(SEMASA) #DASHINGgoesMANCITY – Penyerahan Jersi eksklusif yang ditandatangani para pemain Manchester City kepada lapan rakyat Malaysia bertuah

Spread the love

Dashing (1)

Dashing, jenama terunggul penjagaan peribadi lelaki dalam pasaran di Malaysia dan rakan kerjasama rasmi juara BPL terkini, Kelab Bola Sepak Manchester City menganjurkan peraduan #DashingGoesMancity pada Ogos tahun lalu dan berterusan memberi ganjaran secara berterusan kepada para pengguna Dashing dengan hadiah-hadiah menarik setiap bulan.

Pertamanya 20 pemenang bertuah diberi peluang sekali seumur hidup untuk terbang ke Manchester bagi menonton perlawanan di antara Manchester City menentang Manchester United, Arsenal dan West Ham.

Ekoran sambutan yang menggalakkan, dua peraduan eksklusif turut dijalankan bersama Mydin bagi memberi ganjaran kepada para peminat bola sepak dan pembeli produk Dashing di gedung Mydin. Peraduan pertama menyaksikan lapan pemenang bertuah menerima Jersi Rasmi Kelab Bola Sepak Manchester City yang ditandatangani para pemainnya.

Pada majlis yang diadakan di gedung Mydin, USJ 1, wakil Mydin, En. Mohd. Azwan dan wakil Dashing, En. Rishi Pahwa menyerahkan jersi-jersi Man City yang ditandatangani para pemain pasukan pertama kepada lapan pemenang bertuah Mydin.

“Hanya jika anda seorang peminat bola sepak, barulah anda dapat menghargai betapa bernilainya jersi yang ditandatangani para pemain. Malah, hanya dengan satu tandatangan daripada pemain popular Liga Premier Barclays akan menjadikan nilai jersi itu mencecah ribuan ringgit,” dedah seorang pemenang, Nor Shaeriani Bt Awang  Hanaf. “Jersi Nike Asli Kelab Bola Sepak Manchester City yang diberikan Dashing kepada lapan pemenang bertuah Mydin ini tidak hanya ditandatangani oleh seorang atau dua pemain, malah ditandatangani semua pemain pasukan pertama seperti Vincent Kompany, Sergio Agüero, David Silva, Samir Nasri, Yaya Touré, sekali gus menjadikannya amat bernilai,” jelas seorang lagi pemenang, Muhammad  Hafeez  bin Abd Hai.

“Saya tidak sangka telah memenangi jersi yang ditandatangani para pemain Manchester City,” luah seorang pemenang, Alaudin B Abdul Hamid dari Butterworth. “Sejak diberitahu saya berjaya memenangi jersi ini, saya semakin tidak sabar untuk menerimanya dan menjadikannya hiasan di dalam bilik saya memandangkan ia merupakan aset terbaik yang pernah saya miliki,” cerita Azlinda Remie pula, pemenang dari Lembah Klang.

“Saya tidak percaya akan memenangi peraduan ini. Selepas saya mengetahui tentang peraduan ini, saya telah memasang impian untuk memuat naik gambar bersama jersi yang ditandatangani para pemain Manchester City ini di laman Facebook dan Instagram untuk menunjukkan kepada kawan-kawan betapa bertuahnya saya dan sudah tentu akan membuatkan mereka berasa cemburu,” cerita seorang lagi pemenang, Kunaraja Sanger Pillai dari Seremban bersulam tawa.

Salah seorang pemenang, Nurul Fain Fazera membeli Dashing Deo untuk teman lelakinya yang merupakan peminat setia bola sepak. Dia hanya mencuba nasib dan tidak menyangka akan terpilih sebagai pemenang bertuah. “Jersi ini akan saya hadiahkan kepada teman lelaki saya sempena Hari Kekasih dan saya pasti ia akan menjadi hadiah Hari Kekasih terhebat pernah diterimanya. Terima kasih Dashing dan Mydin kerana memberikan memori terindah dalam hidup kami,” ujar Nurul Fain Fazera.

“Penyertaan peraduan ini amat mudah. Saya hanya perlu membeli mana-mana produk Dashing bernilai RM20 dan mengisi borang yang diperoleh daripada staf Mydin atau Dashing bagi melayakkan saya bertanding,” kongsi dua pemenang, Varanarasamma Simenchadran dan Amiral Ariff  bin Ungku.

Terdapat banyak lagi kisah menarik dikongsikan para pemenang berkenaan keterujaan dan keistimewaan yang dirasai apabila memenangi jersi yang ditandatangani para pemain pasukan Man City tersebut.

“Dashing dan Kelab Bola Sepak Manchester City akan terus membawakan pengalaman dan ganjaran unik kepada para peminat bola sepak di Malaysia memandangkan kami tahu betapa besarnya pengaruh bola sepak terutamanya liga Premier terhadap masyarakat di sini,” ujar Rishi Pahwa, Pengurus Pemasaran Dashing.

Mydin juga berterima kasih kepada Dashing kerana memilih Mydin sebagai salah satu rakan kerjasama eksklusif sempena peraduan ini,” ujar Mohd. Azwan Ahimmat, Eksekutif Strategik & Projek Mydin. “Respons terhadap peraduan yang pertama amat memberangsangkan. Justeru, kami ingin mengumumkan penganjuran satu lagi peraduan eksklusif Dashing dan Manchester City di Mydin bermula 9 Februari – 15 Mac 2015 untuk memilih Pemenang yang akan berpeluang menonton perlawanan di antara Manchester City menentang West Ham pada 18 April depan. Kesemua perbelanjaan perjalanan termasuk tiket kapal terbang pergi-balik, penginapan, lawatan ke Stadium Etihad, sesi bertemu dan beramah mesra (meet and greet) bersama ahli pasukan pertama / pegawai rasmi dan tiket VIP menonton perlawanan secara langsung akan ditanggung sepenuhnya. Mekanik peraduan juga mudah; pembeli hanya perlu membeli produk Dashing atau Elite bernilai RM20 ke atas dalam satu resit tunggal dan mengisi borang peraduan yang boleh didapati daripada jurujual Wipro Unza atau staf Mydin. Peraduan ini melibatkan seluruh gedung Mydin di Semenanjung Malaysia. Cepat! Anda tunggu apa lagi?


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *