(SEMASA) EMMA MAEMBONG WAJAH TERBARU PRODUK ‘MAIXARA’

IMG_6942

Bertempat di Menara Kuala Lumpur, pelakon cantik jelita EMMA MAEMBONG telah diperkenalkan sebagai duta terbaru produk  ‘MAIXARA’.  EMMA MAEMBONG merupakan duta terbaru produk makanan tambahan berkenaan selepas Diana Rafar.

IMG_6935

Tanggungjawab mempromosikan rangkaian produk Maixara bakal digalas oleh pelakon ini di mana Mama Secret Industry (MSI) mempunyai lima rangkaian produk di bawah jenama Maixara iaitu Maixara C-Sential, Maixara Slim Look, Maixara White Essential, Maixara Q Berry dan Maixara Miracle.

Mama Secret Industry (MSI) merupakan syarikat yang dimiliki oleh Azman Abdullah dan Nor Ainna Ibrahim yang juga menjalankan pelbagai perniagaan antaranya Butik MAMA dan restoran Yourgurt di Bangi. Menurut pihak MSI, kontrak permulaan EMMA MAEMBONG sebagai duta ‘MAIXARA’ adalah selama setahun.

Ditanya mengenai pemilihan EMMA MAEMBONG, Puan Ainna melihat pemilihan ini seiring dengan penampilan wajah baru Maixara yang lebih segar bukan sahaja dari segi aspek pembungkusan semula produk malahan rumusan formula baru dan mempunyai kandungan bahan asli tanpa pengawet dan perwarna tiruan.

Bagi EMMA MAEMBONG pula, beliau telah mencuba produk ini lebih sebulan dan beliau menjelaskan produk ini cukup serasi dengan beliau. Antara produk digunakan oleh beliau adalah Maixara C-Sential, Maixara White Essential dan Maixara Q Berry.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *