pasar Lambak Vintaj

Art of Speed 2018 juga akan menganjurkan Perhimpunan Kelab Mega dan Roda Rumble yang keempat dari kumpulan Retro Mania yang akan menyuntik keseronokan baru kepada semua pemilik kenderaan klasik, retro dan olskool.

Pemenang Best of Show dalam pertandingan Show & Shine di dalam kategori kereta dan motosikal akan memenangi percutian dan hadir ke acara 27th Annual MOONEYES Yokohama Hotrod and Custom Show pada Disember ini sebagai tetamu kehormat.

 

NOTA:

Acara: Art Of Speed Malaysia 2018 Tahunan Ke-7 Dikuasakan oleh PETRONAS

Tarikh: 28 & 29 Julai 2018

Lokasi: MAEPS, Serdang

Masa: 10:00pagi* – 7:00malam

*Tahun ini kami akan memperkenalkan system tiket berperingkat. Tiket lorong laju boleh memasuki dewan pada pukul 10 pagi & kemasukan Umum pada pukul 11 pagi.

Kami melakukan ini untuk menguruskan peminat barangan “collector-item” yang membeli tiket dengan lebih awal.

Tiket Lorong Laju: RM30*

Kemasukan Umum: RM15*

*Kedua-dua tiket adalah sah untuk kedua-dua hari. Kaunter tiket akan dibuka pada pukul 9 pagi untuk menjual Tiket Lorong Laju & Kemasukan Umum

Maklumat lebih lanjut mengenai acara ini boleh dilayari di www.artofspeedmy.com atau www.facebook.com/ArtOfSpeedMY/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *