(SEMASA) Curve Food Fest 2017: Makan Sampai Puas, lah!

Spread the love

 

PETALING JAYA, September 13, 2017 – Bersiap sedialah, semua penggemar makanan, pusat beli-belah gaya hidup pejalan kaki pertama di Malaysia kini membawakan pelbagai makanan dan masakan tempatan yang terbaik di bawah satu bumbung! Bertemakan Wok Wok Eat Eat, kempen Pesta Makanan tahunan anjuran the Curve untuk kali ketiga ini membawakan pelbagai hidangan tempatan yang menarik dan lazat.

Dari 28 September hingga 1 Oktober, 2017, para pengunjung akan dapat menikmati suasana penjaja yang sebenar di dalam ruang yang selesa dan dingin di Centre Court, the Curve. Dari susunan meja dan bangku-bangku yang kebiasaanya boleh dilihat di tapak penjaja makanan jalanan ke gerai-gerai yang berwarna-warni, mereka yang melalui kawasan ini pasti tertarik dengan pemandangan dan aroma wangi yang cukup memikat.

Lebih menarik lagi, foodie-foodie akan disajikan dengan pelbagai pilihan makanan! Selami keenakan hidangan yang terdapat di Pesta Makanan dengan semangkuk mee yang sedap sebelum mencuba kelazatan nasi lemak, nasi dagang, nasi tumpang dan nasi kerabu. Perlu sesuatu untuk menghilangkan dahaga? Cubalah minuman klasik seperti teh ais, kopi o peng atau Neslo! Akhir sekali, lengkapkan selera anda dengan hidangan pencuci mulut yang menarik, seperti pulut durian, kuih-muih tradisional dari Pantai Timur, serta ais krim dan kek kegemaran klasik. Dengan pelbagai jenis hidangan yang tersedia, pilihan selera yang paling sukar dipenuhi pasti akan dapat dipuaskan!

Jazmi Kamarudin, Pengurus Besar the Curve berkata, “Kami sangat teruja untuk menganjurkan semula Pesta Makanan the Curve bagi tahun ketiga. Tidak ada yang lebih baik daripada meluangkan masa bersama untuk menikmati makanan yang enak, tidak kira di kedai mamak tempatan, tapak jajaan makanan di kawasan kejiranan, atau di tempat-tempat makan yang baik dan selesa! Suasana makanan penjaja yang mudah dan santai menjadi aspek teras budaya Malaysia, dan kami tidak sabar untuk melihat bagaimana hidangan-hidangan lazat ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahmi sesama keluarga dan rakan-rakan semasa sambutan makanan ini!”

Para pengunjung serta penggemar makanan pastinya tidak ingin melepaskan peluang untuk melihat penampilan istimewa Syed Kheidir, iaitu Juara Teh Tarik King 2014 dan 2015, pada hari Sabtu dan Ahad pada jam 3.00 petang. Saksikan bagaimana pembuat teh tarik berbakat ini membawa minuman kegemaran orang ramai ini ke tahap tertinggi yang mengujakan!

Selaras dengan tema gaya jalanan, sepanjang kempen empat hari ini, pengunjung the Curve juga akan dapat menikmati bakat-bakat muzik dari street buskers setiap hari, dari jam 12.00 tengahari hingga 9.30 malam sambil menikmati snek-snek yang lazat sekali!

Kunjungan anda ke pusat membeli belah ini sememangnya tidak akan lengkap tanpa membeli belah dan berbelanja di the Curve pastinya memberikan pengalaman yang lebih baik! Pengunjung hanya perlu membelanjakan minimum RM150 dalam maksimum dua resit dari mana-mana kedai di the Curve untuk mendapatkan voucher tunai bernilai RM10. Penebusan tertakluk pada terma dan syarat dan sementara stok masih ada.

Ingin mengetahui lebih lanjut berkenanan Pesta Makanan the Curve 2017? Sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan the Curve di talian 03-7710 6868 atau layari laman web www.thecurve.com.my atau Facebook www.facebook.com/theCurveShoppingMall

 


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *