(SEMASA) GILLETTE RAIKAN ‘DETIK BOND’ DALAM KEHIDUPAN SETIAP LELAKI

Spread the love

4_Mr Nicolas de La Giroday_Mr Ong Yuh Hwang

Semasa dunia kini bersiap sedia menantikan SPECTRE, filem Bond ke-24, Gillette telah melancarkan misi global bagi meraikan ‘Detik Bond’ setiap lelaki; saat paling penting di mana dia berasa sangat yakin dan segak menawan. Misi ini, dianjurkan dengan perkongsian antara inovasi Gilllette, iaitu pisau pencukur Gillette Fusion ProGlide dengan Teknologi Flexball dan SPECTRE, memperteguh mesej bahawa detik Bond bukan terjadi begitu sahaja – sebaliknya dengan persediaan teliti.

3_Gillette Panellists with Models_2

Kerjasama Gillette dengan francais James Bond bermula dari filem ketiganya, Goldfinger pada tahun 1964, di mana dalam adegan paling ikoniknya, James Bond menggunakan pisau pencukur Gillette yang boleh diubah-ubah daripada alat pencukur kepada alat penjejak. Setelah lima dekad, Gillette kini telah memasuki `Dewan Kemahsyuran Gajet 007’ dalam francais terbaharu, SPECTRE.

Perkongsian Gillette-SPECTRE di Malaysia dimulai dengan pameran bergerak di kawasan Concourse KLCC dari 15 hingga 19 Oktober. Acara itu juga memaparkan perbincangan panel selebriti mengenai evolusi dan persona watak Bond, dan bagaimana ia kekal sebagai `standard lelaki ideal’ untuk kaum adam dan hawa di mana jua.

Ahli panel terdiri daripada model Deborah Henry yang bertindak sebagai moderator bersama personaliti TV Bernie Chan dan Soo Kui Jien, serta pakar kecergasan Jordan Yeoh dan Nicolas de La Giroday, Ketua Pegawai Eksekutif P&G, Malaysia, Singapura dan Brunei yang memberikan petua gaya dan kehidupan bagi membantu lelaki merasa yakin dan kelihatan segak supaya mereka dapat menikmati ‘Detik Bond’ setiap hari.

2_Models After Gillette Makeover Look

Ini disusuli dengan empat wajah popular dalam landskap hiburan tempatan yang diberikan `perubahan Bond’ sebelum mereka memperagakan rupa klasik Bond dari tahun 1960an, 1970an, 1980an dan 1990an dan pisau-pisau pencukur Gillette yang digunakan pada setiap era tersebut.

“Tidak ragu-ragu lagi persona dan fesyen James Bond telah mengalami evolusi sejak lima dekad lalu. Apa yang tidak dimakan zaman ialah ketrampilan Bond dan perwakilan ikonik yang wanita mahukan dan apa yang lelaki idamkan,” kata Nicolas de La Giroday, CEO Negara, P&G, Malaysia, Singapura dan Brunei.

“Selain menjadi alat pencukur pilihan bagi James Bond, Gillette adalah pencetus inovasi bagi memperkasa lelaki di seluruh dunia untuk mencapai rupa wajah terbaik mereka,’’ tambah beliau.

Dengan makmal pencukur paling sofistikated di dunia, Gillette sentiasa menyasarkan untuk melakukan penemuan baharu dalam menambahbaik pengalaman bercukur. Gillette Fusion ProGlide dengan teknologi FlexBall baharu yang memiliki ciri pergerakan 3D, membolehkan pisau cukur meliputi setiap kontur wajah bagi mencukur setiap helai rambut; sesuatu yang menjadi cabaran besar selama ini bagi kaum lelaki di seluruh dunia.

1_Panellists (from left)_Jordan Yeoh_Soo Kui Jien_Nicolas de La Giroday_Bernie Chan

Bagi meraikan perkongsian tersebut, pek hadiah SPECTRE/Pisau Pencukur Gillette Fusion ProGlide dengan Teknologi FlexBall akan mula dipasarkan pada November 2015. Ini adalah hadiah terbaik bagi kaum lelaki dan akan membantu mereka bersedia dengan kemuncak pencukuran teliti. Gillette juga akan mengadakan promosi di seluruh negara dengan menawarkan tiket wayang percuma bagi setiap pembelian produk Gillette bernilai RM30. Maklumat tambahan mengenai pek hadiah dan  “Detik Bond” boleh didapati di www.facebook.com/gillettemalaysia


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *