(SEMASA) FASHION ON WHEEL – FASHION TRUCK YG PERTAMA DI MALAYSIA

Spread the love

FASHION ON WHEEL bakal membawakan 15 jenama fesyen dan produk terkenal mengelilingi Lembah Klang dan akan membuat pitstop di 10 kawasan Hotspot terkenal sekitar Lembah Klang. Pengasas Fashion on Wheel iaitu Puan Lenny Farina mendapat idea ini ketika berada di luar negara sekitar dua tahun lepas. Fashion on Wheel merupakan kenderaan fesyen bergerak yang akan mendekati peminat fesyen ke lokasi yang terpilih. Ia merupakan idea “face to face” diantara  Fashion on Wheel kepada sasaran pembeli.

Terdapat lebih daripada 15 jenama terkenal yang bakal diketengahkan di dalam kenderaan ini antaranya RUMAH MANIK (BAG), RAVAKA (BAG), TERUNA by HAFIZ MAHAMAD, CATLEYA, FATINSUHANA, LOCKA, JANNAHNOE, JAMEQHA, MINAZ, JELITASARA, SHAWL PUBLIKA, MUMU SCARF, KEIZAER SCARF, SCARFEYA, CIPELLA SHOES, VICTORIA SLOANNE ( BAG ) dan SERIBELLA dimana harga produk tersebut bermula sekitar RM69 sehingga RM 300.

Fashion on Wheel  akan menjelajah lokasi sekitar Kuala Lumpur bermula 21 Mei 2018 sehingga 11 Jun 2018 di mana setiap lokasi tersebut kenderaan ini akan berada sekitar dua atau tiga hari. Antara lokasi tersebut ialah  MENARA TM BANGSAR, SURIA,  TOWER DAMANSARA, SIME DARBY CONVENTION CENTRE, SRI PENTAS, DAMANSARA, NSTP BANGSAR, ASTRO, PNB PARK, SHANGRILA HOTEL, SUNWAY GRP TOWER, SA CONVEC CTRE, MENARA BANK ISLAM, PULLMAN LAKE SIDE PJAYA, KL GOLF COUNTRY CLUB dan KOMPLEKS KERAJAAN, PUTRAJAYA.

Menurut  Puan Lenny Farina mensasarkan jualan sekitar RM 3.5 juta sepanjang tempoh Ramadhan ini  dan jika ia mendapat sambutan Fashion on Wheel akan meneruskan jelajah ini selepas hari raya berdasarkan konsep perjalanan fesyen terkini dan semasa seperti contoh konsep floral atau sesuatu yang berbeza daripada kebiasaan.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *