(SEMASA) Jom Kita Kenali Produk “Umairah Uzma”

Umairah Uzma mula ditubuhkan pada tahun 2014 yang mana produk sulung yang dikeluarkan adalah inai. Selepas inai, produk Umairah Uzma seterusnya adalah pewarna kuku (nail polish). Pewarna kuku ini amat unik kerana ianya boleh kopek (peel off) bagi  memudahkan pengguna produk untuk menaggalkan ia ketika mengambil wuduk. Pada bulan 12 tahun 2014 juga, Umairah Uzma buat pertama kalinya menyertai pesta di Mood Republik yang bertempat di PWTC dan berkongsi gerai dengan produk lain di mana Umairah Uzma hanya memfokuskaan penjualan pewarna kuku sahaja pada ketika itu.

Pengasas Umairah Uzma iaitu Puan Nurul Nur Ariani amat menyukai akan kecantikan, kekemasan dan kebersihan jester itu  beliau juga mula mengeluarkan produk minyak penjagaan kuku dan set kelengkapan kuku pada ketika itu. Pada tahun 2015, berbekalkan keuntungan di pesta Mood Republik, pengasas Umairah Uzma menjadikan ia sebagai modal permulaan untuk pengeluaran produk  celak Mekah (eyeliner). Kelebihan celak Mekah dikeluarkan oleh Umairah Uzma adalah mudah dibawa kemana sahaja, kalis air, tahan lama dan tidak melekit.

Pada pertengahan tahun 2015, Umairah Uzma mendapat idea lagi untuk mengeluarkan produk terbaru memandangkan ketika itu anak kepada pengasas Umairah Uzma mengidap penyakit ekszema sewaktu dari lahir. Beliau mengkaji dan mendapat idea untuk mengeluarkan Makeup Fix Spray yang berasaskan air yang semulajadi dan aloe vera bagi merawat kulit anak beliau.

Pada hujung tahun 2015, Umairah Uzma mula mencipta nama di hati semua pelanggan dengan menjual 4 produk tersebut dan mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan. Ketika itulah beliau mendapat idea yang baru untuk mengeluarkan set penuh glowing foundation untuk merawat muka yang kusam dan berjerawat dengan harga mampu milik dan percuma makeup fix spray serta berus.

Produk glowing foundation terbaru ini mendapat  sambutan yang sangat memberangsangkan sehingga tahun 2017 dan ia hanya dijual di pesta Mood Republik sahaja setiap bulan. Mula dikenali dari yang peringkat remaja sehingga lah kepada yang sudah berumur. Selain dapat merawat muka kusam, glowing foundation juga dapat merawat kulit sensitif, jerawat, memudarkan parut dan menyerikan muka.

Pada tahun 2017, Umairah Uzma mengorak langkah dengan mengeluarkan tiga produk baru iaitu Arabic Coffee Scrub, Kunyit Scrub dan Charcoal Detox Mask. Produk ini juga mendapat permintaan yang tinggi di Australia kerana ianya bebas dari bahan kimia. Walaupun tidak menggunakan nama Umairah Uzma,pihak Umairah Uzma bertindak sebagai pengeksport bahan mentah ke Asutralia sahaja

Oleh kerana glowing foundation mula mendapat perhatian, pada awal tahun 2018, Umairah Uzma berjaya melantik agen-agen baru dikalangan surirumah dan sedikit sebanyak memberikan mereka peluang membantu para suami dengan menjana pendapatan sampingan sendiri. Glowing foundation Umairah Uzma masih dibuat dengan melekat stiker kerana pengasas menggalakkan orang ramai untuk menciplak produk beliau dan menjadikan produk Umairah Uzma itu sebagai produk mereka sendini

Sila kunjungi www.instagram.com/umairah_uzma untuk maklumat terkini atau sebarang pertanyaan mengenai produk Umairah Uzma, sila hubungi Sanah Anna ditalian 6017-2946162

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *