(HIBURAN) Azlan (Typewriter) lancar single Kukuh & minuman tenaga Turbo 3

Spread the love

KUALA LUMPUR: Penyanyi terkenal Azlan (Typewriter) melancarkan single terbaharunya ciptaannya sendiri berjudul Kukuh dalam sebuah majlis yang diadakan di WOW KL, pada Rabu.
Karya dengan inspirasi lirik ditulis oleh Mars ini bakal memberi nafas baharu pada pendengar muzik tanah air Menurut Azlan, ia mengisahkan tentang kehidupan masyarakat yang dilanda perasaan cinta dan sayang kepada pasangan masing-masing.

Dengan bantuan susunan muzik komposer Manusia Putih, lagu ini dijangka dapat diterima mudah setiap lapisan masyarakat.

Sementara itu, dalam masa yang sama, Azlan yang melancarkan produk pertamanya iaitu air minuman Turbo 3 ini juga melancarkan muzik video single tersebut.

Menariknya, muzik video ini mengisahkan tentang usahawan muda yang sentiasa dibelenggu tekanan dan buntu mencari idea baharu.

“Penglibatan team Turbo3 dan PATMANA berjaya menghasilkan projek yang mengisahkan pahit getir dilalui usahawan muda masa kini.

“Selain itu, penglibatan King Lhota (warganegara Senegal) bakal menarik perhatian penonton dengan nyanyiannya dalam bahasa Malaysia,” ujarnya

Menurut Azlan, tujuan utama muzik video ini adalah untuk mengeratkan lagi persahabatan negara Malaysia dengan negara-negara luar. Penggambaran dilakukan di kawasan kilang Maxfinity (Turbo3) sendiri.

Turbo 3 merupakan sejenis minuman bertenaga yang dicipta khas untuk menyokong pembentukan tenaga dalaman individu dengan segera.

la juga merupakan 100 peratus produk keluaran tempatan dan disahkan halal dan bersih. Air minuman ini juga menjalani proses penyelidikan dan pembangunan selama tiga tahun sebelum dikilangkan.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *