(SEMASA) HALFEST 2012

Spread the love

 

Pada tanggal 14 Oktober 2012, berakhir  sudah HALFEST 2012 yang merupakan EKSPO HALAL TERBESAR MALAYSIA khusus untuk pengusaha produk halal tempatan. HALFEST merupakan sebuah ekspo Halal yang diwujudkan untuk memperkukuhkan dan merangsang industri halal tempatan sebelum melangkah ke pasaran global. HALFEST turut mempunyai sasaran untuk menjadi platfom dalam membangunkan pasaran halal di peringkat negara. HALFEST merupakan platform halal paling efektif buat pengusaha produk dan perkhidmatan untuk mempromosikan dan memasarkan produk mereka kepada pengguna tempatan di samping meningkatkan hubungan perniagaan antara penggiat industri dan konsumer tempatan. HALFEST  memberi faedah kepada pasaran tempatan dengan mempromosikan produk dan perkhidmatan halal secara agresif di mata umat Islam dan bukan Islam di Malaysia dan orang ramai. HALFEST sememangnya amat dinantikan penuh kemeriahan dengan pelbagai aktiviti-aktiviti yang meriah! Penampilan selebriti terkenal, demonstrasi dan pertandingan memasak, kuiz dan permainan untuk kanak-kanak dan pelbagai aktiviti menarik menjanjikan keseronokkan khusus untuk seisi keluarga. Di samping itu, Halfest turut menjanjikan peluang membina rangkaian di seluruh tapak ekspo di samping menyediakan platform untuk membincangkan kebimbangan tentang integriti produk-produk halal dalam minda semua pengguna-pengguna halal dan pelbagai topik berkaitan dalam usaha mewujudkan usahawan negara yang berdaya saing. HALFEST 2012 dibawakan oleh CIMB Islamic Bank Berhad dengan sokongan dan kerjasama Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia (MOA), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK), Halal Industry Development Corporation (HDC), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Persatuan Pengguna Islam Malaysia. Rakan Strategik HALFEST 2012 pula adalah Radio Televisyen Malaysia dan Bank Rakyat Bhd serta dianjurkan dan diuruskan oleh SHAPERS MALAYSIA SDN BHD.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *