(SEMASA) InnerShine® Menyerlahkan Seri Wajah Dengan Rekaan Gaya Fesyen Raya ini

Spread the love

InnerShine Prune Essence plus Camu Camu

Semua orang mengidamkan penampilan baru dengan pakaian istimewa untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri dengan penuh gembira. Kini InnerShine®  menjadikan impian anda suatu realiti kerana anda berpeluang untuk memenangi pakaian hasil daripada pereka fesyen terkenal, INNAI RED yang dipadankan dengan aksesori yang berkilauan.

Anda hanya perlu membeli pek enam botol InnerShine®  Pati Prun dengan Camu Camu yang boleh didapati dari mana-mana outlet Mydin untuk menyertai “Peraduan Gaya Bersinar Raya”.

Setiap penyertaan membuka peluang anda untuk memenangi baucer bernilai RM2,000 bagi mendapatkan pakaian pereka fesyen terkenal berserta dengan 5 baucer dari Pandora bernilai RM500 setiap satu.

“Nikmatilah kecantikan dan kesihatan optima setelah mengikuti program detosifikasi selama 12 hari yang semula jadi dan lembut dari InnerShine® pada musim Raya ini. Untuk memiliki kejelitaan yang lebih terserlah, anda juga berpeluang untuk memenangi pakaian pereka fesyen dalam promosi ini,” kata Naib Presiden dan Pengurus Besar Cerebos Malaysia, Koh Joo Siang.

Bagi menaikkan lagi seri kilauan hiasan daripada Pandora, InnerShine® Pati Prun dengan Camu Camu merupakan padanan yang paling sesuai kerana ianya diperbuat daripada pati buah-buahan yang mujarab serta selamat diminum, untuk memantapkan lagi kesan detoksifikasi yang baik untuk badan agar nampak lebih berseri terutamanya sepanjang bulan puasa ini.

Diminum setiap malam sebelum tidur, InnerShine® Pati Prun dengan Camu Camu boleh membantu sistem penghadaman untuk menyahtoksin demi mengecapi kecergasan dan kecantikan yang menyeluruh.

Isi kandungan Vitamin C daripada buah prun dan Camu-Camu bertindak sebagai antioksidan yang kuat untuk memerangi semua radikal bebas agar kulit kelihatan lebih muda berseri.

Untuk mendapat maklumat lanjut tentang cara menyerikan wajah anda menjelang Raya ini, kunjungi pasar raya Mydin atau layari laman InnerShine Club di Facebook atau hubungi Talian Khidmat Prihatin Pelanggan di 1300 228 300.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *