Setelah hampir lima tahun semenjak 2019 Samsung memperkenalkan barisan Galaxy Buds, pada 10 Julai 2024 yang lalu Samsung Electronics Co., Ltd. telah mengumumkan Galaxy Buds3 dan Galaxy Buds3 bersama-sama Pro Galaxy Z Fold6 serta Galaxy Z Flip6 serba baharu di Galaxy Unpacked di Paris, Perancis.Samsung telah memperkenalkan Galaxy Buds 3 2024 yang terdiri daripada dua model yang sama, iaitu Buds 3 dan Buds 3 Pro dengan rekaan baharu dan naik taraf dari segi fungsi dan hargan berbanding model terdahulu.
Generasi terbaru Galaxy Buds kini menerima pembaharuan besar bukan sahaja pada segi rekaan fon putik, tetapi juga pada bekas pengecasnya, selain menerima naik taraf dalam beberapa aspek perkakasan lain dan ditambah ciri AI baharu.
Galaxy Buds 3 Pro terbaharu ini mempunyai beberapa ciri menarik yang perlu diberi perhatian. Berikut adalah beberapa aspek utama pada pandangan pertama produk ini:
REKA BENTUK DAN KESELESAAN
Galaxy Buds 3 direka bentuk dengan secara ergonomik bertangkai futuristic untuk memberikan keselesaan apabila digunakan untuk jangka masa yang lama. Buds 3 dan Buds 3 Pro didatangkan dengan rekaan stem pada badan pemacu audio dan tidak lagi bulat dengan rekaan tanpa stem seperti siri Buds 2 sebelumnya. Buds 3, model Pro ini memiliki lampu ‘Blade Lights’ pada stemnya yang juga berfungsi sebagai kawalan sentuhan fon putik. Ia juga masih mengekalkan putik silikon yang boleh ditukar ganti untuk kedapan lebih baik dan bunyi yang lebih imersif. Berat fon putik ini sekitar 5.4 gram dengan pilihan dua warna perak atau putih yang bergaya dan elegan.
Salah satu ciri unggul Galaxy Buds 3 ialah kualiti bunyinya yang unggul. Fon telinga ini menawarkan kualiti audio yang jelas dan bes dalam, terima kasih kepada pemacu berkualiti tinggi dan sokongan untuk codec audio terkini. Bunyi Buds 3 Pro dikeluarkan oleh speaker dua hala yang dipertingkatkan, menampilkan gabungan pemandu dinamik 10.5mm dan pemandu planar 6.1mm. Ia juga menyokong penstriman audio HiFi pada 24-bit menerusi Samsung Seamless Codec (codec SSC), serta hadir dengan ciri panggilan baharu Super-Wideband untuk meningkatkan lagi kualiti suara pemanggil dalam persekitaran bising menggunakan pembelajaran mesin.
CIRI PINTAR PENYARING HINGAR (NOISE CANCELLATION)
Dengan fungsi penyaring hingar aktif Active Noise Cancellation (ANC) yang lebih maju ini pada aplikasi Galaxy Wear. Pada kekuatan maksimum, pengurangan hingar cukup memuaskan dan eartip yang sesuai juga penting untuk memastikan anda dapat menikmati penyingkiran bunyi yang efektif., Galaxy Buds 3 Pro berpotensi memberikan pengalaman mendengar yang lebih mengasyikkan dengan mengurangkan hingar latar belakang tahap optimum secara automatik menerusi ciri Adaptive Noise Control, Siren Detect, and Voice Detect serta tiga mikrofon yang dimuatkan pada setiap fon putik yang telah ditambah baik dengan AI. Galaxy Buds3 Pro memanfaatkan AI untuk mengesan penggera atau siren dan akan menghentikan ANC supaya anda boleh mendengar amaran seperti ini.
JANGKA HAYAT BATERI
Fon telinga Galaxy Buds 3 Pro menawarkan jangka hayat bateri yang baik, sama ada ANC dihidupkan atau tidak. Buds 3 Pro memberikan penggunaan masa sehingga 6 jam dengan ANC dihidupkan atau 7 jam tanpa ANC, manakala tempoh lebih panjang bersama bekas pengecas iaitu sehingga 26 jam dengan ANC dan 30 jam tanpa ANC. Ciri pengecasan pantas dipadankan dengan lampu indikator LED juga disertakan untuk kemudahan penggunaan harian secara berwayar melalui USB-C dan juga menyokong pengecasan tanpa wayar berdasarkan pada model generasi sebelumnya. Bekas pengecasan Galaxy Buds3 Pro ini mempunyai garisan warna biru dan oren yang mana biru sebagai tanda ianya adalah earbuds kiri manakala oren sebagai tanda ianya earbuds sebelah kanan.
KALIS AIR DAN BLUETOOTH
Galaxy Buds 3 Pro direka untuk tahap kalis percikan air dan debu pada tahap IP57 yang telah ditambah baik berbanding IPX7 terdahulu. Penarafan IPX7 bermakna peranti tersebut kalis air apabila direndam dalam air tawar sehingga 1 meter dalam sehingga 30 minit. Walau bagaimanapun, fon telinga mungkin rosak jika digunakan dalam keadaan yang tidak mematuhi piawaian IPX7. Peranti ini juga menggunakan sambungan Bluetooth 5.4.
HARGA GALAXY BUDS 3 DAN BUDS 3 PRO DI MALAYSIA
Untuk lebih jelas, berikut adalah harga rasmi Buds 3 dan Buds 3 Pro di pasaran Malaysia:
Galaxy Buds 3 – RM599
Galaxy Buds 3 Pro – RM999
KESIMPULAN
Secara keseluruhan, Galaxy Buds 3 Pro menawarkan penambahbaikan berbanding model sebelumnya dengan ciri yang lebih maju, kualiti audio yang lebih baik dan reka bentuk yang lebih selesa. Jika anda sedang mencari fon telinga tanpa wayar premium dengan ciri terkini, Galaxy Buds 3 Pro ini boleh menjadi pilihan yang menarik.