(SEMASA) BEREHAT SEBENTAR ALA JEPUN BERSAMA KIT KAT GREEN TEA SERBA BAHARU DARI NESTLÉ MALAYSIA

Spread the love

editKKGT Media Launch 2

KUALA LUMPUR, 10 September 2015 – ROBOT-ROBOT sedang MENAKLUKI kota, tetapi usah risau – mereka cuma mahu menawarkan nikmat rehat yang menyegarkan kepada anda.

editKKGT Media Launch 5

Nestlé Malaysia hari ini merasmikan sebuah pelancaran yang amat dinantikan oleh semua rakyat Malaysia – Kit Kat Green Tea –iaitu rasa yang sungguh eksotik dan popular – dalam majlis media di Fahrenheit 88, Kuala Lumpur.

Siapa lagi hero acara ini kalau bukan ROBO-GT; dia merupakan bintang iklan TV baharu Kit Kat Green Tea yang baru dilancarkan. ROBO-GT ialah seorang pakar teh dan pencipta Kit Kat Green Tea. Dia mendapat ilham untuk menggabungkan Kit Kat dan teh hijau di rumah tehnya, dan mencipta sebuah sensasi rasa ala Jepun. ROBO-GT turut bantu memeriahkan gaya rehat Jepun di acara tersebut, dan mengesyorkan peminat serta ahli media untuk berkongsi masa rehat mereka dengan Kit Kat Green Tea dengan menggunakan hashtag #mybreak dan  #kitkatgreentea.

editKKGT Media Launch 7

Produk Nestlé Kit Kat Green Tea telah mendapat sambutan hangat di Jepun sejak pelancarannya, dan pelancaran di Malaysia menjanjikan pengalaman yang lebih hebat. Diperbuat dengan serbuk teh hijau autentik dari Jepun, produk ini menawarkan rasa teh hijau hebat yang pastinya memuaskan selera sesiapa sahaja.

editKKGT Media Launch 6

“Kit Kat Green Tea mendapat sambutan hangat di Jepun, dan Nestlé Malaysia sangat teruja untuk memperkenalkan rasa lazat ini ke Malaysia. Peminat di Malaysia yang mengidamkan masa rehat yang menyegarkan ala Jepun akan bersetuju bahawa rasa unik teh hijau segar yang digabung dengan manisan putih kami yang lazat dan wafer istimewa KIT KAT, sememangnya santapan yang “WOW” dan menemui apa yang sebenarnya mereka idamkan.” kata Sachin Goel, Pengurus Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan Manisan, Nestlé Products Sdn Bhd.

KKGT Media Launch 9

Sejajar dengan tema “Robots Sedang Menakluki”, pelanggan di Malaysia boleh bertemu dengan ROBO-GT dan rakan-rakannya. Mereka akan membuat penampilan istimewa di pelbagai pasar raya dan pasar raya besar, membawakan rehat ala Jepun kepada pelanggan di Malaysia.

Pelancaran Kit Kat Green Tea Nestlé Malaysia juga turut mempromosi kempen “Raikan Rehat Bersama Kit Kat”, kempen pertama dunia yang menggabungkan pelbagai jenis rehat yang dinikmati oleh perehat – iaitu pelanggan Kit Kat, dengan hashtag #mybreak.

Ais krim Kit Kat Green Tea dengan rasa sensasi penuh krim juga turut disediakan di acara tersebut, sebagai nikmat rehat daripada kepanasan kota.

KKGT Media Launch 10

Nestlé meraikan ulang tahun jenama Kit Kat yang popular, yang dikeluarkan 80 tahun lalu pada bulan ini, menjadikan ianya salah satu sebab untuk meraikan dengan penuh istimewa.

Setiap pakej individu Kit Kat Green Tea dipek dengan rasa dan aroma serbuk teh hijau yang baru dipetik dan akan menyegarkan peminat Kit Kat. Ini akan membantu pelanggan menikmati waktu rehat ala Jepun yang penuh inspirasi, yang sewajarnya dinikmati di kala berehat.

editKKGT Media Launch 11

Kit Kat Green Tea serba baharu kini tersedia di dalam variasi 2 jejari dan 4 jejari, serta juga 8 keping 2 jejari pek kongsi di semua pasar raya mini & kedai serba guna besar, kedai serbaneka & stesen petrol (jenis dua dan empat jejari), pasar raya dan pasar raya besar (variasi empat jejari dan pek kongsi) di seluruh negara.

Diperbuat di kilang Nestlé Malaysia yang berdaftar Halal sepenuhnya di Chembong, Negeri Sembilan, kesemua Kit Kat Green Tea adalah 100% buatan Malaysia dan 100% Halal.

010915-KIT-KAT-2f-green-tea

Mengenai Nestlé Kit Kat Green Tea Nestle

Kit Kat Green Tea, Kit Kat baharu yang diperbuat di Malaysia merupakan produk Halal yang dimaju dan dikeluarkan secara eksklusif oleh Nestlé Malaysia dan dilancarkan pada tahun 2015. Dinikmati secara meluas di Jepun, teh hijau merupakan minuman utama di dalam perayaan teh di Jepun, ia melambangkan ketenangan, pencergasan semula serta kedamaian.

Diperbuat daripada teh hijau asli Jepun, Kit Kat Green Tea mewakili frasa ikonik Kit Kat “Berehat Sebentar bersama KIT KAT” dan sempurna untuk dinikmati pada waktu rehat yang pendek serta menyegarkan.

Ini ialah cara untuk berehat seketika, gaya Kit Kat Green Tea:

  1. Koyakkan pembalut hijau.
  2. Patahkan satu jejari wafer pada satu masa.
  3. Bahagikan dua kepingan wafer dan nikmatinya.

Untuk maklumat lanjut tentang Kit Kat Green Tea, sila layari http://www.nestle.com.my/brands/confectionery_and_chocolate/kitkat


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *