(SEMASA) BEBITA hala tuju baru ZULIN AZIZ

Spread the love

(KUALA LUMPUR) 17 September 2022: Setelah sekian lama menyepikan dari daripada kaca lensa sebagai seorang pelakon, Farah Azleenda Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Zulin Aziz tampil dalam satu jenis perniagaan di talian yang terbaru diberi nama Bebita Beauty.

Bebita Beauty merupakan produk penjagaan kulit yang diusahakan bersama influencer terkenal Kyrina Kassim. Zulin banyak menghabiskan masa mendalami selok belok perniagaan dan membuat kajian tentang produk bagi menghasilkan produk yang bersesuaian dan terbaik di pasaran. Penat lelah Zulin akhirnya berbaloi dengan terhasilnya produk Whitening Sunscreen dan Lip and Cheek Treatment yang mendapat sambutan yang luar biasa semasa live launching di tiktok. Bukan itu sahaja, Zulin juga ingin membuka peluang kepada sesiapa sahaja diluar sana untuk menjadi sebahagian daripada keluarga Bebita dan berpeluang menjana pendapatan bersama sama Zulin dan Bebita.

Kyrina Kassim, seorang influencer yang terkenal di media sosial dan juga seorang ahli perniagaan yang berpengalaman luas selama lebih daripada 7 tahun, merupakan rakan kongsi perniagaan Zulin. Banyak pengalaman yang telah ditempuh oleh Kyrina, jatuh dan bangun dalam perniagaan menjadikan beliau seorang yang lebih kuat dan matang didalam dunia perniagaan ini.

Masing-masing mempunyai kelebihan, Zulin dan Kyrina amat dikenali di media sosial kerana mereka aktif di platform seperti, TikTok dan Instagram. Bukan itu sahaja, “content-content” yang dihasilkan oleh mereka juga menjadi ikutan dan inspirasi kepada semua orang di tuar sana terutamanya pengikut-pengikut mereka di laman sosial tersebut.

“Kami amatlah menghargai semua yang sentiasa menyokong perjalanan kami, mengambil berat tentang kami dan sanggup meluangkan masa untuk majlis pelancaran produk ini” kata Zulin dan Kynna.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *