(SEMASA) Joybean Malaysia Memperkenalkan Empat Varian Kerepek Kentang 100g Baharu Bersaiz Ideal untuk Dikongsi Bersama!

Spread the love

Kuala Lumpur, 3 April 2024 – Ingin memuaskan selera dengan snek kerepek kentang yang rangup? Gemar berkongsi tetapi pada masa sama ingin mengelak daripada merasa terlalu kenyang dan membazir? Joybean, penyedia snek dan minuman enak Halal buatan Malaysia yang terkemuka, memenuhi kehendak anda bagi menikmati pengalaman berkongsi keenakan yang menggembirakan pada musim Ramadan dan Aidilfitri ini.

“Kami dengan rasa bangga memperluaskan rangkaian kerepek kentang premium kami dengan memperkenalkan pek berkongsi 100g dalam empat perisa baharu seperti Rosemary yang berherba, rasa pedas Hot & Spicy, perisa panggang Barbecue dan kemasaman Tomato. Empat varian ini tentunya merupakan snek sempurna seperti Joybean kegemaran ramai yang sedia ada, Jalapeno dan Truffle,” kata Pengurus Besar Berjaya Food Trading, Nicholas Nyeow.

Pek kerepek kentang 100g Joybean yang serba baharu ini bersaiz ideal untuk berkongsi bersama rakan-rakan dan keluarga! Jangan lupa untuk menyediakan ruang bagi membawa pulang satu atau dua pek apabila anda balik kampung nanti. Tingkatkan tenaga anda dengan menikmati snek yang terbaik setelah penat mengembara .

Tentunya kerepek kentang lazat ini menjanjikan lebih kegirangan tanpa pembaziran. Dijual pada harga RM8.90 untuk setiap 100g, ia menyediakan anda dan bestie lebih banyak momen-momen menjamu selera bersama.

Kerepek kentang Joybean dibuat di Malaysia menggunakan ubi premium bukan GMO yang diimport dan ramuan-ramuan yang berasaskan tumbuhan. Ramuan-ramuan ini dihiris halus untuk benar-benar menyerap rasa mengujakan yang baharu ini serta memberikan kerangupan maksimum. Buka sahaja satu pek dan nikmati aroma yang tentunya akan membuatkan anda sentiasa mengidam! Tidak perlu gusar, kesemua snek Joybean, termasuk varian kerepek kentang 100g baharu ini, menerima pengiktirafan Halal JAKIM serta dijamin berkualiti.

Pilih antara empat perisa enak yang bersesuaian dengan setiap mood dan selera anda.

Kerepek Kentang Rosemary Joybean
Kerepek kentang berperisa rosemary ini dihasilkan daripada ubi kentang premium yang diimport, mewujudkan gabungan unik kerangupan dan rasa aromatik. Perisa unik rosemary yang berherba tetapi tidak terlalu menonjol bergabung sempurna dengan setiap kepingan kerepek kentang, melengkapkan rasa manis semulajadi ubi kentang.

Kerepek Kentang Barbecue Joybean
Kerepek barbeku ini menggunakan ubi kentang yang diimport khas. Ia mempunyai rasa panggang dan manis seperti barbeku sebenar. Rangup dan kaya dengan rasa, kerepek ini sesuai bagi individu yang menggemari sajian barbeku. Diperbuat daripada ubi kentang terbaik, kerepek ini ideal sebagai snek rasa barbeku yang enak pada sebarang masa.

Kerepek Kentang Hot & Spicy Joybean
Kerepek kentang ini menyediakan pengalaman rasa menggoda bagi mereka yang menggemari rasa pedas dalam snek. Dihasilkan daripada ubi kentang premium yang diimport, kerepek ini memberikan rasa rangup terbaik yang meningkatkan kehangatan dan rasa. Setiap kunyahan menyampaikan gabungan rempah pedas, menjadikannya pilihan yang menarik bagi penggemar makanan pedas.

Kerepek Kentang Tomato Joybean
Kerepek kentang ini menyerlahkan kekayaan rasa dan kemasaman tomato dalam setiap gigitan. Kerepek ini menyediakan keseimbangan antara rasa manis dan berasid, mengimbau kita akan musim memetik tomato.

Kongsikan bersama kami pilihan kerepek kentang Joybean kegemaran anda dan dengan siapakah anda berkongsi kegembiraan menikmatinya bersama. Layari akaun media sosial Joybean di https://www.instagram.com/joybeanmalaysia/ atau https://www.facebook.com/profile.php?id=100089771006765 untuk mengetahui maklumat lanjut, peraduan dan hadiah menarik yang disediakan!

Segala produk Joybean boleh didapati di pasar raya dan pasar raya besar tempatan seperti Aeon Co, Aeon Big, Cold Storage, Ken’s Grocer, Lulu Hypermarket, Maxvalu, Mercato, NSK Grocer, Urban Fresh dan sebagainya. Ia juga boleh didapati di kedai-kedai dalam talian terpilih.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *