(SEMASA) ‘Discover the World’ bersama McDonald’s dimulakan dengan kemewahan citarasa Brazil

Spread the love

3

Burger Rio dahului pelancaran tiga produk baharu McDonald’s diinspirasikan oleh kepelbagaian rasa dari seluruh dunia

Kuala Lumpur, 19 Julai 2016 – McDonald’s Malaysia membawakan pengalaman menerokai dunia menerusi kempen ‘Discover the World’ dengan pelancaran burger terbaharunya, Burger Rio yang boleh didapati mulai 25 Julai sehingga 24 Ogos 2016. Ditawarkan dalam tempoh masa terhad, Burger Rio adalah ciptaan pertama yang diperkenalkan dalam tiga produk terbaharu McDonald’s yang akan dilancarkan. McDonald’s bakal membawakan citarasa istimewa daripada beberapa negara lain yang terpilih ke restoran McDonald’s Malaysia di seluruh tanahair.

2

Diinspirasikan daripada peranan McDonald’s sebagai restoran rasmi sukan Olimpik Rio 2016, Burger Rio dari McDonald’s menampilkan kepelbagaian rasa istimewa – daging lembu empuk yang dipanggang sempurna, campuran pelbagai jenis sayuran, keju cheddar, limpahan sos istimewa Rio serta roti bijan berwarna hitam dan putih.

“Sesungguhnya, pelanggan McDonald’s cukup meminati produk edisi istimewa yang diinspirasikan daripada citarasa dan budaya dari negara-negara lain. Memandangkan McDonald’s memberikan perkhidmatan di seluruh dunia, ‘Discover the World’ membolehkan kami untuk berkongsi keterujaan ini bersama-sama para pelanggan di Malaysia,” kata Azmir Jaafar, Pengarah Urusan McDonald’s Malaysia.

Untitled

“Burger Rio adalah burger pertama yang diperkenalkan dalam siri menu baharu McDonald’s sempena kempen yang dilancarkan ini. Di McDonald’s kami amat menyedari bahawa makanan yang baik bukan sekadar pada rasanya sahaja, malah, kualiti dan kesegaran makanan juga perlu dititikberatkan. Keutamaan kami termasuklah sumber bahan makanan yang digunakan, pematuhan terhadap pelbagai standard ketat yang ditetapkan pihak berkuasa yang merangkumi memenuhi ketetapan halal berserta piawaian kebersihan makanan,” tambah beliau lagi. “Kami berharap dengan tiga produk terbaharu yang bakal diperkenalkan ini, para pelanggan akan berasa gembira dan teruja sebagaimana yang turut dirasakan oleh kami di McDonald’s.”

1

Sempena pelancaran Burger Rio ini juga, pelanggan McDonald’s berpeluang menyertai cabaran ‘Discover Brazil’ untuk memenangi hadiah percutian idaman dengan baucar percutian sehingga RM 10,000.001. Peraduan ini akan bermula pada 25 Julai hingga 21 Ogos. Maklumat lanjut berkenaan ‘Discover Brazil’ dan Burger Rio boleh didapati di http://www.mcdonalds.com.my/.

Burger Rio boleh didapati dengan harga RM12.50 (Ala Carte), RM15.99 (McValue Set – dengan kentang goreng dan Frozen Fanta).


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *