(SEMASA) DSA 2016 Catat Urus Niaga Bernilai RM2.9 Bilion

Army_Recognition_appointed_by_DSA_2016_organizers_as_Official_Online_Show_Daily_and_Official_Web_TV_640_001KUALA LUMPUR: Persidangan dan Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2016 mencatat urus niaga bernilai RM2.9 bilion, meningkat 56 peratus berbanding RM1.86 bilion semasa DSA 2014.

IMG20160420123736Secara keseluruhannya, edisi tahun ini menyaksikan 10 kontrak, empat Surat Setuju Terima, tiga Surat Hasrat dan tujuh Memorandum Persefahaman ditandatangani, menurut maklumat yang dikeluarkan oleh penganjur, DSA Sdn Bhd.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata peningkatan nilai yang memberangsangkan itu menunjukkan Malaysia dan industri pertahanan serantau mempunyai keupayaan untuk terus berkembang.

“Kita mengharapkan prospek lebih banyak urus niaga semasa DSA pada masa depan,” katanya semasa majlis penutup DSA ke-15 yang berakhir di sini, Khamis.

Beliau berkata pembelian aset ketenteraan akan mengambil masa untuk diserahkan namun di sebalik berdepan cabaran ekonomi semasa, pihak yang menyertai DSA melihat kepada hubungan jangka sederhana dan panjang.

“Ia bukan sesuatu yang sengaja diadakan malah saya hadir sebagai saksi hanya untuk kontrak yang pasti akan dilaksanakan. Urus niaga RM2.9 bilion yang telah ditandatangani ini mesti dilaksanakan,” katanya.

DSA 2016 selama empat hari itu berperanan sebagai platform kepada lebih 300 pegawai atasan kerajaan dan delegasi asing dari lebih 45 negara.

Selain itu Hishammuddin berkata acara tersebut telah menarik lebih 38,000 pengunjung perdagangan dari lebih 77 negara pada tiga hari pertama, melebihi jangkaan awal sebanyak 34,000.

“Tahun ini turut menyaksikan satu rekod baharu iaitu 1,200 syarikat yang menyertai mewakili lebih 60 negara daripada industri keselamatan dan pertahanan global.

“Ia merupakan jumlah penyertaan tertinggi setakat ini,” katanya.

Beliau mengumumkan bahawa DSA 2018 akan berlangsung pada 16 hingga 18 April, 2018 di Kuala Lumpur.– Bernama

IMG20160418115010

IMG20160418115019

IMG20160418115212

IMG20160418115241

IMG20160418115304

IMG20160418115702

IMG20160418115747

IMG20160418115954small

IMG20160420122244

IMG20160420123113

IMG20160420125254

IMG20160420125420

IMG20160420125825

IMG20160420130052

IMG20160420130904

IMG20160420131511

IMG20160420132946

IMG20160420132959

IMG20160420133112

IMG20160420133253

IMG20160420133427

IMG20160420134422

IMG20160420134553

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *