(SEMASA) Forum Awam “Live Well with Diabetes” CARiNG 

Spread the love

Damansara, 2 November 2019 – CARiNG Pharmacy Retail Management. Pengendali rangkaian farmasi komuniti dalam kelompok tiga (3) yang paling utama di Malaysia Sempena meraikan Hari Diabetes Sedunia 2019, CARiNG, dengan usahasama Nestlé Health Science, dengan bangganya membawakan Forum Awam “Live Well with Diabetes” yang dianjurkan buat kali pertamanya pada hari Sabtu, 2 November 2019 bertempat di Dewan Oak Hall, Menara OBYU, Damansara Perdana, Selangor Darul Ehsan.

Menurut Kementerian Kesihatan, kira-kira 3.6 juta rakyat Malaysia adalah penghidap diabetes, yang mana angka ini adalah yang tertinggi di Asia, dan antara yang tertinggi di dunia. Turut dianggarkan bahawa kira-kira tujuh (7) juta rakyat Malaysia dijangka menghidap diabetes menjelang tahun 2025. Sebagai rantaian farmasi utama di Malaysia, CARiNG memainkan peranan aktif dalam meningkatkan kesedaran orang ramai tentang diabetes, di samping menyediakan perkhidmatan nilai tambah kepada pesakit-pesakit yang menghidap diabetes.

Forum Awam “Live Well with Diabetes” telah dirasmikan oleh Encik Chong Yeow Siang, Pengarah Urusan CARiNG Pharmacy bersama-sama Cik Maria Rica Mier, Pegawai Eksekutif Perniagaan Kluster Nestlé Health Science. Forum ini adalah sebahagian daripada pelbagai program jangkauan awam tentang diabetes yang dilaksanakan oleh CARiNG, termasuklah penerbitan buku “You Can Live Well with Diabetes” dan “Diabetes Corner” yang telah dilancarkan pada November tahun lepas.

Antara tarikan utama forum ini adalah acara Cabaran Glucocare dan juga penyampaian sijil kepada peserta-peserta yang mengambil bahagian dalam cabaran selama tiga bulan merangkumi kaunseling pesakit, pemantauan paras glukosa darah berterusan dan perancangan pemakanan yang direka khusus yang turut mengandungi NUTREN® Untuk Diabetik keluaran Nestlé Health Science.

“Diabetes adalah satu penyakit yang diberi fokus utama oleh organisasi kami. dan kami berbangga bahawa forum ‘Live Well with Diabetes’ ini adalah salah satu daripada pelbagai usaha jangkauan awam yang kami laksanakan untuk membantu meningkatkan kesedaran tentang penyakit ini. Kami berbesar hati untuk menjalankan usahasama dengan Nestlé Health Science, dan mengambil peluang ini untuk berkongsi hasil positif yang didapati dari kolaborasi Cabaran Glucocare kami. Cabaran ini menunjukkan perubahan positif dalam setiap peserta dan menggalakkan peserta untuk menjaga kesihatan mereka,” komen Pengarah Urusan CARiNG Encik Chong Yeow Siang berhubung kejayaan program cabaran tersebut.

Hadirin Forum Awam “Live Well with Diabetes” telah diberikan peluang untuk memahami dan mempelajari tentang peranan nutrisi dalam pengurusan diabetes menerusi stesen-stesen pembelajaran yang ditempatkan di serata dewan. Setiap stesen menempatkan satu tema spesmk untuk mendidik hadirin tentang pemakanan, nutrisi, dan senaman.

Pakar-pakar penjagaan kesihatan dari Becton Dickinson Sdn. Bhd., Duopharma Biotech Berhad dan Bionime Malaysia Sdn. Bhd. turut diundang untuk memberikan ceramah tentang mitos dan salah faham tentang diabetes dan insulin, teknik-teknik suntikan insulin dan juga ekosistem e-kesihatan diabetes.

Pakar pemakanan Nestlé Health Science, Cik Rachel Liu turut berkongsi tentang bagaimana kita boleh mencari keseimbangan yang sempurna menerusi pengenalan gantian-gantian makanan sebagai sebahagian daripada perancangan pemakanan harian kita. Beliau kemudiannya turut memberikan ceramah yang menarik tentang kepentingan mencipta satu perancangan makanan yang seimbang dengan memasukkan formula khas diabetik yang sesuai untuk mereka yang menghidap diabetes.

Tahun ini, CARiNG turut memperkenalkan satu lagi perkhidmatan farmasi kepada orang ramai iaitu Sistem Pengurusan Diabetes CARiNG (OMS). OMS adalah sebuah platform maya yang menghubungkan ahli farmasi dengan pesakit untuk mengawasi bacaan paras glukosa darah menerusi pengurangan waktu perjalanan, kesilapan pemindahan data, dan memperbaiki kecekapan pengurusan glukosa darah. Dengan Aplikasi Mobil Rightest Care, ahli-ahli farmasi CARiNG akan dapat membantu pesakitpesakit untuk menjalankan kehidupan yang sejahtera walaupun menghidapi diabetes.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *