(SEMASA) CTOS MELANCARKAN KEJOHANAN BADMINTON ANTARA INSTITUSI KEWANGAN PERTAMA DI MALAYSIA

Spread the love

KUALA LUMPUR  – CTOS Data Systems, Agensi Pelaporan Kredit paling terkemuka di Malaysia melancarkan perlawanan Kejohanan Badminton Antara Institusi Kewangan pertama bagi memupuk hubungan yang lebih erat di antara institusi-institusi kewangan terunggul melalui sukan kegemaran Malaysia, iaitu badminton. Inisiatif pertama seumpamanya ini dijadualkan akan berlangsung setiap tahun dengan kerjasama Malaysia Purple League di mana 12 pasukan akan bertanding di dalam perlawanan sulung ini.

Berlandaskan matlamat memperbaiki landskap kewangan di Malaysia, CTOS telah menetapkan satu siri keterlibatan yang bukan hanya mensasarkan konsumer, malah arena kewangan secara menyeluruh. Tahun lepas dengan pengenalan CTOS Score, CTOS telah memulakan satu kempen perintis bagi mendidik dan memperkasa lebih warga Malaysia untuk mengambil alih kawalan ke atas kesihatan kewangan mereka. CTOS kini berhasrat untuk memupuk perkongsian antara awam-swasta yang lebih kukuk di kalangan sektor kewangan di negara ini.

“Melalui Kejohanan Badminton ini, kami berharap agar dapat membina asas institusi kewangan yang lebih kukuh yang berupaya untuk berkumpul bersama dan berinteraksi di dalam suasana yang lebih social di samping memberi inspirasi kepada rakan korporat untuk memfokus ke arah mencapai kesimbangan kerja-kehidupan yang lebih sihat. Dengan cara ini, kami bukan hanya memainkan peranan untuk mengekalkan kesihatan kewangan negara, tetapi turut melibatkan kesihatan fizikal juga”, kata Eric Chin, CEO CTOS Data Systems Sdn Bhd.

Menurut Dato’ Jack Koh, Pengasas Bersama dan CEO Purple League, “Selaku liga badminton terulung di negara, misi kami adalah untuk merangsangkan komuniti dan memperolehi sokongan sektor swasta dengan mewujudkan sebuah platform dinamik untuk penglibatan dan keterlibatan dalam industri badminton. Kami mengalu-alukan inisiatif daripada CTOS ini dan kami gembira kerana dapat turut memberi sokongan kepada mereka. Saya pasti terdapat ramai pemain amatur yang hebat di luar sana, dan Kejohanan Badminton Antara Institusi Kewangan CTOS yang baharu akan memberikan mereka sebuah platform untuk mendemonstrasikan kemahiran mereka.”

Dua belas institusi daripada sektor kewangan akan bertanding dalam tempoh dua hari, 14 dan 15 Mei 2017 di Sports Arena Sentosa. Antara pesertanya termasuklah Affin Bank, Alliance Bank, Allianz Malaysia, Bank Negara Malaysia, Bank Rakyat, BSN, Deutsche Bank, HSBC Bank, Kementerian Kewangan, RHB Bank, SME Bank dan CTOS Data Systems.

Setiap pasukan akan bertanding dalam lima kategori – Perseorangan Lelaki, Beregu Wanita, Beregu Lelaki, Beregu Campuran dan Beregu Lelaki Veteran. Hadiah wang tunai dan pingat akan dianugerahkan kepada Johan dan Naib Johan, serta pasukan tempat ketiga dan keempat.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *