Dalam kerancakan artis tempatan mengeluarkan produk wangian jenama sendiri, Bunkface tidak mahu ketinggalan untuk turut serta menyemarakan pasaran. Mereka merupakan band pertama menghasilkan jenama minyak wangi jenama sendiri.
Hadir dengan 2 koleksi iaitu REVOLUTION untuk dan FOR HER untuk wanita, minyak wangi tersebut sudah mula dijual di pasaran sejak Februari lalu dengan harga RM 39.90 untuk 30ml. Produk ini dikilangkan di Perak, pati minyak wangi terpilih diimport dari Mesir.
Sejak dipasarkan kira-kira 3 bulan yang lalu, produk ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peminat. Terdapat 60 stokis di seluruh negara, produk ini juga turut dijual di Singapura dan Brunei.
kredit foto : mencari rahsia alam