Kuala Lumpur, 8hb Oktober 2020: JACK ‘n JILL Potato Chips memperkenalkan perisa terbaharunya yang mengujakan – Sambal Udang – yang pastinya menepati citarasa rakyat Malaysia yang rata-ratanya merupakan peminat tegar hidangan pedas dan menyelerakan itu.
Diperbuat daripada ubi kentang segar yang dihiris dalam bentuk V, lalu digoreng sehingga rangup, JACK ‘n JILL Potato Chips Sambal Udang menjanjikan sensasi rasa lokal Malaysia dengan setiap kunyahan. Ia memberi nikmat keenakkan sambal udang yang pedas serta kerangupan yang tiada tolok banding.
“Kami begitu teruja dengan perisa terbaharu JACK ‘n JILL Potato Chips Sambal Udang kerana kami tahu bahawa rakyat Malaysia gemar meneroka makanan tempatan yang asli. Sebagaimana sambal selalunya menjadi pelengkap bagi apa jua jenis hidangan orang Malaysia, kami mengharapkan kerepek kentang perisa Sambal Udang ini akan menjadi pilihan para pengemar snek setiap kali mereka mengidam kudap-kudapan,” kata Emmanuel B. Puno, Naib Presiden Kanan (SVP) URC Snack Foods Indonesia, Malaysia, Indonesia dan Singapura.
Bersempena pelancaran ini, JACK ‘n JILL juga telah membentuk gandingan padu bersama pemenang Anugerah Juara Lagu Naim Daniel dengan pelukis kreatif multi-disiplin Cloakwork untuk menghasilkan beg tote edisi terhad yang bertemakan ‘Temanmu Selalu’.
Pemenang Anugerah Juara Lagu 2020 – Naim Daniel pastinya tidak asing lagi setelah menempah nama di persada muzik tanahair dalam genre Pop dan R&B dengan suaranya yang memukau rakyat Malaysia daripada pelbagai lapisan masyarakat. Cloakwork pula merupakan artis jalanan yang telah melebarkan sayapnya di peringkat antarabangsa dengan karya lukisannya yang tidak konvensional dan mencuri tumpuan. Dengan menggabungkan minda kreatif kedua-dua anak muda ini, beg tote ‘Temanmu Selalu’ yang diilhamkan adalah bersifat warna-warni dan penuh keseronokan, seiring dengan perwatakan yang dikongsi mereka iaitu kreativiti; selain dua bidang yang telah menjadi darah daging mereka – muzik dan seni.
Mengulas mengenai kerjasama itu, Emannuel Puno berkata: “Kami berasa amat gembira dapat menjemput dua anak Malaysia ini yang berbakat, untuk bersama-sama menghasilkan beg tote eksklusif ‘Temanmu Selalu’ ini. Ia sememangnya mengagumkan untuk melihat dua individu yang ceria dan kreatif ini berkongsi pandangan dan meluahkan idea masing-masing. Adalah diharapkan beg tote ini yang terhasil daripada usaha berjam-jam itu dapat menemani peminat-peminat Jack ‘n Jill ke mana jua dalam rutin seharian mereka.”
“Bagi saya, kerepek kentang JACK ‘n JILL adalah snek yang sentiasa menceriakan hati dan memberi rasa santai. Saya amat teruja terhadap kerjasama bersama snek kegemaran saya yang sejak zaman kanak-kanak lagi dalam pelancaran perisa baharu Sambal Udang ini dan juga peluang berkolaborasi dengan Cloakwork,” kata Naim Daniel.
“Peluang berkerjasama dengan Naim Daniel untuk menghasilkan beg ‘Temanmu Selalu’ telah membolehkan saya menyampaikan ‘rasa keseronokkan menikmati Jack ‘n Jill Potato Chips’ melalui stail karya saya yang berwarna-warni dan menyeronokkan. Melukis adalah impian saya dan saya begitu sukacita kerana kali ini saya telah mencipta karya saya pada kanvas yang agak berbeza berbanding kerja-kerja yang saya hasilkan sebelum ini,” kata Cloakwork.
Beg tote Edisi Khas ‘Temanmu Selalu’ kini boleh didapati di kedai-kedai di seluruh negara, sementara stok masih ada, dengan hanya pembelian minimum RM10 JACK ‘n JILL Potato Chips Sambal Udang V-cut atau mana- mana produk JACK ‘n JILL Potato Chips dalam sekeping resit.
Untuk maklumat lanjut, layari laman Facebook (https://www.facebook.com/jnjpotatochips/) dan IG kami (https://www.instagram.com/jacknjillpotatochips/).
#JacknJillPotatoChipsSambalUdang
#JacknJillTemanmuSelalu
#TemanmuSelalu