(SEMASA) AYDA JEBAT DUTA GINTELL FUNTASTIC SOFA

Spread the love

GROUP-PHOTO-on-stage-BKL_8747-small

GINTELL yang ditubuhkan pada 1996 adalah sebuah syarikat yang mempunyai lebih daripada 100 rangkaian produk penjagaan kesihatan terbesar di Malaysia dan mendapat pengiktirafan oleh Malaysia Book of Records. GINTELL mengukuhkan penjenamaan di pasaran selama 20 tahun.

AJ&Dato-pose-at-signing-board-BKL_8624-smallHari ini, GINTELL dengan bangganya memperkenalkan duta terbarunya iaitu artis popular, Ayda Jebat. Pemilihan Ayda Jebat sebagai duta produk dilihat sebagai langkah strategic GINTELL untuk mengukuhkan jenamanya kepada pasaran yang lebih muda. Ayda menjelaskan yang moto GINTELL “Health Love Life” serasi dengan dirinya yang memang mengutamakan kesihatan, ikatan kasih sayang keluarga dan diri sendirinya.

Ayda Jebat dilihat dapat membantu untuk memperkenalkan rangkaian GINTELL De’Vano S yang lebih bercitarasa muda. Ayda Jebat menjelaskan kerjayanya sebagai pelakon dan penyanyi menuntut masa yang tidak menentu dan ini memberinya tekanan dan kadang kala menjejaskan kesihatan. Bagaimanapun, kini dengan adanya sofa urutan GINTELL De’Vano S di rumah, Ayda Jebat dapat menghilangkan tekanan dan kepenatan akibat kerja pada bila bila masa. Penampilan juga adalah penting bagi Ayda dan dia yakin ciri yang terdapat pada GINTELL De’Vano S menyempurnakan bentuk tubuhnya agar terus tampil anggun.

Sebagai duta, Ayda Jebat akan muncul di rangkaian pemasaran dan promosi produk terbaru GINTELL iaitu GINTELL De’ Vano S FUNtastic Sofa. Penampilan pertamanya sebagai duta produk adalah pada 30 April 2016 di Aeon Mall Shah Alam , pukul 2 petang.

Pada hari tersebut, Ayda dijadualkan untuk membuat persembahan nyanyian dan juga mempromosikan GINTELL De’Vano S FUNtastic Sofa. Pembeli yang hadir pada hari tersebut akan mendapat kombo pakej De’Vano S dan mesin urut kaki G-Beetle Plus dengan hanya RM3, 988. Selain itu, kombo pakej bagi kerusi urut GINTELL De’Wise Care dan De’Vano S FUNtastic sofa hanya RM10, 988 yang sesuai untuk dihadiahkan kepada ibubapa, satu lagi untuk diri sendiri.

GINTELL De’Vano S FUNtastic Sofa adalah sofa urutan bergaya moden, kontemporari, ergonomik , diperkemas dengan fabric ultra-trendy berwarna ceria, ringan dan mudah diangkat ke mana sahaja. GINTELL De’Vano S FUNtastic Sofa adalah pilihan yang tepat dan sempurna untuk kediaman dan juga pejabat.

GINTELL De’ Vano S FUNtastic Sofa adalah sofa urutan pertama yang mempunyai kontur urutan terpanjang. Lanjutan Trek V yang berukuran 105cm panjang mengurut dari leher, pinggul dan paha. Teknologi penggelek urut berhaba 3D merangsang pengedaran darah dan metabolism yang penting untuk mengurangkan sakit badan. Ciri beg tekanan udara S-Flex pada sofa urutan ini membentuk dan membetulkan pinggul dan paha untuk memastikan anda terus tampil anggun .Saiz sofa yang kecil memudahkan anda untuk meletakkan ia di rumah, di tempat kerja atau di tempat kesukaan anda. Sofa ini mempunyai 4 system kawalan yang mudah dan mesra pengguna.

Kunjungi mana-mana cawangan GINTELL di seluruh negara sekarang untuk menikmati tawaran yang hebat. Untuk maklumat lanjut, hubungi talian khidmat pelanggan di 1800-88-6332 atau layari Facebook GINTELL MALAYSIA dan GINTELL WeChat atau laman web rasmi GINTELL di www.gintell.com.

GINTELL berharap semoga sihat dan bahagia dan Selamat Hari Ibu!

AYDA JEBAT

Ayda Jebat, adalah nama yang semakin menjadi sebutan peminat hiburan menerusi nyanyian dan juga lakonan. Kerjaya seni Ayda bermula apabila dia menyertai Akademi Fantasia pada tahun 2011. Bagaimanapun, namanya melonjak naik apabila lakonannya didalam drama bersiri “Rindu Awak 200%” bersama Zul Ariffin di TV3 berjaya mencuri perhatian peminat-peminat drama bersiri tempatan.

Bahkan, dari segi nyayian pula, selepas kejayaan yang dikecapi melalui lagu pertama beliau “Siapa Diriku” yang telah layak ke Separuh Akhir Muzik-Muzik 30 dan mendapat putaran tinggi dalam radio tempatan, Ayda Jebat yang lebih dikenali sebagai seorang pelakon kini muncul dengan lagu kedua beliau berjudul “Pencuri Hati” yang menjadi lagu tema drama “Isteri Vs Tunang”.

Dan kemuncak kejayaan karier beliau adalah apabila beliau berjaya merangkul 5 anugerah daripada 18 kategori yang dipertandingkan di “Anugerah Top Top MeleTOP” bagi kategori wanita. Lima kategori itu ialah Top Top MeleTop (wanita), Penyanyi MeleTop, Lagu MeleTop, Pelakon MeleTop dan Drama MeleTop.

Di masa akan datang, karier Ayda Jebat dilihat akan terus menyinar kerana nama Ayda akan semakin harum di menjadi sebutan bukan sahaja dikalangan peminat di Malaysia, tetapi dari negara jiran seperti Singapura, Brunei dan Indonesia.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *