(SEMASA) Hidangan Ramadan Klasik Asli Di Cili Kampung Hartamas

Spread the love

Bertempat di kawasan elit Hartamas, Restoran Cili Kampung terkenal dengan hidangan Negeri Sembilan asli menyediakan resepi-resepi terbaik hidangan Ramadan klasik.

Dekorasi yang cantik serta menarik bakal menyambut anda di Cili Kampung Hartamas sekiranya anda berkeinginan untuk mendapatkan bufet hidangan untuk berbuka puasa.

Cili Kampung yang merupakan sebuah perniagaan keluarga yang menggunakan resipi keluarga tradisional turun temurun yang beroperasi sejak 2017 bakal menghidangkan masakan asli Melayu.

Sempena bulan Ramadan, Cili Kampung Hartamas menghidangkan klasik Negeri Sembilan antaranya Masak Lomak (daging, ayam dan udang) , Masak Kicap ( daging, ayam dan ikan tenggiri), Sambal Cili Api ( udang, sotong dan ayam), Sambal Petai ( udang, ikan tenggiri, sotong dan ayam), Asam Pedas ( daging, ikan tenggiri dan ayam) serta sayur sayuran segar.

Cili Kampung Hartamas juga menyelitkan hidangan seperti nasi minyak saffron, kambing golek, rendang kawah minang, rojak buah, sate, ais kacang, kuih muih, pengat pisang serta minuman seperti minuman panas kopi dan teh tarik, air tebu, air jagung serta air kurma.

Bufet Ramadan di Cili Kampung Hartamas bermula dari 4 April hingga 2 Mei 2022.

Cili Kampung Hartamas

Lokasi: Lot No V-02, Hartamas Walk, Hartamas Shopping Centre, Jalan Sri Hartamas 1, Taman Sri Hartamas, Kuala Lumpur

Waktu operasi sepanjang Ramadan: Makan malam: 7 malam – 10 malam


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *