(SEMASA) Hafiz juara “Pencetus Ummah” musim pertama

LAN_2286

Hafiz diumumkan sebagai Juara dalam program Pencetus Ummah di Mimbar Akhir Pencetus Ummah musim pertama. Keputusan pemenang diumumkan oleh pengacara program tersebut, Dr Ridhuan Tee. Gelaran Naib Juara dimenangi oleh Shahul, manakala tempat ketiga dimenangi oleh Yeop dan Rahmat menjadi pemenang tempat keempat. Program akhir Pencetus Ummah disiarkan secara langsung di saluran Astro Oasis.

LAN_2302
Sebagai juara Pencetus Ummah, Hafiz membawa pulang hadiah utama iaitu wang tunai RM50,000 dan sebuah kereta Toyota Prius C berharga RM100,000.  Dia turut berjaya membawa pulang pakej umrah untuk dua orang, pakej percutian halal ke China dan sebuah trofi. Naib juara, Shahrul Hamid memenangi wang tunai RM30,000 manakala Mohamed Zaini dan Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan, masing-masing membawa pulang wang tunai RM10,000.
final PUsmall

Tiga juri tetap yang mengadili para peserta terdiri daripada Datuk Ustaz Hassan Mahmud, Ustaz Kazim Elias, dan Habsah Omar (Abby Fana) manakala Datuk Aznil Hj Nawawi bertindak sebagai juri jemputan. Program “Pencetus Ummah” ini dihoskan oleh Ustaz Dr Ridhuan Tee Abdullah dan pengacara undangan Fahrin Ahmad.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *