(SEMASA) Distinguished Gentleman Ride di Malaysia

Spread the love

Dato Razak Al Malique & Kamarul Azahar

Distinguished Gentleman’s Ride adalah satu acara konvoi motosikal kustom berskala global yang memberikan kesedaran terhadap kanser prostat. Acara ini bertapak di Malaysia pada tahun 2012 menerusi idea yang dicetuskan seorang arkitek yang juga peminat motosikal cafe racer iaitu saudara Kamarul Azahar.

DGR KL 1

Beliau bersahabat dengan Mark Hawwa, pengasas DGR menerusi laman perkongsian Facebook. Dari situ tercetus idea untuk Azahar memperkenalkan acara ini di tanahair.

Edisi pertama DGR di Kuala Lumpur pada 2012 hanya berjaya mengumpul 5 penunggang motosikal klasik cafe racer dan 20 ahli kelab Vespa.

Walaubagaimanapun ia pantas mendapat perhatian umum yang teruja melihat kelibat penunggang motosikal berkonvoi dengan memakai suit penuh.

Kejayaan edisi pertama menyaksikan penubuhan kelab Naked13 Cafe Racer cetusan idea salah seorang peserta DGR 2012 iaitu saudara Akbar Sahari yang juga pemilik jentera cafe racer. Kelab yang hanya terhad kepada 9 ahli ini turut disertai Kamarul Azahar sekaligus Naked13 Cafe Racer menjadi penganjur tunggal dan tetap DGR.

Tanpa diduga DGR edisi kedua dan ketiga pada 2013 dan 2014 mendapat sambutan luar biasa samada daripada peserta mahupun penaja. Pada tahun 2014 skalanya lebih besar termasuk penyertaan peserta dari luar negara seperti Jepun, Australia dan seluruh Malaysia dimana hampir 400 buah motosikal hadir.

Dari segi kutipan dana untuk Prostate Cancer,pada tahun 2013, lebih 11,000 peserta di 145 bandar raya di seluruh dunia berjaya mengumpul dana sebanyak $277,000.00 untuk penyelidikan kanser prostat.

Pada tahun 2014, lebih 20,000 peserta di 257 bandar dari 58 buah berjaya mengumpulkan dana lebih daripada $1.5 juta (USD) untuk penyelidikan kanser prostat. Matlamat pada tahun 2015 adalah untuk mengumpul dana sebanyak $3 juta (USD).

Edisi ke 4 DGR di Malaysia tahun ini menampilkan kelainan apabila 3 bandaraya dan satu bandar akan menjadi venue serentak pada 27 September ini. Selain Kuala Lumpur, DGR akan diadakan di Pulau Pinang, Kuching dan Miri di Sarawak. Ia bertujuan untuk meluaskan pengaruh DGR dan membawa kelainan juga peluang terutama kepada penunggang di Sarawak.

DGR KL 2

DGR Kuala Lumpur

Edisi ke 4 DGR Kuala Lumpur akan turut disertai celebriti dan artis tanahair yang juga merupakan peminat motosikal klasik dan cafe racer. Antara yang dijangka menyertai konvoi kali ini ialah Altimet, Noh Hujan, Wak Doyok, Fauziah Latiff, bekas pemain bolasepak kebangsaan Asmawi Bakiri dan ramai lagi.

DGR Kuala Lumpur juga bertuah kerana telah mendapat tajaan dari Fast Bikes Sdn Bhd (Triumph Malaysia) dimana Dato Razak Al Malique, pemilik syarikat Triumph Malaysia juga adalah salah seorang peserta konvoi DGR.

4 lokasi hentian yang dipilih tahun ini merupakan pusat tarikan pelancong negara. Peserta akan berkumpul seawal jam 7.00 pagi di Muzium TUDM di Sungai Besi dan akan memulakan konvoi jam 9.00 pagi. Hentian pertama adalah di The Garage KL ampang diikuti Istana Negara Jalan Duta, dan dijangka berakhir di pusat membeli belah Pavillion di Jalan Bukit Bintang jam 12.00 tengahari.

Konvoi DGRKL dijangka dapat menarik 500 peserta yang akan mengambil bahagian dengan kehadiran lebih ramai penunggang wanita.

Art of Speed Malaysia turut berbangga menjadi rakan acara dalam menyebarkan maklumat kepada pihak teman-teman Media.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *