(SEMASA) IKEA memulakan pembinaan gedung pertamanya di selatan Malaysia

Spread the love

 02-ikea-tebrau-cement-pouring-ceremony

Johor Bahru, 15 September 2016 – IKEA hari ini meletakkan batu asas bagi gedung pertamanya di luar Lembah Klang pada majlis meratakan simen besama warga kerja IKEA, rakan perniagaan, pegawai kerajaan dan pemimpin masyarakat yang berhimpun di tapak IKEA Tebrau.

03-ikea-tebrau-artist-impressionMajlis tersebut dirasmikan oleh Yang Berbahagia Datuk Ismail Bin Ibrahim, Ketua Eksekutif, Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), bagi pihak Yang Amat Berhormat Dato’ Mohamed Khaled Bin Nordin, Menteri Besar Johor.

Terletak di Jalan Desa Tebrau di Johor Bahru, gedung ini dijadual dibuka pada akhir 2017 dan akan memiliki keluasan 46,713 meter per segi.

“Visi kami adalah untuk mewujudkan kehidupan harian yang lebih baik bagi orang ramai. Sememangnya kami teruja untuk membina gedung IKEA pertama kami di selatan Malaysia,’’ kata Christian Rojkjaer, Pengarah Urusan IKEA Asia Tenggara.

“Dengan sambutan yang kita telah saksikan di Johor Bahru, saya tidak sabar menantikan ketibaan hari kita membuka pintu kepada IKEA Tebrau. Terdapat lebih daripada 1.8 juta penduduk menetap dalam lingkungan 60 minit pemanduan ke gedung ini. Kami berharap untuk melayani jutaan pelanggan di negeri Johor – dan melangkaui negeri lain!”

IKEA menawarkan produk kelengkapan rumah Sweden yang direka bentuk dan berfungsi dengan baik, pada harga yang rendah agar orang ramai mampu memilikinya. Gedung di Johor akan merangkumi segala ciri-ciri IKEA yang disukai ramai: inspirasi kelengkapan rumah di dalam ruang pameran yang luas, ribuan produk dibungkus dengan pek leper yang sedia dibawa pulang pada hari yang sama, taman permainan yang diselia bagi kanak-kanak dan, tentunya bebola daging Swedish.

01-ikea-tebrau-cement-pouring-ceremonyRakyat Johor juga boleh mendapatkan idea dan produk yang membolehkan mereka merasai kehidupan yang lestari di rumah, bermula daripada lampu mentol LED dan paip jimat-air sehingga kepada penyelesaian penjimatan makanan dan kitar semula.

En. Rojkjaer mendedahkan bahawa pelan projek di Johor merangkumi pusat beli-belah yang diterajui oleh gedung IKEA. “Pusat beli-belah dan IKEA akan bersama-sama membantu menjadikan Tebrau sebuah destinasi peruncitan yang hebat. Ia juga akan menarik minat orang ramai untuk membeli-belah, menikmati juadah dan berhibur.”

Berucap bagi pihak Menteri Besar Johor, Yang Berbahagia Datuk Ismail Bin Ibrahim berkata, “Gedung ini akan membantu mendorong pertumbuhan pembangunan dan ekonomi negeri ini, dan menyumbang kepada penambahbaikan kualiti kehidupan kita. Dengan adanya IKEA di bandar raya ini, ia memberikan peluang pekerjaan yang lebih besar dan memberi manfaat kepada ramai rakyat Johor.”

Pelaburan IKEA sebanyak RM592 juta ini akan mewujudkan ribuan pekerjaan baharu di dalam perkhidmatan tempatan dan perniagaan pembekalan serta lebih daripada 300 kerja tetap di Johor. Proses pengambilan pekerja berlangsung sekarang dengan sebilangan sudah diambil dan sedang menjalani latihan di gedung-gedung IKEA di Kuala Lumpur.

Operasi gedung ini diketuai ialah Annie Chandler, Pengurus Gedung IKEA Tebrau. Beliau akan membantu memacu perancangan komersial dan pembinaan IKEA Tebrau, bersama Timbalan Pengurus Gudang Charles Sathis Nair, anak jati Johor dengan pengalaman 19 tahun dalam bidang peruncitan dan mempunyai pengetahuan mendalam mengenai pasaran tempatan.

Gedung Johor ini akan menjadi bahagian penting dalam keseluruhan pelan perluasan bagi IKEA Asia Tenggara. Sebagai tambahan kepada pembukaan IKEA Cheras tahun lalu, syarikat ini telah membuka IKEA Pick Up and Delivery Point di Phuket, Thailand. Satu lagi gedung IKEA juga kini sedang dibina di Bangkok dan syarikat ini memiliki rancangan teguh untuk membuka gedung di Pulau Pinang pada 2018.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *