(SEMASA) Jelajahi Era Baru AI Mudah Alih Dengan Siri Samsung Galaxy S24

Spread the love

SAN JOSE, CA – January 17, 2024 – Samsung Electronics Co., Ltd. hari ini melancarkan Galaxy S24 Ultra, Galaxy S24+ dan Galaxy S24, dan secara langsung memperkenalkan pengalaman mudah alih baharu dengan Galaxy AI[i]. Siri Galaxy S menerajui era baharu yang akan mengubah cara peranti mudah alih memperkasakan pengguna selama-lamanya. AI memperkasa hampir setiap pengalaman dalam siri Galaxy S24, dari membolehkan komunikasi tanpa batasan menerusi terjemahan teks dan panggilan secara pintar, kepada memaksimumkan kebebasan kreatif dengan fitur ProVisual Engine Galaxy, dan menetapkan standard baharu untuk carian di atas talian yang akan mengubah cara pengguna Galaxy menjelajahi dunia di sekeliling mereka.

“Siri Galaxy S24 mengubah cara kami berhubung dengan dunia dan menyemarakkan inovasi mudah alih untuk dekad seterusnya,” kata TM Roh, Presiden dan Ketua Perniagaan Mobile eXperience di Samsung Electronics. “Galaxy AI dibina atas warisan inovasi dan pemahaman kami yang mendalam terhadap cara orang menggunakan telefon mereka. Kami bersemangat untuk melihat bagaimana pengguna kami di seluruh dunia memperkasakan kehidupan seharian mereka dengan Galaxy AI untuk mengorak kemungkinan baharu.”

Rancakkan Pengalaman Seharian Anda

Galaxy AI memperkenalkan kecerdasan yang bertujuan untuk meningkatkan kualiti setiap aspek kehidupan, terutamanya peranan telefon yang paling asas: komunikasi. Apabila anda menghadapi kekangan Bahasa, samada semasa berbual dengan pelajar atau rakan sekerja lain dari luar negara, meskipun membuat tempahan semasa bercuti di negara lain, Galaxy S24 menjadikannya lebih mudah berbanding sebelum in. Semuanya beres dengan fitur Live Translate[ii], iaitu suatu fitur penterjemahan suara dan teks masa nyata dua hala,bagi panggilan telefon dalam aplikasi terbina. Pengguna tidak memerlukan sama sekali sebarang apl pihak ketiga dan AI terbina memastikan perbualan pengguna adalah selamat dengan sepenuhnya.

Dengan fitur Interpreter, perbualan boleh diterjemahkan dengan serta-merta menerusi transkripsi teks yang tertera pada paparan skrin terpisah supaya orang yang berdepan boleh saling memahami. Ia juga berfungsi tanpa data selular atau Wi-Fi.

Untuk mesej dan aplikasi lain, Chat Assist boleh membantu menyempurnakan nada perbualan untuk memastikan komunikasi kedengaran seperti yang diinginkan: seperti sapaan sopan kepada rakan sekerja ataupun frasa pendek yang menarik untuk kapsyen media sosial[iii]. Kecerdasan Buatan (AI) yang terbina ke dalam Papan Kekunci Samsung juga boleh menterjemahkan mesej secara langsung ke dalam 13 bahasa[iv]. Di dalam kereta, Android Auto[v] akan merumuskan mesej yang diterima secara automatik dan mencadangkan balasan serta tindakan yang bersesuaian, seperti memaklumkan jangkaan masa ketibaan anda, supaya anda boleh terus berhubung sambil memberi tumpuan kepada jalan raya.

Aktiviti pengurusan juga kuat didayakan dengan fitur Note Assist[vi]  dalam Samsung Notes, yang menampilkan ringkasan yang dihasilkan oleh AI, penciptaan templat yang megolah nota mengikut format tersedia, dan mengarang muka nota untuk memudahkan imbasan maklumat. Untuk rakaman suara, walaupun terdapat beberapa penceramah, fitur Transcript Assist[vii] menggunakan kecerdasan buatan dan teknologi Speech-to-Text untuk mentranskripsi, merumus, dan juga menterjemahkan rakaman.

Sememangnya, siri Galaxy S24 bukan hanya melanjak aktiviti berkomunikasi ke era baharu. Carian dalam talian juga telah mengubah hampir setiap aspek kehidupan dan Galaxy S24 dengan bangganya memperkenalkan gaya carian yang intuitif lagi dipacu gerak isyarat dengan Google iaitu fitur Circle to Search[viii]. Galaxy telah bergabung dengan peneraju carian sedunia, Google, dan membuka bentuk penemuan baharu dengan gerak isyarat yang mudah. Dengan menekan lama pada butang utama, pengguna boleh membulat, memilih, mencoret atau mengetik apa-apa pada skrin Galaxy S24 untuk melihat hasil carian berkualiti tinggi. Melihat tanda tempat yang indah di latar belakang siaran media sosial rakan atau fakta menyeronokkan yang mengejutkan di YouTube Shorts kini boleh mencetus carian yang tepat untuk mengetahui lebih lanjut – tanpa perlu meninggalkan apl itu. Dan bergantung kepada lokasi pengguna, untuk carian tertentu, rumusan maklumat dikuasakan AI generatif boleh memberikan fakta dan konteks berguna yang dikumpulkan dari seluruh web, dan pengguna juga boleh menujukan soalan yang lebih kompleks dan bernuansa untuk menerima maklumat yang lebih terperinci dan bersesuasian.

Nikmati Keindahan Dunia Dengan Kreativiti Terserlah

Fitur ProVisual Engine[ix] dalam siri Galaxy S24 adalah lengkapan komprehensif alatan berkuasa AI yang meningkatkan kebolehan menangkap imej dan memaksimumkan kebebasan kreatif, daripada menyediakan syot sehinggalah kepada berkongsinya di media sosial. Hilang sudah imej goyah dan berpiksel yang diambil dari jauh – sistem Quad Tele Galaxy S24 Ultra, yang dikuasakan kanta zum optik 5x baharu dan fitur Adaptive Pixel Sensor, berfungsi dengan sensor 50MP untuk mendayakan prestasi kualiti optik pada tahap pembesaran 2x, 3x, 5x hingga 10x[x]. Imej juga jelas kelihatan sehingga ke pembesaran 100x berkat zum digital yang dipertingkatkan.

Dengan keupayaan Nightography yang dipertingkatkan, foto dan video yang dirakam dengan Galaxy S24 Space Zoom kekal cerah dalam sebarang keadaan, termasuk juga rakaman yang telah dizum. Nikmati pencahayaan tinggi walaupun dalam keadaan malap dengan saiz piksel Galaxy S24 Ultra yang lebih besar, kini 1.4 μm, di mana ia bersaiz 60% lebih besar[xi] berbanding dengan model sebelumnya. Ralat kabur juga dikurangkan pada Galaxy S24 Ultra dengan penstabil imej optikal (OIS) yang lebih luas dan pembetulan gegaran tangan yang dipertingkatkan. Semasa merakam video, kedua-dua kamera hadapan dan belakang dilengkapi dengan Blok ISP Khusus yang mengurangkan hingar, manakala Galaxy S24 menganalisis maklumat giro untuk membezakan antara pergerakan penggambar dan subjek. Ini membolehkan penyingkiran hingar yang lebih berkesan dan rakaman video suasana malap yang jelas, walaupun dari jarak jauh.

Selepas karya video pengguna siap dirakam, alatan suntingan Galaxy AI yang inovatif membolehkan pengeditan mudah; seperti pemadam, karang semula dan menginduk semula. Untuk pengoptimuman yang lebih mudah dan lebih cekap, fitur Edit Suggestion[xii] menggunakan Galaxy AI untuk mencadangkan suntingan yang paling sesuai untuk setiap foto. Untuk memberikannya kawalan kreativit sepenuhnya kepada pengguna, fitur Generative Edit[xiii] boleh mengisi bahagian latar belakang imej dengan AI generatif. Bagi gambar yang tercondong, AI akan mengisi semula sempadan untuk mendatarkan imej tersebut. Apabila objek perlu digerakkan sedikit untuk berada dalam kedudukan yang diingini, AI membenarkan pengguna melaraskan kedudukan subjek tersebut dan kemudiannya mengisi semula latar belakang. Pada bila-bila masa Galaxy S24 menggunakan AI generatif untuk menguatkan imej, tera air akan muncul pada imej dan juga dalam metadata. Dan jika rakaman video yang rancak perlu diperlahankan, fitur Instant Slow-mo baharu akan menjana bingkai tambahan berdasarkan pergerakan untuk memperlahankan detik penuh aksi untuk penampilan yang lebih terperinci.

Bagi menghasilkan imej yang cemerlang tanpa mengira suasana mahupun keadaan, Super HDR mebolehkan pengguna meneliti hasil karyanya sebelum pengatup ditekan menerusi fitur pratonton.. Selain itu, siri Galaxy S juga memahami betapa pentingnya amalan berkongsi kenangan bagi pengguna dengan rakan-taulan di alam maya. Untuk ini, apl media sosial pihak ketiga memanfaatkan dengan sepenuhnya sistem kamera berkuasa AI Galaxy, menerusi ciri kamera siri Galaxy S premium yang kini telah menyepadukan apl pilihan dengan fitur HDR untuk memudahkan perkongsian sosial[xiv]. Apabila tiba masanya untuk mencari imej dalam Galeri peranti ataupun Instagram Feed dan Reels, foto dan video turut dipaparkan dalam Super HDR dengan ciri kecerahan, warna dan kontras yang diperbetulkan mengikut analisis bahagian imej yang terpilih.

Pengalaman Galaxy kian Pintar, Dikuasakan Dengan Prestasi Premium

Di saat teknologi AI semakin diterapkan dalam kehidupan seharian, kecekapan prestasi peranti seharusnya berupaya memenuhi segala keperluan pengguna. Baik untuk aktiviti permainan mahupun rakaman dan penyuntingan video, ataupun menggunakan lima apl secara serentak untuk merancang percutian, Galaxy S24 menawar pengalaman yang luar biasa berkat penambahbaikan dalam cipset[xv], paparan dan banyak lagi. Setiap Galaxy S24 Ultra dilengkapi dengan pemproses Snapdragon® 8 Gen 3 Mobile Platform for Galaxy[xvi]. Dioptimumkan terutamanya untuk pengguna Galaxy, chipset ini memberikan peningkatan NPU yang luar biasa untuk pemprosesan AI yang paling cekap. Bagi ketiga-tiga model Galaxy S24, kecekapan prestasi peranti dipertingkatkan dengan kadar penyegaran semula 1-120 Hz.

Aktiviti permainan dengan peranti Galaxy kini lebih berkuasa berkat penambahbaikan perkakasan dan perisian. Galaxy S24 Ultra mempunyai sistem kawalan suhu yang dioptimumkan dengan ruang wap[xvii] bersaiz 1.9 kali lebih besar untuk mengawal suhu permukaan peranti sambil memaksimumkan kuasa prestasi. Teknik render ray tracing membolehkan visual persis nyata dengan kesan bayang-bayang dan pantulan cahaya yang unggul. Lebih-lebih lagi, Galaxy S24 bakal menawar pelbagai permainan mudah alih global popular yang lebih dioptimumkan melalui kerjasama dengan rakan kongsi permainan peneraju industry.

Impak visual ketara lebih menawan pada paparan Galaxy yang paling cerah setakat ini[xviii]. Galaxy S24 mencapai kecerahan puncak 2,600nit dan memberikan keterlihatan di luar yang lebih baik dengan Vision Booster.

Corning® Gorilla® Armor[xix] pada paparan Galaxy S24 Ultra dipertingkatkan secara optikal lagi menampakkan ketahanan tertinggi terhadap kerosakan dan calar-balar seharian. Ia juga berupaya mengurangkan kesan pantulan sehingga 75% dalam pelbagai keadaan pencahayaan untuk menjamin pengalaman menonton yang jelas lagi selesa.

Merangkumi seluruh siri Galaxy S24, penambahbaikan reka bentuk dengan bezel yang lebih tipis dan sekata memudahkan segala pengalaman tontonan dan membolehkan binaan saiz skrin yang lebih besar pada paparan 6.7-inci Galaxy S24+ dan 6.2-inci Galaxy S24 dalam spesifikasi saiz yang hampir sama[xx]. Galaxy S24 Ultra pula mempunyai paparan 6.8 inci yang lebih rata, dioptimumkan bukan sahaja untuk tontonan tetapi juga untuk produktiviti. Selain itu, Galaxy S24+ kini menyokong kandungan QHD+ seperti yang terdapat pada Galaxy S24 Ultra.

Keselamatan dan Privasi Termaju Memperkasakan Pilihan dan Kepercayaan Pengguna

Dengan jaminan Samsung Knox; iaitu platform keselamatan gred pertahanan Galaxy berbilang lapisan, Galaxy S24 berupaya melindungi maklumat kritikal dengan perkakasan keselamatan menyeluruh yang juga diperkasakan pengesan ancaman masa nyata dan perlindungan kolaboratif.

Komitmen sekian lama Samsung untuk menyediakan pelbagai pilihan dan kawalan ke atas peranti pengguna masih berterusan dalam era AI. Pengguna Galaxy S24 mempunyai kebolehkawalan sepenuhnya terhadap sejauh mana mereka membenarkan data peribadi dipergunakan untuk meningkatkan pengalaman AI, melalui tetapan Advanced Intelligence yang boleh menghentikan pemprosesan data dalam talian untuk fitur AI[xxi].

Visi Knox Matrix[xxii] membayangkan masa depan yang selamat lagi bersambung tanpa kata laluan juga dimajukan dengan fitur Passkeys. Passkeys menjamin keselamatan akses kepada laman web dan apl berdaftar pengguna dan melindungi daripada serangan pancingan data, merentas peranti peribadi mereka menggunakan pengesahan kelayakan digital. Fitur Enhanced Data Protection menawarkan enkripsi menyeluruh apabila pengguna membuat sandaran, menyegerakkan atau memulihkan data mereka dengan Samsung Cloud – ini membolehkan pengguna Galaxy S24 bersambung dengan peranti lain sambil kekal disegerakkan secara selamat. Ini memastikan data hanya boleh dienkripsi atau sebaliknya pada peranti pengguna – ini bermakna tiada siapa yang boleh melihatnya melainkan pengguna, walaupun pelayan terjejas ataupun butiran akaun dicuri. Dan jika akses kepada peranti yang dipercayai hilang, kod pemulihan boleh membantu mengelakkan kehilangan data. Galaxy S24 juga dilindungi dengan pelbagai ciri keselamatan dan privasi inovatif Samsung termasuk Knox Vault, Security & Privacy Dashboard, Auto Blocker, Secure Wi-Fi, Private Share, Maintenance Mode dan banyak lagi.

Samsung Mengorak Langkah Fasa Seterusnya dalam Perjalanan Kelestarian

Pembinaan kategori baharu pengalaman mudah alih bermaksud cara teknologi Galaxy direka dan dibungkus perlu dibayangkan semula; untuk meningkatkan nilai tawaran di samping mengurangkan impak terhadap manusia dan planet ini. Galaxy S24 terus mempertingkatkan penggunaan pelbagai bahan kitar semula dalam peranti Galaxy seperti plastik, kaca dan aluminium kitar semula pada komponen dalaman dan luaran[xxiii]. Buat pertama kalinya, Galaxy S24 menampilkan komponen yang dihasilkan dengan unsur kobalt dan galian nadir bumi kitar semula[xxiv]. Dalam Galaxy S24 Ultra, sekurang-kurangnya 50% kobalt kitar semula digunakan dalam bateri[xxv], dan 100% galian nadir bumi kitar semula telah dimasukkan ke dalam pembesar suara[xxvi].

Galaxy S24 juga merupakan siri Galaxy S pertama yang direka dengan keluli dan Poliuretana Termoplastik (TPU) kitar semula. Galaxy S24 Ultra menampilkan sekurang-kurangnya 40% keluli kitar semula dalam binaan pembesar suara[xxvii], disamping sekurang-kurangnya 10% TPU pre-pengguna kitar semula dalam kekunci sisi dan pengawal kelantangan. Selain itu, setiap Galaxy S24 disertakan dalam kotak pembungkusan yang diperbuat 100% daripada kertas kitar semula.

Peranti perdana terbaharu turut melanjutkan komitmen Samsung untuk memanjangkan kitaran hayat produk[xxviii], dengan peningkatan OS sehingga ke tujuh generasi bersertakan kemas kini keselamatan selama tujuh tahun. Selain itu, Galaxy S24 juga diiktiraf dengan pensijilan[xxix] UL ECOLOGO®, manakala jejak karbonnya telah diukur dan disahkan oleh pihak The Carbon Trust[xxx].

Galaxy S24 menampakkan kemajuan yang telah dikecapi mengikut pelan hala tuju kelestarian Samsung MX. Dengan itu, Samsung komited mencapai matlamat yang disasarkan menjelang akhir tahun 2025[xxxi]. Pada penghujung tahun 2022, Samsung telah mencapai matlamat pertama dengan menggabungkan bahan kitar semula ke dalam semua produk mudah alih; daripada telefon pintar dan tablet Galaxy kepada PC dan peranti mudah pakai. Terkini, syarikat telah menetapkan matlamat bahan kitar semula yang baharu – menjelang 2030, Samsung akan menggabungkan sekurang-kurangnya satu bahan kitar semula dalam setiap modul[xxxii] bagi kesemua produk mudah alih.

Teknologi Berketepatan dan Keanggunan Dengan Setiap Perincian

Galaxy S24 Ultra adalah telefon Galaxy pertama yang menampilkan bingkai titanium[xxxiii], untuk meningkatkan ketahanan peranti dan melanjutkan jangka hayat penggunaan. Lebih-lebih lagi, penampilan Galaxy S24 Ultra yang ketara lebih nipis turut dipadankan dengan cengkaman yang lebih selesa untuk membolehkan pengalaman mudah-alih yang lebih baik. Pada Galaxy S24+ dan Galaxy S24, standard estetik peranti dipertingkatkan dengan reka bentuk ‘One-mass’ yang menyepadukan penutup belakang peranti dan bingkai sisi menjadi suatu juzuk yang menyeluruh. Siri Galaxy S24 hadir dalam ton warna yang diilhamkan oleh unsur-mineral semula jadi. Pada Galaxy S24 Ultra, pilihan warna[xxxiv] termasuk: Titanium Grey, Titanium Black, Titanium Violet dan Titanium Yellow. Pada Galaxy S24+ dan Galaxy S24 pilihan warna termasuk: Onyx Black, Marble Grey, Cobalt Violet dan Amber Yellow. Ketiga-tiga model tersebut turut akan hadir dengan pilihan warna tambahan yang hanya tersedia dalam talian sahaja.

Produk Model RRP Pilihan Warna
Galaxy S24 Ultra Galaxy S24 Ultra

(1TB)

RM7,799 ·    Titanium Gray

·    Titanium Yellow

·    Titanium Violet

·    Titanium Black

·    Online Exclusive (Titanium Blue, Titanium Orange, Titanium Green)

Galaxy S24 Ultra (512GB) RM6,799
Galaxy S24 Ultra (256GB) RM6,299
Galaxy S24+ Galaxy S24+

(512GB)

RM5,399 ·    Cobalt Violet

·    Amber Yellow

·    Marble Gray

·    Onyx Black

·    Online Exclusive (Sandstone Orange, Sapphire Blue, Jade Green)

Galaxy S24+

(256GB)

RM4,899
Galaxy S24 Galaxy S24

(512GB)

RM4,599 ·    Amber Yellow

·    Cobalt Violet

·    Marble Gray

·    Onyx Black

·    Online Exclusive (Sandstone Orange, Sapphire Blue, Jade Green)

Galaxy S24

(256GB)

RM4,099

* Warna eksklusif dalam talian hanya tersedia di www.samsung.com/my/

*  Model 1TB hanya eksklusif di www.samsung.com/my/

Untuk maklumat lanjut tentang siri Galaxy S24, sila lawati: Samsung Newsroom, Samsungmobilepress.com atau Samsung.com.

Tempah sekarang:

[i] Samsung tidak memberi jaminan mengenai ketepatan, kelengkapannya, atau kebolehpercayaan hasil yang diberikan oleh ciri-ciri Kecerdasan Buatan (AI). Log masuk Akaun Samsung mungkin diperlukan untuk menggunakan beberapa ciri AI Samsung tertentu.

[ii] Live Translate memerlukan sambungan rangkaian dan log masuk Akaun Samsung. Live Translate hanya tersedia pada apl Samsung Phone yang diprapasang. Bahasa tertentu mungkin memerlukan muat turun pek bahasa. Ketersediaan perkhidmatan mungkin berbeza mengikut bahasa. Ketepatan keputusan tidak dijamin.

[iii] Fitur Cadangan nada dalam Chat Assist memerlukan sambungan rangkaian dan log masuk Akaun Samsung. Mesti memenuhi keperluan kepanjangan untuk mengaktifkan fitur. Ketersediaan perkhidmatan mungkin berbeza mengikut bahasa. Ketepatan keputusan tidak dijamin.

[iv] Ciri penterjemahan dalam Chat Assist mungkin memerlukan log masuk Akaun Samsung. Sesetengah aplikasi sembang mungkin tidak menyokong ciri ini. Bahasa tertentu mungkin memerlukan muat turun pek bahasa. Ketersediaan perkhidmatan mungkin berbeza mengikut bahasa. Ciri ini diaktifkan apabila bahasa yang boleh diterjemahkan dikesan. Ketepatan keputusan tidak dijamin.

[v] Fitur baharu Android Auto akan disokong dengan kemas kini apl.

[vi] Note Assist memerlukan sambungan rangkaian dan log masuk Akaun Samsung. Had aksara dikenakan. Ketersediaan perkhidmatan mungkin berbeza mengikut bahasa. Ketepatan keputusan tidak dijamin.

[vii] Transcript Assist memerlukan sambungan rangkaian dan log masuk Akaun Samsung. Transcript Assist hanya tersedia pada apl Perakam Suara Samsung yang diprapasang atau fail yang dirakam menggunakan apl Samsung Phone yang diprapasang. Ciri rakaman suara dalam apl Samsung Phone yang diprapasang mungkin tidak disokong di sesetengah negara. Fail audio mestilah kurang daripada 3 jam untuk diproses. Ciri ringkasan dalam Bantuan Transkrip boleh diaktifkan apabila bilangan aksara tertentu dipenuhi. Ketersediaan perkhidmatan mungkin berbeza mengikut bahasa. Ketepatan keputusan tidak dijamin.

[viii] Keputusan mungkin berbeza bergantung pada padanan visual. Memerlukan sambungan internet. Pengguna mungkin perlu mengemas kini Android kepada versi terkini. Kefungsian produk mungkin bergantung pada tetapan apl dan peranti anda. Sesetengah fungsi mungkin tidak serasi dengan aplikasi tertentu. Ketersediaan perkhidmatan berbeza mengikut negara dan bahasa. Ketepatan keputusan tidak dijamin.

[ix] Zum AI diaktifkan antara jarak panjang zum digital. Ketepatan keputusan tidak dijamin.

[x] Jarak 3x dan 5x ialah zum optik. Jarak 2x dan 10x ialah zum kualiti optik.

[xi] Berbanding dengan Galaxy S23 Ultra.

[xii] Edit Suggestion serasi dengan format JPG, PNG, GIF dan MP4. Hasil edit dan kualiti mungkin berbeza-beza bergantung pada keadaan fotografi atau penggambaran. Ketepatan keputusan tidak dijamin.

[xiii] Generative Edit memerlukan sambungan rangkaian dan log masuk Akaun Samsung. Penyuntingan dengan Generative Edit menghasilkan foto bersaiz sehingga 12MP. Tera air yang boleh dilihat ditindih pada output imej apabila disimpan untuk menunjukkan bahawa imej dijana oleh AI. Ketepatan dan kebolehpercayaan output yang dihasilkan tidak dijamin.

[xiv] Sesetengah apl media sosial mungkin tidak menyokong Super HDR. Ketepatan keputusan tidak dijamin.

[xv] Peningkatan prestasi AP disbanding dengan set cip generasi sebelumnya. Prestasi sebenar akan bergantung pada persekitaran pengguna, keadaan dan perisian dan aplikasi prapasang.

[xvi] Produk berjenama Snapdragon ialah produk Qualcomm Technologies, Inc. dan/atau anak syarikatnya.

[xvii] Berbanding Galaxy S24 Ultra dengan Galaxy S23 Ultra.

[xviii] Paparan Dynamic AMOLED 2X pada Galaxy S24 Ultra menerima pensijilan daripada VDE Germany untuk 100 percent Mobile Color Volume dalam julat warna DCI-P3, yang bermaksud imej anda tidak hilang dan anda akan mendapat warna yang terang tanpa mengira tahap yang berbeza. kecerahan. Paparan boleh mencapai kecerahan puncak sehingga 2,600 nits, menambah baik kontras antara aspek gelap dan terang kandungan digital untuk kualiti gambar yang lebih cemerlang, dengan nisbah kontras 5,000,000:1 untuk menjadikan pengalaman mudah alih anda lebih mengasyikkan.

[xix] Corning® Gorilla® Armor disepadukan ke dalam paparan hadapan Galaxy S24 Ultra. Diuji calar berbanding kaca penutup aluminosilikat yang kompetitif dan diuji pantulan berbanding kaca biasa.

[xx] Berbanding dengan Galaxy S23+ dan Galaxy S23 masing-masing. Paparan dan saiz peranti setiap model: Galaxy S23+(6.6 inci, 76.2 x 157.8 x 7.6mm), Galaxy S24+(6.7 inci, 75.9 x 158.5 x 7.7mm), Galaxy S23(6.1 inci, 70.9 x 146.3 x 7.6mm), Galaxy S24(6.2 inci, 70.6 x 147 x 7.6mm).

[xxi] Log masuk Akaun Samsung diperlukan. Tetapan Advanced Intelligence yang menghalang akses pelayan akan mengehadkan kefungsian beberapa ciri AI. Tanpa mengira akses pelayan, Samsung tidak menyimpan data input atau output pengguna.

[xxii] Knox Matrix disokong pada telefon pintar dan tablet Galaxy dengan One UI 6 atau lebih tinggi. Ketersediaan mungkin berbeza mengikut negara atau wilayah.

[xxiii] G Galaxy S24 Ultra menampilkan bahan kitar semula dalam Modul Pembesar Suara Atas, Modul Pembesar Suara Bawah, Depan Sarung, Penutup Dalam S Pen, Pemegang Tombol S Pen, Kunci Sisi, Kunci Kelantangan, Dulang SIM, Deco Kamera, Skrin Depan, Kaca Belakang dan Bateri..

[xxiv] Neodymium

[xxv] Bateri Galaxy S24 Ultra dan Galaxy S24+ termasuk sekurang-kurangnya 50% kobalt kitar semula pra dan pasca pengguna. Bateri Galaxy S24 termasuk sekurang-kurangnya 10% kobalt kitar semula pra dan pasca pengguna. Ukuran di atas adalah berdasarkan berat.

[xxvi] Pembesar suara siri Galaxy S24 termasuk 100% neodymium kitar semula pra dan pasca pengguna. Ukuran di atas adalah berdasarkan berat.

[xxvii] Pembesar suara siri Galaxy S24 termasuk sekurang-kurangnya 40% keluli kitar semula pra dan pasca pengguna. Ukuran di atas adalah berdasarkan berat.

[xxviii] Ketersediaan dan masa peningkatan OS Android dan kemas kini keselamatan mungkin berbeza mengikut model dan pasaran peranti.

[xxix] Produk dan perkhidmatan yang Diperakui UL ECOLOGO® disahkan mengurangkan kesan alam sekitar berdasarkan kriteria prestasi alam sekitar sepanjang kitaran hayatnya, termasuk pengurangan tenaga, bahan, kesihatan, alam sekitar dan pembuatan serta operasi. Siri Galaxy S24 memenuhi UL 110 yang merupakan Piawaian Persekitaran UL untuk Kelestarian Telefon Mudah Alih.

[xxx] Carbon Trust telah mengukur dan mengesahkan jejak karbon sepanjang jangka hayat penggunaan siri Galaxy S24, termasuk pembuatan, pengedaran, penggunaan dan pelupusan akhirnya. Ini telah disahkan terhadap PAS2050, piawaian yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

[xxxi] Pada tahun 2021, perniagaan Samsung MX mengumumkan empat matlamat merentas produk dan perniagaannya yang akan dicapai menjelang akhir tahun 2025. Matlamat tersebut termasuk membangunkan dan menggabungkan bahan kitar semula dalam semua produk mudah alih baharu, menghapuskan plastik pakai buang daripada pembungkusan mudah alih, mengurangkan penggunaan kuasa standby semua pengecas telefon pintar kepada sifar, dan mencapai sifar sisa ke tapak pelupusan merentasi operasi global.

[xxxii] Samsung mentakrifkan modul telefon pintar sebagai Antena, Bateri, Kamera, Paparan, Komponen Mekanikal, Motor, PBA/FPCB, Pembesar Suara, Modul Pengecas Wayarles dan Pembungkusan.

[xxxiii] Titanium hanya digunakan pada bingkai peranti. Bahagian bingkai tidak mengira pengawal kelantangan bunyi dan kekunci sisi yang lain.

[xxxiv] Ketersediaan warna mungkin berbeza mengikut pasaran dan pembawa.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *