(SEMASA) FELINNA BOUTIQUE PERKENAL DUTA & KOLEKSI REKAAN FELINNA RAYA 2016

IMG_8692KUALA LUMPUR, 13 Mei 2016:  Butik pakaian terkenal Felinna Boutique hari ini memperkenalkan duta kepada koleksi rekaan sempena Hari Raya Aidilfitri #FelinnaRaya2016 iaitu pasangan selebriti Atita Haris dan NasT dalam sebuah majlis yang diadakan di Flora Tarrace, di sini, Jumaat. 

IMG_8660Pengasasnya, Nadia Felinna Abd Fattah berkata, pemilihan pasangan selebriti itu berikutan kesesuaian personaliti pasangan itu sebagai sebuah keluarga bahagia yang menjadi perhatian di laman sosial Instagram.

“Mereka adalah pasangan yang paling sesuai kerana sentiasa menunjukkan kehidupan sebuah keluarga bahagia.

“Malah Atita Haris sendiri dikenali sebagai seorang ibu muda yang mempunyai ramai pengikut di Instagram. Apa yang dia, anak dan suaminya NasT sering mendapat perhatian di laman sosial,” ujarnya.

Pada majlis tersebut, Felinna turut melancarkan 10 koleksi rekaan #FelinnaRaya2016 yang turut merangkumi tiga rekaan untuk ibu dan anak. Manakala, terdapat juga tiga rekaan menarik untuk para lelaki di pagi raya.

IMG_8303-tile“Trend #FelinnaRaya2016 lebih kepada plain atau tidak bercorak. Permainan warna warna blocking dan pastel menarik perhatian penggemar rekaan ringkas dan sopan.

“Konsep rekaan #FelinnaRaya2016 kali ini juga menitikberatkan potongan untuk kelihatan lebih langsing dengan permainan warna, fabrik dan perincian.

“Setiap rekaan mempunyai kekuatan masing-masing, walaupun ringkas ia tetap menarik ramai pihak untuk membeli terutamanya #HijrahFelinnaLovers,” ujarnya.

Majlis turut menampilkan 10 model dengan mengayakan rekaan-rekaan terbaharu yang didatangi pelbagai warna menarik.

Menurut Felinna, antara rekaan Felinna raya yang menjadi sebutan di laman sosial instagram dan Facebook adalah rekaan Primrose, Calleryana, Azalea, Kurung Raisya, Kebaya Salma, Orchid , dan Khimar.

Dalam pada itu, set lengkap Kurta moden untuk lelaki yang tampil segak untuk digayakan pada Hari Raya Aidilfitri nanti.

“Primrose terdiri daripada 5 warna, iaitu lavendar, kelabu, merah jambu, biru kehijauan dan hitam. Penggunaan material valentro dan chiffon menguatkan rekaan ini untuk tampil lebih menarik. Potongan kembang chiffon di bahagian tepi memberi kesan langsing kepada si pemakai

“Calleryana merupakan set ibu dan anak. Terdiri daripada 5 warna, antaranya merah jambu, biru, oren, hitam dan hijau.

“Rekaan ini sangat menarik kerana walaupun potongan yang kembang dan longgar, tapi memberi kesan yang langsing kepada si pemakai,”

Rekaan yang ringkas, tapi mempunyai kekuatan memperlihatkan si pemakai berkeyakinan tinggi.

IMG_8376-tile20Sementara itu, RR Exclusive by Rafie Ramli, adalah satu nama baru di bawah jenama Felinna Boutique.

Koleksi ini diwujudkan untuk membantu para lelaki tampil bergaya di hari raya seiring dengan Isteri masing masing.

“Di bawah RR ada 3 jenis rekaan dikeluarkan. Iaitu kurta moden printed , kurta panel dan kurta plain.

“Kurta moden printed merupakan set lengkap kurta dan seluar slack yang menggunakan fabrik berkualiti tinggi sesuai dipakai oleh sang jejaka di hari raya mahupun hari biasa. Fabrik yang sejuj, membantu si suami untuk sentiasa selesa dan bergaya,” ujarnya.

Rekaan yang lain dari pasaran semasa kerana wujudnya poket serong dan keunikan yoke dia bahagian bahu hadapan dan belakang  adalah kekuatan bagi rekaan ini.

Harga bagi setiap rekaan felinna adalah sangat berpatutan iaitu tidak lebih dari RM200.

Dalam pada itu, Felinna Boutique turut meneruskan tradisi untuk menyediakan 100 pasang rekaan untuk diberikan secara percuma kepada #HijrahFelinnaLovers.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *