(SEMASA) GUARDIAN BERKONGSI KASIH SAYANG DAN KEGEMBIRAAN MUSIM RAYA DENGAN KANAK-KANAK KHAS DAN ANAK YATIM

Spread the love

????????????????????????????????????

Sempena Hari Raya Aidilfitri, peneraju peruncit farmasi, kesihatan dan kecantikan, Guardian Malaysia mengunjungi tiga rumah kebajikan di Johor Bahru untuk berkongsi kasih sayang dan menyebarkan kegembiraan musim perayaan kepada hampir 400 kanak-kanak.

????????????????????????????????????

Lebih 45 kakitangan daripada ibu pejabat di Shah Alam dan 15 stor di Johor Bahru terlibat di dalam pembersihan selama satu hari dan aktiviti kreatif di Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Johor (PKAYJ/Rumah Barkat), Persatuan Cerebral Palsy Johor dan Persatuan Bagi Kanak-Kanak Kerencatan Akal Johor (PBKKAJ).

Turut turun padang bersama-sama pasukannya, Pengarah Operasi Guardian Health and Beauty Sdn Bhd, Ricky Soon berkata, “Setiap tahun, kami mendekati mereka yang memerlukan melalui usaha Tanggungjawab Sosial Korporat syarikat yang telah lama diusahakan. Sama ada melalui alat bantuan dan bantuan atau membawa keseronokan dan keceriaan, kami sangat berbesar hati dapat berbakti kepada masyarakat di mana kami menjalankan perniagaan kami.”

????????????????????????????????????

Bertemakan Beramal Bersama Guardian, acara satu hari yang penuh dengan aktiviti itu melibatkan tiga kumpulan yang terdiri dari 15 orang setiap satu dari pasukan ini. Di Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Johor (PKAYJ/Rumah Barkat), aktiviti-aktiviti melibatkan menyental dan membersihkan kelas Pusat Kecemerlangan rumah tersebut, di mana di situ dijalankan kelas tuisyen malam untuk anak-anak yatim.

Pasukan Guardian Malaysia turut menghiasi kelas itu dengan poster-poster yang membawa mesej inspirasi, sebagai motivasi kepada kanak-kanak di situ. Di Persatuan Cerebral Palsy Johor, pasukan Guardian Malaysia mengecat mural sepanjang 2.5m x 6.2m di dinding bersebelahan dengan pusat fisioterapi sekolah itu.

Memaparkan warna-warna ceria dan unsur-unsur yang digemari kanak-kanak di situ, mural itu direka bagi membawa senyuman ke wajah kanak-kanak semasa mereka di bawa ke sesi fisioterapi. Pasukan turut membersihkan kolam dan menjalankan aktiviti asas berkebun serta melakukan kerja-kerja landskap di taman seluas 15’ x 15’ sekolah itu.

Di Persatuan Bagi Kanak-Kanak Kerencatan Akal Johor (PBKKAJ), aktiviti yang dijalankan termasuklah membersihkan tandas sekolah, pengubahsuaian 2 bilik disiplin serta menaja produk-produk penjagaan diri. Bilik-bilik disiplin yang digunakan untuk menenangkan pelajar-pelajar yang bermasalah, dicat dengan biru kristal bagi memberikan efek menenangkan. Salah satu bilik itu juga dihias dengan imej-imej haiwan laut bagi mewujudkan suasana tenang kepada kanak-kanak.

????????????????????????????????????

Turut serta di dalam acara ini, Pengarah Rantaian Bekalan Sri Ram Roy berkata “Tahun ini, kita melangkah setapak lebih maju, mengunjungi mereka yang berada di luar Lembah Kelang. Sementara mereka yang terlibat datang dengan objektif bagi membantu yang lain, pengalaman ini memberi kesan positif yang mendalam kepada kita.

Melihat semua rakan sekerja bekerja di tengah panas dan dalam keletihan meningkatkan semangat setiakawan diantara kami.” Guru Besar Persatuan Bagi Kanak-Kanak Kerencatan Akal Johor (PBKKAJ) Pn. Zariah, tersentuh dan dilihat mengalirkan air mata kegembiraan dalam menyatakan rasa terima kasih dan bersyukur beliau sejurus selepas acara itu.

Untuk maklumat lanjut, layari www.guardian.com.my.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *