(SEMASA) Chatime, Shoppu sertai Hari CashBack 9.9 ShopBack bersama 35 E-Dagang

Spread the love

image-1-chatime-shoppu-join-99-cashback-day-with-35-e-retailersKuala Lumpur, 8 September 2016 – Platform pulangan tunai (Cashback) ShopBack mendedahkan akan membawa kembali Hari Cashback 9.9 kepada pembelinya pada 9 September. Acara selama 24-jam itu mengumpulkan 35 e-dagang dengan Chatime dan Shoppu yang baru menyertai, di mana ia menawarkan peningkatan diskaun dan lebih banyak Cashback di aplikasi ShopBack Malaysia dan gerbang online.

“Kami sangat teruja dengan penyertaan rakan kongsi baru ke dalam ShopBack pada hari yang sangat bermakna ini, ia termasuk jenama teh gaya hidup terkemuka Chatime,, projek e-pasaran AEON Shoppu, laman keibubapaan terkemuka Motherhood, pembekal peralatan DIY Aneka DIY, desa percutian semua-dalam-satu Club Med, penghantaran makanan berkhasiat dahmakan, serta stor tayar online yang kian meningkat naik mytayar. Stor online terkenal seperti Agoda, Lazada, Hermo, Groupon, Taobao, Qoo10, Zalora, Tesco, BusOnline Ticket, dan lain-lain, akan memberikan sehingga 99% Cashback dan tawaran RM9.9 juga pada Hari Cashback 9.9,” kongsi Sharmeen Looi, Ketua Pegawai Operasi ShopBack Malaysia.

Berasal dari Amerika Syarikat, ShopBack membawakan model Cashback ke Asia tenggara pada 2014, dengan sasaran untuk membantu semua orang mendapatkan lebih penjimatan menerusi pembelian online. 9 September merupakan tarikh ShopBack Singapura ditubuhkan – kehadiran pertamanya yang menjadi simbol ketibaan konsep Cashback ke rantau ini.

“Kami menubuhkan ShopBack di negara lain selepas itu, di mana cawangan di Asia Tenggara seperti ShopBack Malaysia turut sama meraikan Hari Cashback 9.9 sejak 2015. Melalui usaha yang berterusan, ShopBack telah menjadi laman Cashback No.1 di Asia Tenggara, membantu pembeli menerima semula sebahagian dari pembelian mereka dalam bentuk tunai sebenar, langkah yang sangat praktikal serta menjadi peralatan penjimatan online percuma untuk pembeli kami yang bijak.” kata Looi.

image-2-shopback-cashback-mobile-page-image

Beliau turut menyatakan syarikat telah membolehkan pembeli di Malaysia mengeluarkan sebanyak RM5.4juta, dengan jumlah tertinggi yang diterima oleh seorang pembeli adalah lebih sedikit dari RM17,000 pada Jun tahun ini. Pertumbuhan syarikat yang stabil telah membawakan kerjasama yang sangat mengujakan dengan jenama isi rumah seperti Tesco dan Chatime, yang menyaksikan Cashback sebagai pendekatan pemasaran yang mampan dan bersedia memberi ganjaran kepada pembeli setia dalam kehidupan seharian menerusi perkembangan e-dagang.

Selain kategori seperti Elektronik, Pelancongan, Kecantikan, Fesyen dan Barangan Runcit, ShopBack juga melihat potensi di dalam syarikat yang menyediakan servis yang meningkatkan gaya hidup rakyat Malaysia seperti Aneka DIY, BusOnline Ticket, dahmakan, mytayar, dan lain-lain.

“Kami mahu pembeli bukan sahaja menerima RM59 Cashback dari tempahan Agoda, malah dari keperluan lain seperti tiket bas, peralatan pertukangan, produk kesihatan dan kecergasan, serta keperluan automotif. Dunia kini sedang bergerak ke arah gaya hidup berhubung, dan apa yang kami lakukan ini memperkasa dan melancarkan lagi lanskap pembelian digital di atas faedah membeli-belah online yang sedia ada.” tambah Looi.

image-3-99-image

Menambah kegembiraan dalam acara tersebut, ShopBack telah menyediakan pra-tawaran 9.9 dan pertandingan Facebook kepada orang ramai sejak 1 September. Acara selama satu hari ini disokong oleh AirAsiaBig dan juga Maybank. Nantikan kemunculan https://www.shopback.my/99 untuk tawaran terkini.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *