(SEMASA) Cadangan Hidangan Musim Perayaan yang Seimbang & Kreatif daripada “Alce Nero” Jenama Organik Itali Yang Terkemuka

Spread the love

 

Shah Alam, 4 Januari, 2017 – Alce Nero, jenama organik terkemuka dari Itali telah memperkenalkan satu siri lima resepi perayaan yang sihat dan kreatif, terdiri daripada masakan tradisional dan masakan fusion yang boleh dinikmati seisi keluarga.

Semua produk Alce Nero adalah 100% organik dan diiktiraf oleh undang-undang Kesatuan Eropah termasuklah tanaman, tanah pertanian, kilang pemprosesan, prosedur dan kandungan yang digunakan untuk pengeluaran. Produk organik Alce Nero merangkumi rangkaian pasta kering, sos pasta, madu, minyak zaitun dan jem buah-buahan.

Selaku jenama pilihan kalangan pengguna yang mementingkan kesihatan dan alam sekitar, Alce Nero sentiasa memperkenalkan resepi unik serta kreatif yang memanfaatkan produk-produk yang telah menerima persijilan organik.

Rangakaian produk Alce Nero diperakui Halal oleh badan-badan persijilan rasmi yang diiktiraf oleh JAKIM.

Sempena musim perayaan ini, terokai hidangan tradisional dan fusion bersama citarasa Itali yang meningkatkan rasa semula jadi serta organik yang menggabungkan ramuan Asia bersama hasil tanaman Itali tulen dan berkualiti tinggi.

Cubalah hidangan Prosperity Lucky Rolls, Spageti Telur Masin bersama Filet Ikan, Udang Masak Asam Jawa Bermadu, Pai Carbonara dan Hotcakes Berinti Jem bersama Pir Rebusan Madu sebagai menu penuh atau dinikmati secara berasingan untuk melengkapkan masakan lain.

Makanan dengan indeks glycemic (GI) lebih rendah adalah tambahan yang baik dalam pemakanan harian kerana ia lambat diserap dan dicerna, seterusnya mampu meregulasikan kadar gula dalam darah dan insulin secara perlahan-lahan, serta nyata memberi faedah kepada kesihatan. Diet rendah GI terbukti dapat menambah baik tahap glukosa dan lipid dalam kalangan mereka yang menghidap diabetes (jenis 1 dan 2)[1]. Ia berfungsi menjaga berat badan kerana dapat mengawal selera dan membuatkan anda lambat lapar.

Pasta Alce Nero mengandungi indeks glycemic lebih rendah dan kandungan protein tinggi, sekali gus membuatkannya sesuai untuk pesakit diabetes.

Rasai citarasa timur dan barat yang terbaik dengan trend kulinari Telur Masin bersama spageti Itali Alce Nero. Ia kemudian dikontraskan pula dengan kemanisan filet ikan kicap bermadu yang berciri Asia.

Pai carbonara merupakan satu hidangan yang mengenyangkan. Ia menggabungkan spaghetti carbonara yang berkrim dengan keju di atasnya. Hidangan yang unik dan berbau enak ini akan membuatkan ahli keluarga dan tetamu anda ingin menambahnya.

Udang Masak Asam Jawa Bermadu menggunakan minyak zaitun dara ekstra Alce Nero, Alce Nero Organic Balsamic Vinegar dan madu Wildflower Organik Alce Nero yang digandingkan dengan rasa masam asam jawa untuk sensasi kulinari yang pasti membuka selera.

Gunakan minyak zaitun dara ekstra Alce Nero dan madu Wildflower Organik Alce Nero untuk hidangan Prosperity Lucky Rolls yang enak. Ia boleh dimakan begitu sahaja sebagai hidangan ringan atau digabungkan bersama juadah lain.

Minyak zaitun dara ekstra Alce Nero diperbuat daripada buah zaitun terbaik yang dipilih di Sicily. Ia mengandungi rasa dan manfaat kesihatan jantung menerusi kandungan vitamin serta anti-oksidan yang tinggi.

Bagi memenuhi keinginan selera anda terhadap makanan manis, nikmati Hotcakes Berinti Jem bersama Pir Rebusan Madu. Pilihlah dari  jem organik Alce Nero yang terdiri daripada strawberi, plum, pic dan beri campuran untuk kek dan Alce Nero Organic Acacia Honey untuk pir rebusan madu anda.

Jem buah-buahan Alce Nero diperbuat daripada buahan-buahan organik berkualiti tinggi. Ia tidak mengandungi gula tambahan dan pektin, demi memelihara rasa yang semula jadi.

Tulen dan semula jadi, Madu Organik Alce Nero mengandungi unsur anti-bakteria semula jadi. Ia tidak dipanaskan, sekali gus dapat mengekalkan segala nutriennya yang menyihatkan. Madu ini juga merupakan satu sumber tenaga yang terbaik dan boleh digunakan dalam pelbagai hidangan manis, mahupun lauk kegemaran anda.

Hidangan-hidangan ini pasti akan menjadi tarikan pada musim perayaan nanti. Setiap hidangan ini adalah gabungan ramuan Asia dan produk keluaran Itali untuk menghasilkan satu juadah yang akan menjadi kegemaran keluarga serta rakan-rakan anda.

Untuk resipi yang sihat dan unik, maklumat lanjut mengenai Alce Nero serta rangkaian resepi yang luas, sila layari laman web http://alcenero.asia/ dan laman Facebook https://www.facebook.com/AlceNeroMalaysia/

[1] https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2654909/


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *