(SEMASA) ‘Chilex’ dengan Teh Tarik Ais Monster di Sepiring

Spread the love

Photo 2

KUALA LUMPUR, 13 Mei 2016 – Keenakan rasa pelbagai masakan tempatan Malaysia sudah sekian lama digemari oleh ‘kaki makan’ di seluruh negara, tanpa mengira bangsa, budaya atau latar belakang. Berilhamkan aneka sajian kegemaran ramai ini, Sepiring menyajikan pelbagai makanan tradisional Malaysia yang memenuhi menunya, daripada ‘Nyonya Nasi Ulam with Ayam Percik’ hingga ‘Durian Pancake’, dan banyak lagi.

Selain pelbagai sajian lazat yang menambat selera, tawaran terbaru Sepiring ternyata mempunyai daya tarikannya yang tersendiri. Manisan Teh Tarik Ais Monster yang baru dilancarkan pasti akan menjadi kegemaran ramai, sama ada untuk menyejukkan badan pada tengah hari yang panas atau untuk menghilangkan keletihan selepas sepanjang hari bekerja.

Photo 1

Manisan baru Sepiring menggabungkan dua minuman kegemaran rakyat Malaysia, iaitu teh tarik dan ais kacang yang disatukan secara unik. Seperti yang digambarkan oleh namanya, sajian ini dibawakan dalam bentuk timbunan ais kacang yang tinggi, dengan inti ais kacang klasik seperti kacang, jeli, nata de coco dan biji sagu. Ia kemudian direnjis dengan teh tarik dari atas hingga ke bawah, kemudian ditambah pula satu sudu aiskrim lengkap dengan kon di atasnya.

Perisa Teh Tarik Ais Monster yang inovatif dijamin memberi kepuasan kepada peminat manisan dan menceriakan masa makan sambil bersantai dengan keluarga dan kawan-kawan. Saiznya yang besar menjadikannya sesuai untuk dikongsi bersama.

Lynn-ee Kwan, Pengurus Jenama Sepiring, berkata, “Sepiring memberi kesempatan kepada masyarakat Malaysia untuk bersama-sama menikmati sajian makanan yang kita gemari sejak kecil lagi. Kami amat berbangga menawarkan menu yang mencerminkan cita rasa Malaysia tersendiri kepada pelanggan kami. Tambahan terbaru kami, Teh Tarik Ais Monster, adalah satu lagi penghormatan kepada budaya Malaysia sejati.”

“Nama kami, Sepiring, bermakna berkongsi makanan dengan orang tersayang dalam piring yang sama. Dengan saiznya yang besar dan rasanya yang lazat, Teh Tarik Ais Monster mengeratkan hubungan melalui perkongsian hidangan.”

Untuk memperingati pelancaran Teh Tarik Ais Monster, Sepiring memberi peluang kepada pelanggan untuk menyertai bukan satu tetapi dua peraduan yang dianjurkan! Jika anda berani menyahut ‘10 Minutes Challenge’, cuba untuk habiskan Teh Tarik Ais Monster dalam 10 minit atau kurang bersama seorang rakan. Mereka yang berjaya menyahut cabaran ini boleh menikmati Teh Tarik Ais Monster secara percuma!

Mereka yang ingin menikmati manisan ini dengan cara yang lebih santai pula boleh menyertai peraduan ‘Capture the Monster’! Hanya perlu bergambar dengan Teh Tarik Ais Monster secara kreatif dan menarik, dan paparkan di Facebook atau Instagram. Pastikan anda tag Sepiring pada gambar dan sertakan hashtag #TehTarikAisMonster dalam keterangan gambar untuk mendapatkan peluang memenangi baucar makanan!

Teh Tarik Ais Monster yang menyegarkan ini adalah sajian hibrid dua-dalam-satu dan melambangkan manisan Malaysia sejati, yang pasti digemari oleh pelanggan dari segenap lapisan. Ia boleh didapati sekarang di semua restoran Sepiring dengan harga hanya RM19.90 nett.

Untuk maklumat lanjut tentang Sepiring, sila ke laman www.sepiring.com.my.

 


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *