(SEMASA) iM4U Mengakhiri Program Jelajah ‘Reach Out Convention & Celebration 2015’ Dengan Meriah Di Kuala Lumpur

????????????????????????????????????????????

iM4U, komuniti sukarelawan belia yang utama di Malaysia, menamatkan program jelajah ‘Reach Out Convention & Celebration 2015’ di seluruh negara bersama lebih 3,000 belia di Kuala Lumpur hari ini untuk meraikan semangat kesukarelawanan. Progam Reach Out, yang membawakan sesi ceramah interaktif oleh pakar motivasi tempatan dan antarabangsa bertujuan untuk menggalakkan dan memupuk semangat kesukarelawanan di kalangan rakyat Malaysia. Acara ini dirasmikan oleh YB Senator Dato’ Seri Abdul Wahid Omar, mentor iM4U selaku Menteri di Pejabat Perdana Menteri.

Photo 2

Dalam membentuk belia sebagai pemangkin agenda perkembangan nasional, program jelajah ‘Reach Out’ anjuran iM4U ini memberi peluang kepada generasi muda Malaysia untuk membina rangkaian, berkongsi pengalaman dan menyemarakkan semangat kesukarelawan daripada ahli panel penceramah yang mempelopori perjuangan sosial masing-masing.

“Sebagai elemen perkembangan negara, belia Malaysia hari ini mempamerkan aspek kempimpinan dalam perubahan penting dalam masyarakat kita. Berbekalkan semangat kesukarelawanan, golongan belia boleh memainkan peranan positif dalam usaha membawa perubahan sebenar ke dalam masyarakat,” kata YB Senator Dato’ Seri Abdul Wahid Omar.

Antara ahli panel penceramah yang hadir pada program hari ini termasuklah Dr Wasif Syed, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Ivy League Advisor; Datuk Zang Toi, pereka fesyen Malaysia yang terkenal; Scott Ginsberg, penulis blog yang memenangi Anugerah dan Penerbit Nametag TV; Yahya Bakkar, penceramah motivasi dan pakar intervensi strategik bertauliah; Mike Southon, Pengarang dan Usahawan British dan juga Prakash Somosundram, Pemenang Anugerah Keusahawanan.

Photo 4

Berkongsi pendapatnya tentang strategi kepimpinan dengan memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan belia menerusi platform inovatif ini, Dr Wasif Syed berkata, “Setiap individu, jika diberi peluang untuk mengasah kemahiran kepimpinan masing-masing, boleh mencapai kejayaan besar. Inisiatif seperti aktiviti sukarelawan memberi peluang kepada individu untuk mengembangkan dan mengoptimumkan kekuatan utama mereka serta memperkasakan kendiri dan orang di sekeliling mereka.”

“Semangat kesukarelawanan belia menyediakan saluran untuk mereka menyuarakan isu-isu serta platform untuk bertindak secara positif yang dapat menggalakkan mereka untuk membawa perubahan ke dalam masyarakat. Bagi iM4U, setiap impak amat bermakna tidak kira betapa besar atau kecil sumbangannya,” kata Rudy Malik, Ketua Pegawai Operasi iM4U.

Agenda hari ini turut dimeriahkan lagi oleh bakat popular Malaysia seperti Bunkface, Paperplane Pursuit, Pop Shuvit, Nastia, Froya, DJ Fuzz, Iwere, Mark Adam, Waris, Jakeman, Karmal dan Lawa Nie Gang.

Turut hadir bersama untuk menghiburkan orang ramai adalah bintang sensasi YouTube; Just Kidding Films, Wong Fu Productions, Dan Matthews (DANakaDAN), Jun Sung Ahn, Dominic ‘D-Trix’ Sandoval dan JRod Twins.

Program jelajah ‘Reach Out Convention & Celebratin 2015’ di seluruh negara telah bermula pada 31 Januari di Politeknik Seberang Prai, Pulau Pinang dan diteruskan ke Universiti Teknologi MARA (UiTM), Kota Kinabalu, Sabah; Politeknik Kuching, Kuching, Sarawak; Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Terengganu dan Politeknik Ibrahim Sultan, Johor Bahru.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *