(SEMASA) JULIE’S BERKOLABORASI BERSAMA HERSHEY’S

Spread the love

L-R Ms. Rigel Oye, Mr. Martin Ang, Mr. Benny Chia1

Di antara salah satu kolaborasi paling lazat yang mengeggarkan dunia konfeksi tahun ini, Julie’s Baked With Love biskut dan icon coklat Hershey’s telah bersama-sama membawa tahap kepuasan baru kepada pasaran Asia.

juliesPerfect Food Manufacturing Malaysia Sdn Bhd (Julie’s) – Pengusaha biskut terkemuka Malaysia dan pengeluar biskut Julie’s telah dipilih oleh The Hershey Company (Hershey) untuk kolaborasi terbaru, yang telah dilancarkan di Malaysia dalam bulan Oktober 2014 sebelum berkembang ke seluruh Asia

“Kami amat teruja dengan kerjasama terbaru bersama Hershey” kata Encik Martin Ang, Pengarah Perfect Food Manufacturing. “Kedua-dua jenama ini telah dibina atas cita-cita dan nilai yang sama dan saya percaya ia adalah asas yang mementeraikan kerjasama kami”.

Beliau menambah, “Selepas beberapa bulan percubaan dan persediaan, kami amat antusias untuk mendedahkan produk daripada hasil kerja keras kami – biskut Julie’s Hershey’s terbaru. Terdapat dalam 6 varian, setiap biskut membawa rasa yang tersendiri. Pelancaran kami menandakan permulaan kejayaan usaha Julie’s dan Hershey’s.

 Mr. Martin Ang Close Up1

Pelancaran julat Julie’s Hershey akan menyumbang fokus perusahaan kedua-dua syarikat pada peringkat global. Kilang Hershey’s seluas 700,000 eka di Johor (bersedia untuk memulakan operasi pada tahun 2015) akan menyokong pertumbuhan yang diramalkan dari rangkaian produk Julie’s Hershey di seluruh Asia.

“Kami amat teruja untuk berkerjasama dengan Perfect Food Manufacturing, pakar yang terbukti dalam biskut premium untuk meluaskan lagi jenama Hershey’s ikonik dalam

kategori pembakaran”, kata Emie Savo, Pengarah Perlesenan Global di The Hershey Company.

Keenam-enam varisi biskut Julie’s Hershey’s telah tersedia di semua pasar raya besar dan pasar raya terkemuka. Produk ini akan dilancarkan secara berperingkat-peringkat di seluruh Asia dan seluruh Negara ASEAN, Taiwan dan Mongolia pada awal 2015.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *