(SEMASA) Pelicana Chicken – ayam goreng terkenal Korea tembusi pasaran tempatan.

Spread the love

pelicana logo

Pelicana Chicken merupakan satu rangkaian ayam goreng yang terkenal di Korea. Beribu pejabat di  Gyeryong , Chungcheong Selatan , Korea Selatan, Pelicana Chicken telah mengembangkan sayapnya di lebih 2000 lokasi di Korea Selatan termasuk cawangan-cawangan di luar Negara seperti di New York, Guangzhou, Shanghai dan Beijing. Kini, Pelicana Chicken telah pun melebarkan sayapnya di Malaysia di mana 2 lokasi pertama telah dibuka di eCurve Damansara dan Atria Shopping Gallery Damansara Jaya.

pelicana

Pihak Galaksi Media Online telah diberi peluang untuk merasai keenakan aneka ayam goring pelbagai perasa yang terdapat di Pelicana Chicken yang terletak di Atria Shopping Gallery Damansara Jaya.

IMG_0330

Terdapat 5 jenis hidangan ayam “Peli YangNyeom Chicken” yang dicuba oleh rakan-rakan media di Pelicana Chicken iaitu, Peli NyangNyeom Chicken Original, Garlic YangNyeom Chicken, Peli NyangNyeom Chicken Hot n Spicy, Peli NyangNyeom Chicken Charcoal BBQ dan Peli NyangNyeom Chicken Spring Onion.

page

Harga yang dikenakan untuk setiap pakej adalah RM9.50 untuk 4 ketul ayam , RM18.90 untuk 8 ketul dan RM32.90 untuk 14 ketul ayam.

IMG_0338

Pihak media juga dihidangkan dengan Pure Chicken Breast Salad yang berharga sekitar RM12.90 dan Pelicana Ramen yang berharga sekitar RM13.90 yang disertakan bersama hirisan ayam Crispy Pelicana.

IMG_0341

Di Pelicana Chicken, menu air minuman adalah yang menekankan keaslian bahan terutamanya buah-buahan serta juga soda yang bercampur dengan perisa buah dan tidak lupa kepada penggemar kopi dan coklat panas serta sejuk.

12041407_1652752568303462_1995004931_o

Selain itu juga, terdapat pilihan lain yang boleh dinikmati oleh pengunjung yang datang ke Pelicana Chicken antaranya adalah pilihan Gourmet Burger, Kombo Nasi Herba Korea bersama ayam, Nugget Ayam dan banyak lagi.

Untuk keterangan Lanjut boleh layari:

FaceBook: Pelicana Chicken Malaysia

Twitter/IG: @pelicanamy

Hashtag: #pelicanamy

Atau kunjungi cawangan yang berdekatan :

Pelicana Chicken

Atria Shopping Gallery

Level 3, Lot T23A,

Damansara Jaya,

Petaling Jaya,

ATAU

E-Curve Mall

Level 1 Lot 1-43

Mutiara Damansara

Petaling Jaya.


Spread the love

2 comments on “(SEMASA) Pelicana Chicken – ayam goreng terkenal Korea tembusi pasaran tempatan.

  1. Tommy Tong says:

    I memang fans Korean fried chicken
    banyak various chicken boleh pilih
    paling suka HOT SPICE pelicana yg pedas gilar
    http://www.tommytongmy.com

  2. eyza says:

    I love Hot Spice YangNyeom Chicken .. So yummy… 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *