(SEMASA) Casio Meraikan Keunggulan Muzik di Majlis Pelancaran Grand Piano Hibrid CELVIANO Terkini

Spread the love

(L-R) Mr Hiroyuki Sezai, Managing Director of Casio Malaysia; Dr Joanne Yeoh; Mr SJ Ong, Executive Director of Marco Group

Casio Malaysia memperkenalkan siri Grand Piano Hibrid digital terkini baharu yang direka dengan kolaborasi bersama pengeluar piano terkenal, C. Bechstien. Barisan ini merangkumi model CELVIANO GP-300BK dan CELVIANO GP-500BP yang menggunakan teknologi Sumber Bunyi Resonator Pintar dan Akustik (AiR) proprietari Casio dan persampelan bunyi grand piano bagi menghasilkan perincian realisme, nada dan bunyi sebuah grand piano akustik.

Pianist Clarence Kang dazzled the crowd with his talents

Di majlis pelancaran rasmi Grand Piano Hibrid di Malaysia di Nexus Bangsar South, para tetamu telah disambut dengan persembahan khas oleh pemain piano autistik, Clarence Kang. Acara petang itu turut diserikan dengan persembahan lagu “You Raise Me Up” oleh pemain violin tempatan terkenal, Dr Joanne Yeoh yang ditemani oleh pelajar beliau, Joyce Low.

“Tahun ini, Casio menyambut ulang tahun ke-35 bagi Peralatan Muzik Elektronik – sebuah divisyen yang telah berakar dalam industri muzik dan terus meningkatkan pengalaman muzikal semua pemuzik, sama ada amatur maupun profesional. Sebagai penghormatan ke atas peristiwa penting ini, kami telah membentuk perikatan dengan salah satu daripada pengeluar piano paling terkemuka di dunia, C. Bechstein, bagi menghasilkan siri Grand Piano Hibrid CELVIANO yang benar-benar mewakili kombinasi inovasi dan tradisi yang terulung. Piano-piano digital ini membawa tahap ketulenan baharu bagi menzahirkan pengalaman grand piano konsert untuk persembahan dan sesi latihan,” kata En Hiroyuki Sezai, Pengarah Urusan Casio Malaysia Sdn. Bhd.

 Managing Director of Casio Malaysia, Mr Hiroyuki Sezai with the GP-500

Lanjutan daripada keriangan acara muzikal petang itu, Casio Malaysia juga memperkenalkan Casio Music Circle – sebuah inisiatif global oleh Casio yang bertujuan menyokong industri muzik tempatan dengan mengumpulkan penggiat industri bersama mereka yang menggemari muzik. Casio Music Circle mengalu-alukan semua orang daripada guru piano, hingga ke pemuzik yang dilatih secara klasik atau bukan secara muzikal, kolej dan universiti, dengan harapan ia dapat membuka peluang buat pemuzik profesional dan bakal pemuzik, di samping membangunkan arena muzik tempatan.

 

CIRI-CIRI PRODUK GRAND PIANO HYBRID CELVIANO

Profil Bunyi Tiga Grand Piano Terunggul 

Casio menggunakan teknologi Penjelmaan Pelbagai Dimensi Sumber Bunyi Grand AiR bagi mereplikakan reverberasi mewah dan akustik halus daripada tiga grand piano terulung melalui persampelan bunyi. Dengan memilih mod profil bunyi berlainan, piano-piano ini berupaya menghasilkan dengan tepat bunyi Berlin Grand, dikenali kerana bunyi elegan, jelas yang menjanjikan persembahan yang mewah dan melodic; Hamburg Grand, dikenali kerana memberikan kuasa dan kekuatan dengan resonans tali yang terang dan nyata; dan Vienna Grand, terkenal kerana bunyinya yang tenang dan gemilang dengan nada bass mewah dan ton yang indah.

Daripada ketiga-tiga piano ini, profil Berlin Grand telah dibangunkan dengan kolaborasi bersama C. Bechstein, seorang pengeluar piano yang sudah mapan dengan pengalaman lebih 160 tahun, menggunakan Sumber Bunyi Grand AiR bagi menghasilkan semula bunyinya yang kompleks dan memiliki berbagai-bagai aspek.

Tambahan lagi, bagi mencapai bunyi tiga dimensi nyata serta ton cemerlang sebuah grand piano, model GP-300BK dan GP-500BP menggunakan Sistem Akustik Grand untuk mereplikasikan reverberasi bunyi tali yang bergetar di atas dan di bawah papan bunyi sebuah grand piano. Melalui penghasilan laluan bunyi yang khas menggunakan enam pembesar suara, sistem ini memberikan bunyi tiga dimensi yang merdu dengan pemanjangan, pengembangan dan kedalaman nada.

Papan Kekunci Semula Jadi Tindakan Tukul Grand yang diperbuat daripada Kayu Sprus

Model GP-300BK dan GP-500BP bercirikan Papan Kekunci Tindakan Grand Hammer yang menghasilkan pergerakan tukul nada horizontal, seperti sebuah grand piano konsert. Ini memberikan simulasi yang lebih realistik bagi mencapai ketulenan optimal dari segi respon tukul nada, sekaligus membolehkan pemain piano mengawal volum dan kelajuan setiap not bergantung kepada cara ia dimainkan dengan pelbagai pemasaan dan daya.

Selain daripada itu, simulator Kunci Terus piano ini membantu menghasilkan bunyi yang berpanjangan bergantung kepada kelajuan si pemain mengangkat jari selepas menekan kunci-kunci, suatu aspek yang kritikal dalam menggambarkan nuansa halus apabila memainkan ‘Staccato’ atau ‘Legato’.

Kekunci GP-300BK dan GP-500BP juga diperbuat daripada kayu sprus Austrian yang teguh, seperti pada sebuah grand piano C. Bechstein, bagi menghasilkan semula sentuhan dan rasa sebuah grand piano.

Pengalaman Bermain Dipertingkatkan Grand Piano Hibrid

Bagi mendapatkan pengalaman yang lebih berbagai-bagai deria, para pemain piano boleh memilih daripada rangkaian mod Simulator Dewan yang membolehkan para pemain piano menikmati bunyi ‘immersive’ yang ditemui di tempat-tempat ikonik seperti dewan konsert di Berlin, sebuah gereja di Amsterdam atau lokasi konsert di Vienna.

Para pemain piano juga boleh menggunakan fungsi Penetapan Kedudukan, satu ciri yang berguna semasa berlatih untuk persembahan, bagi memilih mod-mod berlainan bagi mendengar bagaimana bunyi muzik daripada perspektif audien sama ada di barisan hadapan atau di bahagian belakang dewan konsert.

Grand Piano Hibrid CELVIANO baharu turut bercirikan Bermain bersama Konsert yang mengandungi bunyi konsert ‘live’ yang dirakam terlebih dahulu dan dipasang dalam format digital berkualiti tinggi bagi membolehkan pemain piano untuk berlatih muzik mereka sambil diiringi sebuah orchestra.

Sebagai tambahan, model GP-500BP didatangkan secara eksklusif dengan ciri ‘Scene’ tambahan yang menawarkan 15 mod yang telah ditetapkan terlebih dahulu untuk para pemain memilih persekitaran bunyi yang paling sesuai semasa memainkan lagu oleh komposer seperti Chopin dan Liszt dan juga pelbagai genre muzik berlainan seperti jazz bagi memastikan muzik itu dimainkan dengan nada, reverberasi dan efek yang paling optimal dan terbaik.

Harga dan Ketersediaan

Model Grand Piano Hibrid GP-300BK akan dijual di Peruncit Berdaftar Casio bermula dari pertengahan bulan Oktober pada Harga Runcit yang Disyorkan bernilai RM14,390, manakala model GP-500BP akan dijual pada Harga Runcit yang Disyorkan bernilai RM19,390 bermula dari pertengahan bulan November 2015.

Sebagai tambahan, Casio akan turut memperkenalkan model CELVIANO AP-700BK, pada Harga Runcit yang Disyorkan bernilai RM8,990, dilengkapi dengan teknologi Sumber Bunyi Grand AiR, juga bermula dari pertengahan bulan Oktober.

Ciri-ciri GP-300BK GP-500BP AP-700BK
Sumber Bunyi Grand AiR
Papan Kekunci Semula Jadi Tindakan Tukul Grand
Bermain bersama Konsert
Simulator Dewan dan Penetapan Kedudukan
SCENE
Harga Runcit yang Disyorkan (RM) 14, 390 19, 390 9, 200

 

-TAMAT-


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *