(SEMASA) DAPUR PASAK & PUTRA AMARIS – PELANCARAN PROGRAM #SAMASAMAKENYANG – INFAQ RAMADAN

Spread the love

KUALA LUMPUR, 2 April 2022 – Rentetan daripada pelancaran dan sidang media #samasamakenyang yang diadakan di Eastin Hotel pada 14 Mac yang lalu, Dapur Pasak & Putra Amaris secara rasminya telah memulakan gerak kerja membantu golongan yang memerlukan.

Program ini juga telah mendapat sokongan penuh oleh YB Dato’ Seri Dr. Shahidan Kassim, Menteri Wilayah Persekutuan yang menyokong usaha-usaha yang dibuat oleh Dapur Pasak dan juga Putra Amari dalam membantu 2000 golongan asnaf di semua kawasan dalam Kuala Lumpur ketika melancarkan program tersebut dengan matlamat untuk menyediakan 2000 bantuan bag memenuhkan peti ais dan bakul makanan, yang berlangsung di PPR Jelatek pada 31 Mac yang lalu.

Program Infaq Ramadan #samasamakenyang ini khusus kepada golongan sasar dengan harapan dapat meringankan beban mereka dalam menempuh ujian kehidupan dan sedikit sebanyak dapat membantu perjuangan mereka untuk bangkit dari kejatuhan dan kesusahan yang menimpa.

Objektif utama program ini adalah menyasarkan bantuan kepada 2000 orang golongan sasar antaranya Asnaf, Anak Yatim, OKU, Gelandangan, Anak Tahfiz dan juga golongan B40.

Program utama adalah Projek Penuhkan Peti Ais. Selain itu, kami wujudkan aktiviti lain seperti Majlis Berbuka Puasa bersama Golongan Asnaf & Anak Yatim, Majlis Berbuka Puasa bersama OKU, Sahur & Berbuka Puasa bersama Gelandangan, Sumbangan kepada Anakanak Tahfiz, Sumbangan Bakul Makanan kepada Golongan B40 dan Program masak dan agihan bubur lambuk kepada penduduk setempat serta Program Rumah Baru. Kesemua ini akan disusun dan dilaksanakan sepanjang bulan Ramadan ini.

Bagi program utama – Projek Penuhkan Peti Ais, pihak  Dapur Pasak & Putra Amaris akan pergi terus ke rumah-rumah asnaf dan golongan yang memerlukan. Kami akan menyusun dan memenuhkan peti ais mereka dengan ikan, ayam, sayur-sayuran, buah-buahan, air, pek makanan “ready to cook” dan banyak lagi. Selain itu, barangan keperluan asas juga kami akan beri sekali seperti beras, telur dan sebagainya. Inilah barang keperluan yang sentiasa ada sebagai bekalan di bulan Ramadan ini.

Kesemua aktiviti ini akan diuruskan sendiri oleh para sukarelawan Dapur Pasak dan Team Putra Amaris sendiri. Setiap hari dalam tempoh 30 hari bulan Ramadan akan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti. Aktiviti ini bagi memastikan kita dapat menyantuni seramai yang boleh golongan yang memerlukan.

Penganjur Bersama program #samasamakenyang, Putra Amaris berkata, ini adalah inisiatif bersama bagi membantu mereka yang memerlukan.

“Saya berharap inisiatif ini dapat mengurangkan beban mereka didalam bulan Ramadan ini dan juga sedikit sebanyak dapat membantu mereka didalam mengharungi kehidupan seharian.”

Justeru itu, kerjasama daripada syarikat-syarikat korporat, badan bukan kerajaan dan orang ramai yang ingin menyumbang adalah sangat-sangat dialukan. Ini antara usaha bersama untuk membantu golongan yang memerlukan dalam mengharungi kehidupan seharian dan meningkatkan taraf kehidupan komuniti mereka. Kami berharap aktiviti sebegini pastinya akan memberikan impak kepada orang ramai termasuklah penerima bantuan, sukarelawan, penyumbang dan mereka terlibat secara langsung dan tidak langsung. Kami percaya bahawa setiap kebaikan yang dibuat, pasti dibalas dengan kebaikan.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *