(SEMASA) Ford Mondeo Baharu yang Padat dengan Teknologi dan Elegan Kini Sudah Berada di Bilik Pameran Ford di Seluruh Negara

Spread the love

Photo 4 - Ford Mondeo

KUALA lUMPUR, Malaysia, 8 Mei 2015 – Ford hari ini mengalu-alukan kedatangan penambahan terbaharu di semua bilik pamerannya di seluruh negara – sedan Mondeo baharu yang kemas dan sofistikated.

page

Ditawarkan pada harga RM198,0001 di atas jalan (RM203,771 termasuk insurans) di Semenanjung Malaysia, Mondeo baharu hadir dalam empat warna bergaya – putih (Frozen White), merah (Ruby Red), hitam (Panther Black) dan perak (Techtonic Silver).

Dengan hasil pertukangan yang berkualiti serta mengagumkan pada bahagian luaran dan dalaman, Mondeo baharu memiliki profil sebuah jentera sport coupe menerusi garis bumbung yang rendah. Profil sisinya pula direka supaya kelihatan menarik dari segi visualnya. Reka bentuk bahagian hadapan yang elegan dan teknikal nyata menyerlah dengan gril berbentuk trapezoidal, bonet serta rekaan lampu utama yang nipis dan dipotong menggunakan lazer.

Pada ruang dalaman, pemandu boleh menikmati kabin yang sporty dan rasa seperti berada di dalam sebuah kokpit. Ia tampil dengan rekaan simetrikal yang mudah diakses oleh pemandu dan penumpang hadapan.

“Mondeo baharu menawarkan pengalaman pemanduan kelas pertama dengan ciri-ciri sofistikated yang mampu meningkatkan prestasi, keselesaan dan kemudahan,” kata Pengarah Jualan dan Pemasaran Malaysia, Ford Motor Company, Veemala Rethinasamy.

Enjin 2.0L EcoBoost®

Mondeo baharu dikuasakan oleh enjin 2.0L EcoBoost® Ford yang berupaya menjana kuasa mengagumkan mencecah 240PS, tork 345Nm dan kelajuan maksimum 240km/j. Dipadankan dengan transmisi automatik SelectShift enam kelajuan, Mondeo memang menawarkan prestasi yang mengagumkan.

Dilengkapi Paddle Shifter yang dipasang di bahagian belakang stereng, teknologi yang diinspirasikan daripada perlumbaan ini membolehkan pemandu menukar kedudukan gear dengan lancar dan mudah. Kombinasi sistem pengecas turbo, pancitan terus bahan api dan pemasaan aci sesondol boleh ubah bebas berkembar (twin independent variable camshaft timing, Ti-VCT) pada enjin EcoBoost® Ford menawarkan  penjimatan bahan api sehingga 8L/100km2. Sekali gus mampu memberikan kombinasi kuasa dan penjimatan yang tiada tandingannya.

Teknologi Pintar dan Inovatif 

Mondeo baharu menampilkan sejumlah teknologi pintar, termasuklah ciri MyKey® Ford yang eksklusif. MyKey membolehkan pemandu memprogramkan kunci tersebut dengan beberapa tetapan seperti menetapkan had kelajuan maksimum, amaran pemakaian tali pinggang keledar dan volum maksimum sistem audio.

Sistem ketersambungan SYNC 2 Ford merangkumi sebuah skrin sentuh berwarna lebih besar bersaiz lapan inci untuk mengoperasikan sistem hiburan, pendingin hawa dan telefon menggunakan arahan suara yang intuitif.  Dengan teknologi skrin sentuh dan bebas tangan yang termaju pada Mondeo baharu, pemandu boleh mematuhi peraturan jalan raya dan kekal berhubung.

Teknologi canggih pada Mondeo diteruskan kepada lampunya. Lampu utama LED sepenuhnya itu digabungkan dengan sistem lampu hadapan adaptif Ford untuk meningkatkan pandangan pemandu ke kawasan sekelilingnya.

Bergantung kepada kelajuan kenderaan, sudut stereng dan jarak dengan objek di hadapan, sistem ini berfungsi meningkatkan tahap pandangan dengan cara menilai cahaya di sekelilingnya.

Mondeo baharu juga dilengkapi ciri Adaptive Cruise Control. Untuk menawarkan pemanduan yang lebih pintar dan selamat, sistem ini mengenal pasti kelajuan kenderaan – satu alat pengesan akan yang mengimbas keadaan trafik di hadapan dan mengemas kini kedudukan kenderaan sepantas 20 kali sesaat.

Ciri-ciri keselamatan yang telah dipertingkatkan

Mondeo dilengkapi pakej keselamatan yang komprehensif, sekali gus membantunya memperoleh penarafan lima bintang Euro NCAP. Ciri Lane Keeping Aid Ford akan mengesan sekiranya pemandu memandu keluar dari laluan mereka secara tidak sengaja dengan memantau garis pada jalan raya. Ia kemudian memberi amaran kepada pemandu dengan menggetarkan stereng. Jika masalah sama terus berulang, sistem yang canggih ini akan membawa pemandu kembali ke laluan yang betul dengan mengenakan kuasa tork pada stereng, dengan syarat indikator telah dipasang.

Mondeo baharu juga dilengkapi kamera belakang yang membolehkan pemandu dapat melihat dengan jelas apa yang berlaku di bahagian belakang kenderaan. Sementara bunyi ‘beep’ yang dikeluarkan oleh alat pengesan parkir memberitahu jarak kenderaan kepada pemandu. Sistem ini juga memperlahankan muzik bagi membolehkan pemandu mendengar isyarat ‘beep’ dengan lebih jelas.

Pelan Servis Lanjutan Ford

Mondeo baharu hadir bersama Pelan Servis Lanjutan Ford (ESP) untuk menawarkan ketenangan minda kepada para pelanggannya. ESP Ford adalah program penyelenggaraan selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 60,000km yang meliputi kos alat ganti dan buruh secara percuma.

Selain pemeriksaan dan servis penyelenggaraan rutin, ESP Ford turut merangkumi penggantian alat-alat ganti yang lusuh seperti palam pencucuh, penyerap hentak, tali sawat enjin, pad brek dan penggilap cermin.

Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.ford.com.my.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *