(SEMASA) Cerebos perkukuh jangkauan strategik bersama Yeo’s

Spread the love

caya-single-bottlePengeluar produk kesihatan terkemuka, Cerebos Malaysia, menjalin kerjasama dengan syarikat makanan dan minuman kelahiran tempatan, Yeo Hiap Seng (Malaysia) Berhad (“Yeo’s”) bagi mengedarkan minuman kesihatan terbarunya, Ca’ya™ yang akan bermula daripada bulan ini akan diperkenalkan di Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur.

caya-pack-shotRangkaian dan capaian pengedaran Yeo’s yang menyeluruh akan meluaskan jangkauan jenama itu termasuk ke kedai runcit dan kedai serbaneka, malah di tempat-tempat makan di mana minuman kesihatan ini dijual di dalam botol individu yang disejukkan supaya ia boleh terus diminum.

Pada masa ini, Ca’ya™ yang dilancarkan pada bulan April lalu, dijual di dalam pek yang mengandungi 6 botol bersama-sama rangkaian produk Cerebos iaitu minuman kesihatan BRAND’S® dan minuman kecantikan® InnerShine.

“Kami berbesar hati kerana Yeo’s yang merupakan syarikat makanan dan minuman terkemuka menjadi pengedar kebangsaan bagi Ca’ya™. Kami yakin bahawa kerjasama ini dapat melengkapi saluran pengedaran sedia ada kami bagi membolehkan minuman kesihatan kami lebih tersedia kepada pengguna. Sasaran kami adalah bagi mendapatkan penguasaan pasaran sebanyak 10 peratus bagi kategori minuman kesihatan pada tahun ketiga dengan titik pengedaran baru sebanyak 40,000 yang dihasilkan oleh kerjasama ini,” kata Naib Presiden dan Pengurus Besar Cerebos Malaysia, Koh Joo Siang.

“Membawa Ca’ya™ ke dalam kategori minuman dengan menjualnya sebagai botol individu dan menempatkannya di dalam peti sejuk supaya dapat diminum segera menjadi strategi baru kepada kami apabila beralih dari kategori suplemen kesihatan tradisional yang biasanya diminum di rumah dan bukan di mana-mana. Memandangkan minuman kesihatan semula jadi terkini kami ini bermanfaat dan disasarkan untuk rakyat Malaysia yang menjalani gaya hidup sibuk, kerjasama ini akan memastikan bahawa minuman ini selalu tersedia apabila mereka memerlukannya,” tambah Koh.

Ca’ya™ diformulasi dengan unsur-unsur berkuasa dari dua ramuan semula jadi yang amat dicari-cari dalam budaya Timur – bijian ajaib Habbatus Sauda dan ginseng yang memberi kecergasan – bagi mengeluarkan sumber tenaga semula jadi. Salah satu ciri utama Ca’ya™ yang membezakannya dari minuman kesihatan lain adalah ia mengeluarkan ciri-ciri tenaga dari ramuan semula jadi. Ia juga tidak mengandungi kafein, lemak atau bahan tambahan berbahaya seperti pengawet atau pewarna, lantas menjadikannya sesuai dan selamat diminum setiap hari bagi mendapatkan tenaga yang berpanjangan.

Ca’ya™ dibangunkan selepas penyelidikan saintifik dan pengguna dijalankan selama tiga tahun bagi memastikan bahawa produk baharu ini melepasi ujian kualiti syarikat dan keperluan pengguna yang ketat, di mana pengguna terlibat dengan berkongsi maklum balas mereka mengenai rasa, keberkesanan dan pembungkusan produk dengan syarikat.

Penemuan penting penyelidikan menunjukkan bahawa 88% pengguna berasa kurang lesu selepas meminum Ca’ya™ manakala 71% pula bersetuju bahawa Ca’ya™ mempunyai rasa yang lebih enak berbanding minuman tenaga lain yang ada dalam pasaran. (Berdasarkan Nielsen Claim Test Report bertarikh April 16)

 

“Cerebos dan Yeo’s merupakan jenama isi rumah yang digemari oleh semua rakyat Malaysia. Yeo’s berbangga kerana dapat menyertai pakatan strategik ini bagi mengambil peluang dari kekuatan kedua-dua syarikat di mana Yeo’s memanfaatkan capaian pengedarannya bagi mengedarkan Ca’ya™,” kata Ong Chay Seng, Naib Presiden Kumpulan (Malaysia/Indonesia) Yeo’s.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *