MBASU BENARD OKARO atau dikenali sebagai BEN berasal dari Kenya telah menjuarai pertandingan nyanyian lagu Melayu antarabangsa (PALMA 2013). Beliau membawa pulang hadiah berjumlah hampir RM13,000 termasuklah 3 hadiah sampingan iaitu, Juara Persembahan Terbaik, Vokal Terbaik dan Anugerah Khas Juri. Ben menyanyikan lagu DWIHATI yang merupakan lagu asal duet Yuna & Aizat.
Seramai 11 peserta itu terdiri daripada Syed Junaid Raza dari Pakistan dengan lagu Itu Kamu dari kumpulan Estrange; Cai Meiling, China (Cinta Abadi – Soo Wincci), Shanaka Nirmal Sirinanda, Sri Lanka (Perpisahan – Anuar Zain); Chogyal NuchuDorji, Bhutan (Cukup Indah – Alif Satar); Sayed Mohammad Hasheimian, Iran (Kepadamu Kekasih – Datuk M Nasir); Nurul Bagitova, Kazakhstan (Patah Seribu – Shila Amzah); Mbasu Benard Okaro, Kenya (Dwihati – Aizat & Yuna); Senyange Shaban, Uganda (Jangan Nakal – Alif Satar); Taniguchi Mami, Jepun (Kurik Kundi – Datuk Siti Nurhaliza); Kazi Yasin Islam, Bangladesh (Bahagiamu Deritaku – Hafiz) dan Brunhilde Marie Julia Geuth, Belgium (Kalis Rindu – Elyana).