(SEMASA) JIMAT & MENANG BERSAMA JABRA – Menangi iPhone 6 (64GB) dan Tawaran Diskaun untuk Pelbagai Produk Popular Jabra

Spread the love

Jabra Move

Sudah lama mengimpikan set alat pendengaran baharu? Maka, penantian anda selama ini pasti tertunai pada bulan Mac ini sebab kempen “Jimat & Menang Bersama Jabra” bakal menawarkan diskaun untuk sejumlah produk pemenang anugerah dan popularnya.

Jabra Storm

Bukan setakat itu, malah anda juga berpeluang membawa pulang sebuah iPhone 6 (64GB). Bulan Mac ini pastinya masa terbaik untuk menaik taraf atau memiliki sebuah set alat pendengaran baharu!

Jabra akan menawarkan potongan harga sebanyak 10 peratus untuk kebanyakan produknya bermula 1 hingga 31 Mac ini. Jadi, kunjungilah kedai-kedai rakan niaga terdekat yang terlibat dalam kempen ini untuk mengetahui senarai set alat pendengaran dan peranti audio yang boleh didapati pada diskaun menarik sepanjang bulan Mac ini.

Jabra Step Wireless

“Kami ingin membantu pengguna berjimat dan membuat pilihan produk yang tepat berikutan pelaksanaan GST nanti. Produk Jabra diterima baik di Malaysia dan kami berharap menerusi kempen ini, orang ramai dapat menikmati produk yang bagus pada harga yang amat berbaloi sebelum pelaksanaan GST. Diskaun yang merangkumi sejumlah besar produk Jabra ini diharapkan dapat memanfaatkan lebih ramai pengguna,” ujar Pengarah Jualan Solusi Pengguna (AsiaTengah), Ann Goh.

Jabra Stealth

Produk Jabra yang terkenal dengan prestasi audio terbaik, mesra pengguna, berciri ergonomik serta inovatif kini menjadi pilihan utama dalam kalangan pengguna urban.

Antara produk yang sah untuk tawaran diskaun adalah rangkaian set alat pendengaran ketika bersukan seperti  Jabra Sport Wireless+ dan Jabra Sport Pulse. Selain itu, ini termasuk juga rangkaian Jabra Solemate yang berwarna-warni serta produk pemenang anugerah iaitu Jabra Revo dan Jabra Rox. (Sila rujuk senarai penuh produk yang terlibat dalam jadual berikut.)

Jabra Sport Rox Wireless

Jabra Sport Rox yang baru dilancarkan juga tergolong dalam Kempen Jimat dan Menang Jabra.

“Kami sentiasa berusaha untuk mendekatkan pengguna Malaysia dengan jenama kesayangan mereka ini menerusi rangkaian produk yang mudah didapati dan mampu milik. Justeru, kempen Jimat dan Menang ini merupakan salah satu inisiatif yang telah diambil sejak beberapa tahun lalu,” tambah Goh.

Jabra Sport Pulse Black

Kempen Jimat dan Menang Jabra akan berlangsung di seluruh negara sepanjang tempoh promosi ini. Lebih menarik lagi, beberapa produk baharu Jabra juga akan dilancarkan pada tahun ini. Nantikan berita baik ini dalam masa terdekat.

Jabra Revo Wireless

Senarai kedai yang terlibat dalam Kempen Jimat & Menang di Malaysia:

  1. ALL IT Hypermarket Sdn Bhd
  2. epiCentre
  3. Machines
  4. Radioshack
  5. Viewnet Computer System
  6. Mobile Arena

Senarai Produk  Yang Sah Untuk Tawaran Diskaun:

Rangkaian Suara Rangkaian Kereta Rangkaian Muzik Rangkaian Sukan
Jabra Stealth Jabra Supreme+ (with car charger) Jabra Solemate Mini / NFC / Max Jabra Sport Wireless+
Jabra Storm Jabra Motion Jabra Revo Wireless /  Revo Wireless Ink Edition Jabra Sport Pulse
Jabra Style Jabra Drive Jabra Move Jabra Sport Rox
Jabra Stone3 Jabra Tour
Jabra Motion Jabra Freeway
Jabra Rox
Jabra Step Wireless

 

Tentang Jabra

 

Jabra adalah jenama GN Netcom yang merupakan anak syarikat GN Store Nord A/S (GN) dan disenaraikan di NASDAQ OMX. Jabra memiliki sekitar 950 kakitangan di serata dunia. Pada tahun 2014, Jabra berjaya menjana perolehan tahunan mencecah DKK2,871 juta. Jabra merupakan peneraju dalam dunia pembangunan, pengeluaran dan pemasaran rangkaian solusi komunikasi mudah alih. Berbekalkan dua dekad pengalaman dalam dunia penghasilan pelbagai produk inovatif serta diyakini ramai, jabatan perniagaan dan pengguna Jabra telah memperkenalkan produk set alat pendengaran bertali dan tanpa tali serta set pembesar suara mudah alih untuk kegunaan pejabat yang menjanjikan kebebasan pergerakan serta keselesaan dari segi fungsi.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *