Ayam Brand, jenama yang terkenal di Malaysia sejak lebih 120 tahun lalu dengan rangkaian makanan dalam tin yang berkhasiat, tanpa bahan pengawet dan tanpa MSG, kini dalam misi membantu lebih ramai golongan kurang bernasib baik untuk memupuk idea kreatif mereka melalui Kempen Masyarakat Penyayang ‘Diet Sihat Untuk Kreativiti’ 2014.
Kini dalam tahun ketujuh, Kempen Masyarakat Penyayang Ayam Brand ini akan menyaksikan sumbangan produk yang mencukupi untuk kegunaan harian selama dua bulanke 48 buah badan kebajikan di 10 wilayah seluruh Malaysia. Ia akan membekalkan 2,200 orang anak-anak yatim, golongan kurang upaya dan warga emas dengan produk makanan bertin yang mudah disediakan, sihat dan berkhasiat.
Kempen ini adalah sebahagian daripada program Tanggungjawab Korporat Ayam Brand yang dilancarkan sejak 2008 dan sehingga kini telah memanfaatkan lebih daripada 13,200 orang daripada 264 organisasi kebajikan.
Kempen ini telah dilancarkan di Kuala Lumpur dengan sumbangan diberikan kepada Rumah Hope, Rumah Ozanam, Rumah Kebajikan Nurul Hasanah, Rumah Kasih Harmoni, Our Family Home, Lovely Nursing Centre, Rumah Anak-anak Yatim Shifa, Rumah Bakti Nur Syaheera dan Yayasan Anak-Anak Yatim Pinggir TTDI. Majlis tersebut diadakan di Balai Seni Visual Negara.
Wakil-wakil pertubuhan tersebut hadir untuk menerima produk Ayam Brand termasuk tuna, mackerel dan kacang panggang.
Rumah-rumah kebajikan di Penang, Johor, Perak, Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Negeri Sembilan, Pahang, Sabah and Sarawak juga turut menerima sumbangan.
Ayam Brand memberi penekanan terhadap sumbangan produk sajian ikan di dalam tin kerana kebanyakan rumah kebajikan kurang mendapat bekalan ikan seperti tuna dan mackerel yang kaya dengan Omega-3, asid lemak penting yang tidak dapat dihasilkan oleh badan. Omega-3 boleh membantu mencegah penyakit jantung koronari, merangsang aktiviti sihat saraf, meningkatkan penyerapan vitamin, menguatkan sistem ketahanan tubuh dan menggalakkan pertumbuhan sel. Di samping itu, Omega-3 juga penting dalam perkembangan daya penglihatan dan otak dalam kalangan kanak-kanak.
Oleh kerana kebanyakan badan kebajikan menghadapi kekurangan pekerja, produk makanan dalam tin Ayam Brand adalah pilihan yang ideal bagi mereka menyediakan makanan dengan segera tanpa sebarang masalah.
Kempen pada tahun ini memperkenalkan Cabaran Seni Kreatif Ayam Brand dengan tema ‘Merah dan Kuning’ yang menggemakan warna korporat Ayam Brand. Ia bertujuan memupuk daya kreativiti, ekspresi diri, koordinasi mata-tangan dan kerja berpasukan.
“Ayam Brand berbesar hati dapat membantu rumah kebajikan menikmati makanan yang lebih pelbagai. Kami berharap dengan menggalakkan sajian ikan kepada kanak-kanak, mereka akan mendapat manfaat kesihatan dari pemakanan yang kaya dengan Omega-3,” kata Pengerusi Ayam Brand, Tunku Dato’ Mu’tamir bin Tunku Tan Sri Mohamed.
“Kami ingin memperkembangkan kreativiti mereka melalui Cabaran Seni Kreativiti Ayam Brand sebagai cara untuk merealisasi potensi diri dan menyemai bakat dalam mezahirkan fikiran dan emosi menerusi seni,” jelas beliau.
Lebih daripada 30 rumah di seluruh negara telah mengemukakan hasil seni rekaan sendiri termasuk lukisan, kraf tradisional, tenunan, kerja kayu, sulaman, gubahan manik dan banyak lagi. Sempena acara ini sebuah pameran mini telah diadakan di Balai Seni Visual Negara bagi mempamerkan karya seni mereka.
Bagi kanak-kanak yang menghadiri pelancaran ini mereka mendapat pengalaman seni interaktif dengan origami, mewarna dan berpeluang untuk menyumbang kepada pemasangan ‘Pop-Art’ gergasi tin Ayam Brand, dikonsepkan oleh artis, pereka dan komposer Fathullah Luqman Yusuff, pada acara kemuncak.
“Setiap insan kreatif dengan caranya sendiri. Walau bagaimanapun, jika kreativiti tidak dipupuk dan diberi ruang untuk dinyatakan ia menjadi terbantut. Cabaran Seni Kreatif anjuran Ayam Brand adalah ikhtiar baik untuk membantu anak-anak kurang bernasib baik melonjakkan diri mereka untuk menjadi lebih kreatif kerana ia membolehkan kerja mereka dipamerkan di galeri negara. Pendedahan awal ini boleh menyalakan semangat mereka dalam kesenian dan menetapkan laluan kerjaya mereka dalam bidang seni, ” jelas En. Fathullah
Encik Zahari Bin Alwi dari Pertubuhan Kebajikan Baitul Kasih WP & Selangor berkata sumbangan Ayam Brand amat dihargai kerana ia menambah kepelbagaian dan nutrisi kepada pemakanan harian para penghuni. Ianya cepat serta mudah untuk disediakan.
“Kami merakamkan penghargaan kepada Ayam Brand kerana bermurah hati memberi sumbangan makanan bertin yang sihat dan enak. Para penghuni begitu menggemari produk-produk ini dan pekerja kami menghargai betapa cepatnya mereka boleh menyediakan hidangan lazat untuk kanak-kanak ini. Kanak-kanak juga seronok dapat menyiapkan hasil seni mereka bagi Cabaran Seni Kreativiti Ayam Brand. Kami sentiasa mengalu-alukan Kempen Masyarakat Penyayang Ayam Brand, bukan sahaja kerana produknya yang enak tetapi juga kerana aktiviti dan interaksi yang dianjurkan,” kata Encik Zahari Bin Alwi.
Untuk maklumat lanjut mengenai Ayam Brand, layari www.ayambrand.com.my atau https://www.facebook.com/AyamBrand.Recipes