Ramadan tahun ini lebih meriah di Vivatel Kuala Lumpur dengan BAZAAR Buffet Ramadan, menampilkan konsep bazar Ramadan yang menggamit nostalgia ! Tetamu akan merasai suasana seperti berjalan di bazar dengan pelbagai hidangan tempatan dan kegemaran tradisional di Grand Ballroom, Tingkat 3A.
Bermula dari 4 Mac hingga 28 Mac 2025, para tetamu boleh menikmati pelbagai gerai makanan yang diatur khas oleh Esekutif Chef Hj Ashar Daud, menyajikan pilihan juadah popular bazar Ramadan, termasuk:
- Sup Gearbox Kambing
- Kari Kepala Ikan Merah
- Ayam Golek Percik
- Nasi Arab Kambing Panggang
- Siput Sedut Lemak Belimbing Buloh
- Ikan Bakar
- Udang Galah Lemak Daun Kadok
- Nasi Kandar
- Kambing Gulai Rebung
- Daging Kerutuk
- Rendang Ayam Cili Padi Pegaga
- Pajeri Nenas
Tetamu akan menikmati pengalaman berbuka puasa yang autentik, seolah-olah berada di bazar Ramadan sebenar, lengkap dengan persembahan muzik Ghazal yang menambah suasana yang meriah.
Menurut Encik Nasir Ismail, Pengurus Besar Vivatel Hotel Kuala Lumpur, “Kami ingin membawa pengalaman berbuka puasa yang membangkitkan suasana kemeriahan bazaar Ramadan dalam persekitaran yang lebih selesa dan eksklusif.“
Chef Hj Ashar Daud, Eksekutif Chef Vivatel Hotel Kuala Lumpur, turut berkongsi keterujaannya dalam menyediakan menu khas kali ini. “Setiap hidangan yang kami sajikan disediakan dengan penuh kasih sayang dengan menengahkan teknik masakan rumah untuk mendapat rasa asli kampung.”
Lokasi: Grand Ballroom, Tingkat 3A, Vivatel Kuala Lumpur
📅 Tarikh: 4 – 28 Mac 2025
⏰ Masa: 7.00 malam – 10.00 malam
Jangan lepaskan peluang untuk merasai kemeriahan Bazaar Buffet Ramadan di Vivatel Kuala Lumpur – di mana suasana bazar dengan keselesaan berbuka!