(SEMASA) ZEEHO MEMPERKENALKAN AE8 S+ SKUTER ELEKTRIK TERKINI DI MALAYSIA

Spread the love

JOHOR, 28 DISEMBER 2024 – ZEEHO sekali lagi mencuri perhatian dalam industri automotif Malaysia dengan pelancaran skuter elektrik terbarunya, AE8 S+ bersempena dengan pembukaan CFMOTO Flagship Store TR Motorworld Sdn. Bhd. Sebagai sebahagian daripada keluarga CFMOTO, ZEEHO terus komited dalam mentakrifkan semula mobiliti bandar dengan teknologi canggih, berprestasi tinggi dan reka bentuk futuristik.
Tersedia dalam dua warna menarik, Starship Silver dan Eclipse Silver, AE8 S+ dijual pada harga RM18,888 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans). Skuter elektrik ini dikuasakan dengan kuasa nilai 5kW dan kuasa maksimum 12.5kW. Ia dilengkapi dengan bateri litium berkembar (69V27Ah x 2) dan skuter ini juga menawarkan keupayaan mendaki dengan kecerunan 17°, sesuai untuk pelbagai permukaan jalan.

Reka bentuknya yang praktikal dan tahan lasak diperkuat dengan rangka tiub keluli dan berat 133kg. Dimensi keseluruhannya adalah 1910mm x 743mm x 1154mm dengan jarak roda 1380mm dan jarak dari tanah 152mm, memberikan keseimbangan saiz dan kestabilan yang sempurna untuk penunggang bandar.

AE8 S+ dilengkapi dengan sistem suspensi canggih, termasuk fork hidraulik di hadapan dan suspensi boleh laras pada bahagian belakang untuk pengendalian yang lancar. Tayar CST (hadapan: 100/80-12, belakang: 120/70-12) memastikan cengkaman yang kukuh dan kestabilan tinggi di pelbagai permukaan jalan.

Sistem keselamatannya diperkukuhkan dengan ABS dwi-saluran, brek cakera hadapan 220mm dengan kaliper 4-piston dan brek cakera belakang 190mm dengan kaliper 1-piston.

ZEEHO juga mempunyai aplikasi tersendiri dengan fungsi mengawasi motosikal iaitu ZEEHO Ride. Ciri-ciri khas ini membolehkan pengguna untuk meningkatkan taraf keselamatan ZEEHO AE8 S+. Hal ini kerana pengguna boleh menjejakinya menerusi aplikasi dan boleh mengunci motosikal walaupun pada jarak yang jauh.

Terdapat pelbagai lagi spesifikasi pintar yang ada pada AE8 S+ ini seperti menawarkan fungsi perisian Over-The-Air (OTA). Percirian yang unik ini membolehkan kemas kini perisian dilakukan secara automatik tanpa perlu ke pusat servis dan hanya melalui sambungan internet.

Keadaan ini amat memudahkan pemilik ZEEHO AE8 S+ tidak seperti motosikal tanpa OTA yang perlu menyambungkan keseluruhan sistem OBD (On-Board Diagnostics) kenderaan jika ingin menaiktaraf ECU (Electronic Control Unit) yang berkaitan di pusat servis berhampiran.

Skuter ini juga dilengkapi dengan lampu LED, lampu posisi, lampu brek, lampu isyarat, lampu belakang dan lampu hazard untuk meningkatkan keterlihatan dan keselamatan. Ditambah juga dengan fungsi kawalan cruise, ZEEHO A8 S+ mampu memberikan keselesaan optimum kepada penunggang.

Dengan setiap pembelian ZEEHO AE4, para pembeli boleh menikmati jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perjalanan 20,000km (yang mana tiba dahulu) tertakluk kepada terma dan syarat. Para pembeli juga boleh menikmati pembelian alat ganti tulen atas talian oleh CFMOTO Malaysia.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *